Keibubapaan

Waktu PKPB Ni Mak Ayah Kena Luang Banyak Masa Dengan Anak, Barulah Perkembangan Sosial Mereka Boleh Berkembang! – Dr. Izzar

Share

Kanak-kanak memang lumrah mereka adalah bermain, tambah pula yang baru nak besar sekitar umur 2 tahun dan lebih. Ketika inilah perkembangan mereka sedang berkembang pesat.

Oleh yang demikian menjadi tugas ibu dan ayah untuk membantu perkembangan mereka sejajar dengan peningkatan umur anak. seperti kita sedia maklum, sekali lagi kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dari 9 November hingga 6 Disember untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Dengan perlaksanaan ini, pergerakan untuk keluar adalah terhad dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah memang tidak digalakkan untuk keluar ke tempat awam. Jadi bagaimana untuk mereka berkembang jika aktiviti sosial tidak dapat berlangsung? Justeru itu suami kepada pelakon Umi Nazeera, Dr Izzar menyeru ibu bapa untuk luangkan masa dengan anak-anak ketika tempoh PKPB ini supaya perkembangan sosial si kecil dapat berkembang walaupun berada di rumah sahaja.

Izzar juga turut berkongsi tentang anaknya, Ayra yang kini sudah berusia dua tahun lebih.  Menurutnya umur anak dalam usia Ayralah mereka mulah panjang akal. Umur begini juga adalah waktu emas untuk ibu ayah luangkan dengan anak-anak.

Umur 2 tahun anak mula panjang akal

“Dah 2 tahun lebih dah Ayra. Umur-umur camnila anak-anak dah mula panjang akal lebih sikit. Suruh makan sendiri dia buat main-main pulak food tu. Tapi bila mummy n daddy nak makan, dia pulak mai sibuk-sibuk nak makan siap nak minta suap sekali

“Umur-umur camni juga best nak gomol-gomol cium sambil sakat dia,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi hantarannya di Instagram miliknya itu, Izzar turut mendoakan puterinya aitu agar membesar dengan sihat dan dijauhkan daripada sebarang musibah.

“Semoga membesar dengan sihat dan selamat serta dijauhkan daripada sebarang musibah wahai puteri kami, Ayra Aneesah. Jadilah seorang player basketball yang berbakat juga. Aminn.”

Ibu Ayah Luang Masa dengan anak-anak bantu perkembangan sosial mereka

Dengan perkembangan semasa juga, Izzar berkongsi rasa simpati dengan anak-anak kerana tidak dapat keluar bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan lain sepanjang PKPB. Dia menyarankan agar ibu dan ayah untuk luangkan masa dengan anak-anak supaya perkembangan sosial anak dapat berkembang.

Tambahnya, Ayra juga dah lama tak jumpa sepupunya, hanya dapat menatap wajah di telefon sahaja.


“Kesian anak-anak kat rumah sekarang. Nak keluar bergaul dan bersosial dengan kanak-kanak lain pun tak dapat sebab PKPB. Parents kenalah meluangkan masa dengan anak-anak supaya perkembangan sosial anak-anak dapat berkembang. Ayra pun dah lama tak jumpa sepupu dia, Qalish. Rindu dia tengok gambar kat phone je,” tulisnya lagi.

 

Kita yang dewasa pun rasa tak tentu arah bila tak dapat keluar, inikan pula kanak-kanak yang sememangnya aktif dan suka bermain. Pergerakan yang terhad di dalam rumah mungkin boleh membuatkan mereka resah dan bosan. Jadi ibu dan ayah kenalah pandai mencipta masa dan aktiviti yang berfaedah bersama-sama sepanjang PKPB ini. Bukan sahaja kita dapat putuskan rantaian virus COvid-19, malah anak-anak juga dapat membesar dengan baik selain dapat bonding dengan anak-anak!

Sumber: IG Izzar

Baca: Teruja Tengok Barang Permainan Anak-anak, Tapi Jangan Beli Sebarangan Kena Tahu Fungsi Untuk Perkembangan Anak!

Baca: Hari-Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap, Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak!

Baca: “Wahh Bagusnya Kakak” Puji Jangan Kecam, Beri Kepercayaan Anak Lakukan Tugas

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
SAHR