Sepanjang tempoh PKP, para ibu mengambil peluang untuk mendidik anak-anak tentang nilai murni. Salah satunya untuk menjadi lebih rajin dan suka membantu ibu di rumah. Untuk menggalakkan anak serta menarik minat mereka, sistem ganjaran diwujudkan. Menariknya, idea tersebut membuatkan anak-anak bersemangat dan berebut-rebut untuk mendapatkan ganjaran.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Hani Mohamed, yang memberi ganjaran snek dan kudapan sekiranya anak-anak rajin melakukan kerja rumah yang telah ditetapkan. Untuk setiap kerja rumah, ganjaran berbeza. Bukan sahaja kerja rumah, sekiranya anak-anak solat dan mengaji juga layak menebus ganjaran yang disediakannya.
Boleh Tambah RM1 Atau Penalti Tolak RM1 Jika Ingkar Arahan
Saya pun dah terjebak skali dengan aktiviti ni dengan anak-anak berumur 9, 8 & 4 tahun (semua perempuan). Anak-anak cuma perlu lakukan aktiviti dalam Reward Chart & dibayar mengikut aktiviti yang dilakukan, ada juga bonus yang dirasakan sesuai boleh ditambah RM1 & penalti tolak RM1 jika ingkar arahan.
Selain Makanan, Boleh Tukar Reward Dengan Benda Lain
Upah yang diterima boleh diguna untuk shopping barang makanan di kedai comel mummy ni atau tukar dengan reward main game/masa dengan skrin secara terkawal atau movie pilihan mereka. Cuma sy guna duit Kidzania (Kidzo) & cuba limitkan makan jajan & bnda manis. Tq pada yang berkongsi idea tempohari. Kami suka sangat. Anak2 lepas gian nak gi kedai, behave tak bergaduh, mak ayah tenang je. Aman damai & bersih je rumah 🤩 perkongsian terbaik👍🏻👍🏻
Disclaimer: Anak-anak saya bukanlah pemakan jajan yang tegar. Dari pagi tadi sehingga malam hari ini, hanya 1 pek biskut cream cracker, 1 pek Mamee Monster, 1 keping coklat Crispy & 1 pek Honey Stars yang luak, untuk tiga org anak. Mereka lebih suka tukarkan duit dengan masa untuk tengok movie atau main game, dgn mengikut had masa yang ditetapkan. Stok makanan yang ada ni hanyalah distractor atau gangguan mereka sahaja. Mummy & daddy yang banyak habiskan 😂
Ads
Pa&Ma juga sempat bertanyakan kepada Hani tentang sistem ganjaran yang dijalankan ini:
1. Macam mana Pn dapat idea untuk reward anak cara mcm ni?
Saya dapat idea dari perkongsian rakan-rakan saya semuanya ibu2 & juga posting rakan fb yang lain. Cuma saya tambah baik dengan beberapa syarat tambahan seperti tambahan bonus RM1 sekiranya berjaya makan sayur, bangun awal pagi & mandi tanpa disuruh.
Ads
2. Macam mana penerimaan anak-anak Pn tentang cara ini?
Mereka sangat teruja & seronok sebab dah terkurung lama dalam rumah, jadi apa yang mereka nampak ialah peluang utk mereka berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat pada mereka sendiri.
3. Boleh Pn ceritakan kelebihan cara ini?
Ads
Anak-anak boleh merancang aktiviti yang ingin dilakukan pada esok hari. Sebelum ini lebih kepada free & easy, jadi terlalu banyak masa dihabiskan menonton tv & gajet. Susah juga nak disiplinkan sebab dah ada depan mata 24 jam. Jadi selepas dapat idea dari rakan-rakan, terus sy buat dan set up ‘kedai’ cantik-cantik utk mengikut konsep ‘pretend play’ tapi mirip keadaan yang sebenar seperti mana apa yg anak2 terdedah bila mereka ke kedai/pasaraya.
4. Macam mana Pn tentukan jenis reward dan harganya?
Utk jenis reward, sy melihat kepada aktiviti seharian apa yg perlu dilakukan dan apa yang mereka kurang lakukan walaupun perkara itu perlu, seperti limit masa dengan skrin, menolong mummy & daddy, jadi sy lebihkan harga di situ. Bagi solat & mengaji pula sy letakkan harga sebegitu disamping penjelasan secara lisan, utk memberitahu anak2 yang ini hanya sebagai ‘reinforcement’. Bukan reward sebenar sekiranya mereka solat & mengaji.
