Kepercayaan dahulu, katanya apabila si ibu hamil tak boleh tersalah makan. Nanti ‘terkenan’ pada anak. Contohnya kalau makan kicap atau minum air kopi, anak akan dilahirkan gelap. Ibu yang minum air soya pula anaknya akan lahir putih melepak. Boleh pula begitu ya? Betul ke sebenarnya?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan dicemarkan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yg dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.
“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tknak dengar ckp mak dulu. Budak-budak skang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yg makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik senah bila anak yg dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.
Masalahnya, betol ke makan kicap, anak yg dikandung tu boleh jadi gelap mcm kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.
Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening oi pening !🤕
Meh ler saya nak explain sikit;
🌸Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
Ads
🌼Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yg tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
🌸Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.
So da jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.
Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dgn mat salleh yang putih melepak.
Ikhlas, Doktor yang Tall, Dark & Ensem
Kesimpulannya, warna makanan yang diambil tu langsung tidak ada kaitan dengan warna kulit anak yang bakal dilahirkan. habis, kalau si ibu banyak makan sayur hijau, takkan anak keluar jadi Incredible Hulk pula?
Terdahulu Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleda yang dilahirkan pada 25 Jun 2022.
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan. Mungkin anda pernah mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Namun, hakikatnya, terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti salur pernafasan manusia. Empat daripadanya hanya menyebabkan jangkitan selesema biasa.
SARS-CoV dan MERS-CoV boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutamanya pada golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil. Namun, tahukah anda apakah kesan Covid-19 terhadap ibu hamil ini?
Ibu hamil perlu bimbang ke dengan coronavirus?
Wabak novel coronavirus yang sedang menular di China merupakan fokus utama sektor kesihatan global pada masa kini. Golongan yang berisiko tinggi bakal mengalami simptom yang teruk hingga boleh membawa kepada kematian.
Kehamilan membuatkan tahap imuniti badan ibu mengandung berubah mengikut keperluan biologi. Namun, pada kebanyakan masanya, ia berada pada tahap yang rendah.
Kajian menunjukkan ketika proses implantasi, peningkatan pada kekuatan imuniti badan akan membantu janin untuk bertapak pada rahim ibu.
Selepas fasa tersebut selesai, imuniti ibu berada pada tahap yang rendah hingga menyebabkan si ibu terdedah kepada jangkitan.
Menurut Dr Steven Gordon, pakar penyakit berjangkit daripada Klinik Cleveland, ibu hamil terdedah kepada banyak komplikasi jangkitan virus seperti influenza dan cacar air (chickenpox).
Adakah ibu mengandung perlu bimbang berkenaan dengan wabak novel coronavirus yang sedang melanda?
Jawapannya mungkin. Namun virus influenza dan varicella boleh memberikan kesan yang lebih serius berbanding novel coronavirus yang masih tidak diketahui akan tahap keterukannya ini.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Namrata Prasad et al pada tahun 2019, wanita hamil mempunyai risiko 3.5 kali ganda lebih tinggi untuk dimasukkan ke dalam hospital berbanding dengan mereka yang tidak hamil.
Bagaimana pula dengan kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil? Oleh sebab terdapat pelbagai jenis persoalan yang masih belum terjawab berkaitan dengan virus misteri ini, risikonya tidak dapat dianggarkan secara tepat.
Mari kita lihat antara kesan jangkitan coronavirus lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV.
Kesan jangkitan coronavirus terhadap ibu hamil coronavirus terhadap ibu hamil
Masih ingatkah anda akan wabak pandemik SARS pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012? Kedua-duanya menular dengan kadar yang cepat dan meragut banyak nyawa.
Menurut laporan kes yang diterbitkan dalam laman Jurnal Penyakit Berjangkit pada tahun 2004, jangkitan SARS boleh menyebabkan komplikasi keguguran dan kematian dalam kalangan ibu mengandung.
Perkara yang sama turut berlaku pada tahun 2013 apabila MERS yang turut disebabkan oleh coronavirus menyebabkan wanita hamil mengalami keguguran!
Masalah pernafasan yang dialami oleh ibu boleh menyebabkan penurunan kadar pemberian gas oksigen kepada janin yang sedang membesar.
