Keibubapaan

Waktu Lahir Pagi, Petang Atau Malam Boleh Pengaruhi Perangai Anak

Share

Waktu lahir pagi, petang atau malam boleh pengaruhi perangai anak. Ramai ibu bapa yang percaya bahawa zodiak atau hari lahir anak boleh menentukan karakternya pada masa hadapan. Selain itu, terdapat juga yang percaya bahawa karakter anak dapat dilihat dari jam lahirnya.

Waktu Lahir Pagi, Petang Atau Malam Boleh Pengaruhi Perangai Anak

Jadi, adakah anda masih ingat jam berapa anak anda lahir ke dunia? Menurut Parenting FirstCry, sebahagian besar ibu bapa percaya bahawa waktu kelahiran anak adalah faktor penting dalam kehidupannya. Ini dikatakan boleh memberikan pengaruh pada keperibadian dan membantu masa depan anak.

Mari kita ketahui karakter anak berdasarkan jam lahirnya seperti berikut:

Tengah Malam hingga Jam 04.00 Pagi

Jika anak anda lahir antara tengah malam hingga jam 4 pagi, kemungkinan besar mereka akan menjadi peribadi yang sedikit sensitif. Namun, mereka yang lahir pada waktu ini juga dinilai mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Tengah malam hingga Jam 02.00 pagi: Bayi yang lahir pada waktu ini cenderung yakin diri dan selesa dalam pelbagai situasi sosial. Mereka suka berkongsi maklumat atau pengetahuan dan mendorong orang lain untuk memaknai hidup secara positif. Mereka juga akan mengutamakan keluarga sebagai keutamaan.

Jam 02.00 pagi hingga 04.00 pagi: Anak yang lahir pada waktu ini dinilai sangat cerdas dan menjadi komunikator yang baik dengan rasa ingin tahu yang tinggi. Mereka juga mempunyai peluang untuk berjaya dalam kerjaya jika bekerja keras dan mempertahankan harga diri dengan baik.

Jam 04.00 Pagi hingga 08.00 Pagi

Bayi yang lahir antara jam 04.00 pagi hingga 08.00 pagi biasanya mempunyai sifat gigih, cerdas, dan sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi. Ketekunan mereka akan menyumbang kepada setiap kejayaan yang dicapai kerana mereka melaburkan usaha secara konsisten untuk mencapai impian mereka.

Jam 04.00 pagi hingga 06.00 pagi: Bayi yang lahir pada waktu ini mungkin akan membesar menjadi seseorang yang romantis dengan keperibadian yang kuat hasil daripada sikap keras kepalanya. Namun, mereka perlu belajar cara mempertahankan diri.

Jam 06.00 pagi hingga 08.00 pagi: Anak yang lahir pada waktu ini mempunyai bakat kepimpinan yang semula jadi dan mampu berprestasi dalam bidang seni.

Jam 08.00 Pagi hingga 12 Tengah Hari

Anak yang lahir pada waktu ini adalah seorang pemikir kecil yang mempunyai bakat seni dan pandangan hidup yang optimis. Mereka membesar menjadi individu yang bercita-cita tinggi dalam menjalani kehidupan.

Jam 08.00 pagi hingga 10.00 pagi: Bayi yang lahir antara jam 08.00 hingga 10.00 pagi biasanya membesar menjadi individu yang sangat sensitif, menyukai kedamaian, dan suka menyendiri. Mereka lebih fokus untuk mengejar ketenangan daripada mengejar kenikmatan duniawi.

Jam 10.00 pagi hingga 12 tengah hari: Bayi yang lahir pada waktu ini suka melakukan perkara baru dan hebat dalam bekerja sebagai satu pasukan.

Jam 12 Tengah Hari hingga 04.00 Petang

Mereka yang lahir pada waktu ini adalah individu yang bertenaga, kreatif, lucu, dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Jam 12 tengah hari hingga 02.00 Petang: Bayi yang lahir pada waktu ini cenderung mempunyai kemahiran mengajar yang baik, bercita-cita tinggi, dan bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka mahu dalam hidup.

Jam 02.00 petang hingga 04.00 petang: Karakter anak yang lahir pada waktu ini dikatakan seorang yang suka memberontak. Mereka juga lebih mudah gelisah tetapi suka sesuatu yang baharu dan mencabar dalam kehidupan.

Jam 04.00 Petang hingga 08.00 Malam

Dalam kehidupan sosialnya, bayi yang lahir pada waktu ini cenderung memberontak, mudah gelisah, dan menyukai rancangan yang membawa mereka ke jalan yang jarang dilalui.

Jam 04.00 petang hingga 06.00 petang: Anak yang lahir pada awal malam akan membesar menjadi individu yang positif, bertenaga, dan berhati-hati dalam hubungan. Mereka tidak mudah membuka diri tentang perasaannya.

Jam 06.00 petang hingga 08.00 malam: Anak yang lahir pada waktu ini mempunyai rasa empati yang tinggi dan dapat merasakan keperluan orang lain. Mereka membesar menjadi individu yang menerima kehidupan seadanya.

Jam 08.00 Malam hingga Tengah Malam

Bayi yang lahir pada waktu ini dinilai akan membesar menjadi individu yang yakin diri dan mempunyai semangat yang dominan.

Jam 08.00 malam hingga 10.00 malam: Anak akan mempunyai keghairahan untuk membantu orang lain dan menemukan kebahagiaan dalam melakukannya. Mereka juga membesar menjadi perfeksionis yang benci membuat kesalahan.

Jam 10.00 malam hingga tengah malam: Anak yang lahir pada waktu ini akan membesar menjadi individu yang bahagia, menghargai kreativiti, yakin dengan apa yang terjadi dalam hidup, dan mendorong diri sendiri untuk melampaui batas untuk mencapai keinginan.

Demikianlah karakter anak berdasarkan jam lahirnya. Semoga maklumat ini dapat membantu ibu bapa dalam memahami dan menyokong perkembangan anak-anak mereka.

Baca lagi artikel lain: Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir, Ini Doa  Surah-Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin!

Suka Buat Muka Lucu Waktu Isteri Hamil, Anak Dah Lahir Ikut Sebiji Gaya Ayah!

Waktu Hamil Minat Sangat Hrithik Roshan, Baby Lahir Ibu Jari Sebelah Kanan Terkenan

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
Has