Secara umumnya sy cuma menggalakkan cara yang menyeronokkan dalam aktiviti seharian anak2 selama terkurung dalam rumah sepanjang tempoh PKP.
Walaubagaimanapun sy perlu bgtahu yang sy & suami bukanlah menggalakkan anak2 utk mengambil junk food & makanan tinggi gula secara tanpa kawalan. Ini juga sebagai satu effort kami dalam mengawal. Secara tak langsung anak2 belajar menghargai nilai duit yang mereka miliki & aplikasikan skill matematik yang mudah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lara Alana antara anak selebriti yang sangat terkenal meskipun baru berusia 4 tahun. Baru-baru ini Awal dan Scha memuat naik video di instagram Lara Alana yang mendapat tontonan sebanyak hampir 33 ribu pengikutnya.
Dalam video tersebut, kehendak Lara untuk memiliki beg tangan mewah tidak tercapai kerana dilarang oleh Scha dan Awal. Aksi comel tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai yang memuji cara didikan yang diterapkan kepada Lara.
Lara bukan sahaja memiliki wajah yang sangat comel, tetapi keletah dan kepetahannya berkata-kata menarik perhatian netizen di luar sana. Sehinggakan Lara mempunyai pengikut seramai 3.3 juta di instagram.
Lara sangat berkenan dengan beg tangan berjenama tersebut dan berharap untuk memilikinya. Scha mengambil beg tangan tersebut lalu diberikan kepada penjual dan meminta maaf. Lara kelihatan masih merengek untuk mendapatkan beg tersebut. Scha dengan perlahan menjelaskan “No money” sambil menarik perlahan tangan Lara.
Aksi tersebut mendapat pujian daripada netizen kerana tindakan yang dilakukan oleh Scha dan Awal itu boleh dijadikan panduan ibu bapa yang lain. Walaupun Scha dan Awal terlebih mampu untuk membelikan beg tersebut, namun cara didikan mereka membuatkan ramai yang kagum.
Suka sgt cara awal n scha didik Lara..jadikan budak baik dan sopan..suka je tgk..
Even Lara alone can afford that but she’s just didn’t know
Bagus awal dan scha walaupun dorang berdua terlebih mampu belikan beg macam tu untuk lara. Ajar lara mana kemahuan dan kehendak
Bagus Scha ajar anak. Tak semua benda boleh dapat dengan mudah..walaupun kita mampu. Secara tak langsung jadi pembelajaran untuk anak kita. Lara nanti usaha lagi ambik hati mummy ye.
Good parenting acts. Take the item slowly from her passed to the saleman, walked off straight n telling her nicely no Money.. we teaches our kids this as a lesson not spoiling em.
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua. Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan.
Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gajet kepada si kecil, dalam jangka masa panjang mereka akan ketinggalan dalam banyak perkara berbanding kanak-kanak.
Ya, gajet sangat interaktif dan kanak-kanak amat menyukainya. Berwarna-warni, mempunyai audio yang menarik dan hanya perlu disentuh dengan hujung jari untuk digerakkan. Tapi ibu ayah perlu ingat, pendedahan gajet boleh menimbulkan ketagihan. Umpamanya tidak lengkap makan minum si kecil tanpa gajet di sisi dan seterusnya boleh membantutkan pelbagai kemahiran yang sepatutnya mereka perolehi semasa di meja makan.
Perkongsian daripada Encik Hazhari Ismail, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak ini adalah informasi yang baik dan disahkan olehnya yang pakar.
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar, mampu memberikan ‘ketenangan’ yang sekejap kepada ibu bapa. Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang.
6 SKIL & FAEDAH YANG SEPATUTNYA ANAK-ANAK PEROLEHI DI MEJA MAKAN
Di meja makan, anak-anak mampu,
1. Melatih skil komunikasi dan sosial, contohnya eye contact, take turn etc.
2. Belajar tataterbib di meja makan
3. Hubungan dan masa dengan ibu bapa
4. Suka dengan makanan dan menghargai makanan
5. Meningkatkan self-regulation, attention dan melambatkan gratification
6. Banyak boleh belajar ketika makan, mengira sudu, membezakan warna, rasa yang berbeza etc 4 KESAN NEGATIF KEPADA SI KECIL APABILA MAKAN DENGAN MENONTON PAPARAN PADA GAJET
Apa akan jadi kalau makan sambil tengok gajet?