Akibatnya, setinggi 59% wanita hamil yang dijangkiti pada trimester pertama mengalami keguguran. Bagaimana pula dengan mereka yang berada dalam trimester kedua atau ketiga kehamilan?
Mereka berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang kesan daripada kurang bekalan oksigen pada bayi dalam kandungan.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), novel coronavirus mempunyai persamaan dengan struktur SARS-CoV dan MERS-CoV. Adakah ini bermakna ia akan menyebabkan kesan buruk yang lebih kurang sama dengan kedua-dua virus tersebut?
Setakat ini, gejala yang disebabkan oleh coronavirus jauh lebih ringan berbanding dengan apa yang pernah berlaku ketika wabak SARS dan MERS.
Oleh sebab itulah, Dr Steven menasihati wanita untuk tidak memberikan tumpuan kepada novel coronavirus semata-mata.
Coronavirus lain seperti 229E dan NL63 hanya menyebabkan simptom selesema biasa. Namun, jika anda menunjukkan simptom selesema, anda tidak akan tahu virus apakah yang menjangkiti anda. Maka adalah lebih elok untuk anda mendapatkan khidmat nasihat doktor.
Jangan ambil risiko coronavirus terhadap ibu hamil
Walaupun kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil kelihatan ringan, ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan tahap penjagaan kesihatan anda. Ingat! Anda masih tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.
Mereka yang berisiko tinggi mempunyai kebarangkalian untuk mengalami simptom yang teruk, seterusnya boleh mempengaruhi tahap kesihatan secara menyeluruh.
Buat masa ini, tidak banyak perkara yang kita tahu berkenaan dengan novel coronavirus. Oleh itu, adalah lebih bijak jika anda mula mengamalkan langkah pencegahan.
Tiada protokol rawatan novel coronavirus yang telah terbukti berkesan dalam merawat pesakit jenis ini. Virus tersebut berupaya untuk merentasi halangan spesies antara haiwan dan manusia dan menular dalam kalangan masyarakat setempat.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu mengandung bagi memastikan mereka terhindar daripada penularan novel coronavirus adalah:
-Cuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun
-Elakkan daripada berhubung dengan individu yang mempunyai simptom seperti demam dan batuk
-Amalkan etika batuk/ bersin yang betul semasa anda berada di tempat awam
-Pastikan anda membasuh tangan dan buang tisu yang digunakan ketika batuk dan bersin
-Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami gejala gangguan pernafasan
-Amalkan gaya pemakaian topeng muka yang betul ketika anda berada di tempat awam
-Pastikan anda makan makanan yang telah dimasak dengan betul. Elakkan daripada mengambil makanan mentah atau separa masak
-Elakkan daripada berkongsi peralatan peribadi dengan individu lain terutamanya jika anda mengalami simptom selesema
-Tanpa kawalan jangkitan yang sepatutnya, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi yang masih lagi tidak jelas, memandangkan kita kekurangan maklumat mengenainya.
Setakat ini, kes novel coronavirus di Malaysia hanya melibatkan pelancong dari Wuhan yang kini sedang dikuarantin untuk tindakan selanjutnya.
Namun, jangan ambil mudah walaupun simptom yang disebabkan oleh novel coronavirus masih lagi ringan. Ini berikutan kehamilan bukan sahaja melibatkan nyawa ibu, ia juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan janin yang sedang membesar.
Konklusi
Jika anda mengalami sebarang simptom selesema atau baru sahaja tiba dari China, dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan virus yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda dan janin termasuklah novel coronavirus.
Setakat ini, kesan novel coronavirus terhadap ibu hamil masih lagi tidak jelas namun, adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah awal bagi mencegah jangkitan tersebut daripada berlaku.
Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung mereka, Lara Alana yang juga sering menjadi mencuri perhatian warga maya.
Setelah hampir lima bulan usia kandungan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti kebiasaan ibu hamil yang lain. Hal tersebut membuatkan ramai yang berteka-teki dan mengatakan bahawa Scha dan Awal bakal menimang cahaya mata lelaki.
Demi tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu teruja dengan kehamilan keduanya itu, Scha dalam posting terbarunya di Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang hamil.
“Featuring babybump bump bump,” tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.