Waktu Makan Bukan Masa Yang Sesuai Bagi Anak Tengok Gajet

Share

Waktu makan bukan masa yang sesuai nak bagi anak tengok gajet. Tetapi ramai ibu ayah sekarang bagi anak kecil mereka tengok gajet waktu tersebut terutama ketika makan di luar.

Niatnya nak bagi anak duduk diam supaya senang makan namun ada kesan sampingan pada perkembangan anak.

Menurut Puan Liyana Raya, Occupational Therapist waktu makan bukan masa yang sesuai nak bagi anak tengok gajet!

Tolonglah….
WAKTU MAKAN BUKAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK TENGOK GADGET!

Bab tengok gadget ni saya takde masalah sangat….

Tapi kalau dah salahguna gadget waktu anak sepatutnya menjalankan rutin harian UTAMA dan ASAS seperti makan…..

Maka HENTIKANLAH!

Rimas sungguh saya tengok di mana2 saja……. anak2 kecil tengok gadget masa makan. Ni bukan kat KL je tau,satu Malaysia benda ni dah berleluasa!!!!

Masa makan kot…. banyak adab nak ajar anak kecil tu! Banyak kemahiran nak ajar anak kecil!

Islam dah menggariskan adab masa makan yg sepatutnya buat apa:
✏️Sebelum makan basuh tangan.
✏️Baca doa makan.
✏️Makan pakai tangan kanan.
✏️Ambil makanan dekat dulu kemudian yg jauh. Utk anak kecil,time dia nak yg jauh,boleh ajar dia meminta naaaakkk…..
✏️Makan dengan mulut tidak berbunyi.
✏️Makan dengan tertib dan teratur.
✏️Makan dlm keadaan duduk.

Dah kalau asal masa makan je,anak hadap gadget,apa adab masa makan yg anak belajar?

Kemahiran motor halus yang dapat memberi manfaat kpd anak masa makan:
✏️Kekuatan jari jemari: Anak mencubit makanan,mengoyak,menggenggam——> benda asas utk kekuatan jari jemari mcm ni kalau anak dapat,bila sampai masa utk menulis nanti,dah mudah nak menulis tau!

✏️Koordinasi tangan dan mata: Masa makanlah masa yg sesuai utk anak tracking makanan yg jatuh tu kat mana,nak ambil makanan dengan cara mencapai,menggenggam,pusing tangan dan banyak lagi. Ni kemahiran ni penting time nak menulis esok—->nak track setiap perkataan dan huruf yg tertulis di papan hitam tu dah mudah.

Kalau tengok gadget,anak touch screen tu pakai satu jari je. Apa yg anak dapat dengan sentuh benda alah tu dengan satu jari????? Kemahiran apa yg anak dapat? Mai tolong habaq sat!

Kemahiran pengurusan tingkah laku ketika makan:
✏️Ini memang kena kerjasama mak dan ayah. Masa makan kena duduk. Utk anak kecil di bawah 2 tahun,masa makan biasanya mereka suka bergerak. Tak payah kejar sangat. Anda duduk banyak takpe. Sampai masa nak suap makan,anda gerak ke arah anak dan suap sambil panggil namanya.

✏️Kalau anak suka sangat nak bergerak dan mak ayah susah nak makan,berkorbanlah sekejap… sorang makan dulu sorang lagi layanlah anak sementara pasangan tengah makan. Tak rasa enjoy makan sama2? Tak payah la fikir sangat nak enjoy kalau dah ada anak. Sendiri yg nak anak kan… maka kena la berkorban apa saja. Kalau rasa tak sanggup nak berkorban tahap mcm ni,tak payah ada anak! Setel masalah. Lagipun nak susah sekejap time anak masih kecil je…nikmatilah saat kejar mengejar anak mcm ni …. bukan seumur hidup! Nak ajar anak berdikari mcm mana dah kalau tak sanggup nak berkorban sampai mcm ni sekali????

✏️Tingkah laku mendengar arahan dan fokus terhadap rutin dapat dibentuk pada ketika ini. Pada waktu inilah,anak belajar utk fokus. Fokus bukan bermaksud duduk diam. Fokus di sini adalah fokus kpd apa yg dimakan,bagaimana nak makan,mengeksplorasi tekstur dan kepelbagaian rasa makanan membantu kebolehan mendengar arahan dan fokus pada ketika ini.