1. Terpinggir dari sosial.
2. Sensory overload!
3. Meningkatkan rasa boring kaluar makan tanpa gajet.
4. Memilih makanan.
Saya setuju ramai ibu bapa sekarang adalah ibu bapa bekerja. Dengan masa yang sedikit diluangkan bersama anak-anak, jadi masa di meja makan adalah masa yang terbaik diluangkan antara ibu bapa dan anak.
BOLEH BERIKAN GAJET TAPI MESTI IKUT 4 SYARAT INI
Dan kajian 2 jam penggunaan gadjet di bawah 6 tahun ada syarat-syaratnya, contohnya
1. Content gajet lebih kepada pembelajaran.
2. Fasilitate oleh ibu bapa, kena la borak dengan anak.
3. 2 tahun ke atas bawah 6 tahun.
4. Dan bukan di meja makan.
Anda boleh memberi beribu alasan kenapa beri gajet kepada anak ketika makan. Tapi jangan sesekali lupa perkembangan anak yang positif.
Dalam usaha mendidik anak, rata-rata ibu bapa masih lagi mencari formula sesuai. Tapi kebanyakan kita terlupa cara didikan anak yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak. Nak tak nak memang kita perlu panduan terbaik mengikut cara Rasulullah SAW. Kita tidak mahu nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri anak makin lemah sehingga tiada lagi rasa hormat pada kedua ibu bapa.
Perkongsian oleh Ummi Al-Fateh ini boleh dijadikan panduan bersama agar kita tidak menjadi ibu bapa yang gagal mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna.
Baru baru ni Ummi saje saje bukak youtube cara mendidik anak mengikut Islam, Dalam tengah mencari tu, Ummi terjumpa video ceramah oleh Ustaz Fawwaz Mat Jan. Ummi rasa menarik untuk di kongsi kepada ibu ibu dan bapa semua.
Menurut Ustaz Fawwaz, Baginda (Rasulullah SAW) berpesan, apabila dikurniakan anak Didiklah anak mengikut usia mereka..
1 HINGGA 7 TAHUN
Layanlah mereka seperti ‘RAJA’
Sentiasa beri perhatian apa yang mereka perkatakan, yang mereka tunjukkan
Beri mereka makanan yang halal,berkhasiat
Bermain bersama-sama dengan mereka (bergumpal/aksi lasak) dengan cara ini akan menguatkan fizikal mereka dan membantu perkembangan minda mereka.
Jika mereka tantrum/buat perangai jangan sekali kali ‘naik tangan’ atau berkasar kepada mereka, Didiklah dengan cara TAULADAN iaitu tunjuk sikap/perbuatan/percakapan yang baik , supaya mereka akan mencontohi perbuatan tersebut.
Beri apa yang mereka mahu asalkan ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka(mengikut kemampuan anda) sesuai dengan usia mereka
7 HINGGA 14 TAHUN
Layan mereka seperti ‘HAMBA’
Ajar mereka solat ,tutup aurat (pada usia 10 tahun jika mereka tidak mahu lakukan, boleh di pukul tetapi tidak sampai mencederakan mereka menyebabkan mereka luka/cacat/buta)
Jika mereka minta sesuatu ,tetapi apa yang mereka minta itu tidak memberi manfaat, jangan diturutkan. Contohnya Jika mereka minta Handphone/Gadjet menyebabkan mereka malas belajar, jangan di Turutkan kehendak mereka.
Asingkan tempat tidur, Jika mereka sudah berusia 10tahun asingkan tempat tidur mereka diantara anak lelaki dan perempuan atau dari ibu bapa mereka.
Ajar mereka kebersihan kerja rumah seperti contoh Selepas makan bawa pinggan ke sinki dan suruh mereka cuci sendiri..Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.
15 TAHUN 20 TAHUN
Layan mereka seperti ‘KAWAN’
Jika mereka ada melakukan kesilapan, tegur mereka secara Direct (bukan depan adik beradik atau orang lain) -Jaga Air muka mereka
Tidak membeza bezakan Kemampuan mereka dengan adik beradik yang lain.
Pada usia ini mereka sudah memiliki ego, Jadi mereka perlu dididik macam orang dewasa.
Ini sahaja yang dapat Ummi kongsikan kepada semua. InshaAllah kalau ummi dapat lagi ilmu2 yang bermanfaat Ummi akan kongsi lagi yer.
Jika ilmu yang Ummi kongsi ni terdapat percanggahan dengan apa yang ibu ibu dan bapa Tahu, bolehlah Inbox ummi yer, nanti ummi perbetulkan.
Sumber: Ummi Al-Fateh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.