Dah kalau time makan tengok gadget,pemikiran anak fokus kat gadget… dah tu bila masa nak fokus kpd perkara yg lebih besar dlm hidup kalau fokus kpd rutin harian pun dah terjejas mcm ni? Bila kat sekolah,cikgu complaint anak tak fokus,nak melenting pulak kat cikgu???? Ewah ewah… awak tu yg buat anak jadi tak fokus,cikgu pulak yg kena! Sendiri punya anak,sendiri la yg latih mcm mana! Setakat benda rutin harian mcm ni pun tak reti nak adjust dan latih anak,jangan salahkan org lain pulak! Segalanya bermula dari rumah ya. Dari kita ibu dan ayah si anak. Bukan dari org lain.

✏️Bila anak fokus kpd makanan,anak dapat menikmati makanan. Bila dia rasa nikmatnya makanan ni…. baru dia rasa tenang dlm hidup. Org yg tak tenang masa makan,tak enjoy rasa makanan…..tak nikmat hidup sebab kita hidup ni kena rasa banyak benda yg ada. Sia2 je hidup ni digunakan utk tengok gadget. Lebih baik menikmati makanan,baru ada feel nak hidup.

Waktu makan waktu yg sesuai utk latih oral motor anak:
✏️Saya tiada sekatan dlm memberikan anak makan dan explore kepelbagaian dan tekstur makanan sebab dengan cara inilah,saya tahu… otot mulut anak berfungsi dengan baik.

✏️Anak yang melalui proses makan tanpa gadget amat mudah nak bertutur dan berkomunikasi berbanding anak yg makan dengan gadget.

✏️Anak yg melalui proses makan tanpa gadget juga adalah anak yg jenis tidak memilih makan sangat. Bila anak makan dengan gadget,mereka tidak lihat sangat kpd apa yg disuap menyebabkan mereka akan mudah memilih utk sesetengah tekstur dan rasa makanan. Dah dia dok lihat gadget,tak lihat makanan…. memang tak nikmatlah nak rasa kepelbagaian rasa dan tekstur makanan.

Kuman masuk dlm mulut anak masa anak makan sepah2?
Saya tiada masalah dlm bab ni. Sebab saya nak persiapkan anak utk kehidupan berdikarinya,jadi saya tak sekat kuman masuk badan sebab utk anak saya bertahan,dia kena develop ketahanan badan melawan kuman yg masuk.

Besides,kuman menang ada di mana2. Setakat kuman asas masuk dan create antibodi melalui reaksi batuk demam selsema,saya tiada masalah. Kalau kuman asas ni anak saya dah hadapinya dengan baik melalui demam,maka utk kuman2 besar yg masuk nanti,anak saya boleh bertahan.

Org yg tak pernah allow anaknya kena jangkitan kuman hanya akan menyebabkan anaknya tiada ketahanan badan. Nak anak develop ketahanan,kena dedahkan juga dgn kuman2 tertentu.

Anak yg tak didedahkan,tiada antibodi atau protection yg dpt diberikan kpd badannya utk lawan kuman2 tersebut maka sistem imunisasi anak mudah lemah. This is life. Suka atau tidak,terpulang. Saya nak prepare anak utk dlm setiap apa jua keadaan sekalipun,anak saya boleh survive. This is how i do it.

Eh,dah bagi baby makan fries?
Saya respect ya setiap pemilihan ibu bapa utk bagi anak makan unhelathy or healthy food tu mcm mana. I have priority on what i do.

Anak2 saya,sentiasa saya sediakan utk menghadapi keadaan yg teruk sekalipun supaya anak saya boleh survive. Dlm keadaan yg tiada makanan sihat suatu hari nanti,saya kena pastikan anak saya boleh makan banyak rasa dan tekstur makanan yg ada.

Saya ada target dlm apa yg saya ingin capaikan. Jika anda target utk beri anak anda healthy food saja,saya respect but please jangan samakan saya dengan anda. Saya ada ilmu kenapa saya buat begini.

Saya tahu mcm mana otot mulut berfungsi,deria di setiap badan berfungsi,how do they develop into cognitive aspects sampai academic and mental health aspects. Saya tak pandang pada satu aspek sahaja…. again,point utama di sini adalah utk makan tanpa gadget.

Apa yg gadget boleh buat utk anak anda jika anda memilih utk bagi anak gadget ketika makan? Boleh fikirkan tak drpd apa yg saya dah tulis kat atas? Kalau makan kat kedai mcm disaster rasanya,mulakan dari rumah dahulu.

Tolong…. saya RIMAS tengok anak diberi gadget ketika makan. Begitu juga dengan ibu bapa on gadget ketika makan.

Published by
Hasnita Sawal