Waktu Salin Lampin, Check Air Kencing Anak. Warna Kuning Pekat, Tanda Dia Tak Cukup Susu

Share

Semua ibu menyimpan niat untuk menyusukan anak-anak sehingga usia mereka mencecah dua tahun. Namun terdapat beberapa kekangan yang menghalang para ibu untuk mencapai target itu. Ketika menyusukan anak, kedudukan yang salah menyebabkan ibu dan anak merasa kurang selesa. Akibatnya, susu tidak dapat diminum oleh anak dan ibu pula mengalami masalah sakit puting payudara.

Artikel Menarik: [Minum Ais Guna Mulut Bukan Saluran Lain. Macam Mana Boleh ‘Becak’ Di Kawasan Sulit?]

Sebenarnya, anak boleh disusukan bukan sahaja ketika ibu sedang duduk dan berbaring, bahkan ketika anda berdiri dan berjalan. Paling penting, posisinya haruslah betul.

Ibu harus berada dalam keadaan selesa. Jika sedang duduk, ampu bayi dengan kemas dan sokong bahagian kepalanya (bayi berbantalkan lengan ibu). Jangan kepit kepala bayi di celah siku.

Letakkan bantal menyusu di bawah badan bayi bagi menyokong tubuhnya dan juga tangan anda yang memegang anak.

Artikel Menarik: [Sebaiknya Tugas Memandikan Bayi Dilakukan Oleh Bapa Sambil Berzikir “Ya Latif”]

Jari pada tangan yang mengampu kepala bayi haruslah diletakkan pada celah punggung untuk menguatkan sokongan pada tubuhnya. Sebelah lagi tangan, ampu payudara supaya tidak menghempap muka bayi.

CARA-CARA MENDUKUNG BAYI

  1. Cradle hold

Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan dan tubuhnya diampu oleh tangan ibu. Kepalanya berbantalkan lengan ibu.

  1. Cross cradle hold

Bayi dipegang menggunakan sebelah tangan secara bersilang. Jika menyusukan di sebalah kanan, maka tangan kiri yang memegang bayi. Kemudian tangan kanan pula perlu mengampu payudara.

  1. Football hold

Bayi dipegang dengan sebelah tangan dan dikepit pada bahagian bawah ketiak. Pastikan tubuhnya mengiring dan menghadap sisi. Sebelah tangan lagi, ampu payudara dan suakan ke mulut bayi. Jangan tolak kepala bayi tetapi sokong dan bawa ke arah payudara anda.

Jika menyusukan bayi ketika berbaring, pastikan anda dan anak mengiring pada arah yang sama. Pastikan kedudukan mulut bayi dan payudara ibu selari. Sebelah tangan, masih perlu ampu payudara. Kepala bayi boleh diampu dengan lengan atau diletakkan pada bahagian bawah lengan.

Artikel Menarik: [Jerit Diam Tak Bantu Redakan Anak Mengamuk. Usaplah Muka & Urut Lembut Badannya]

Setiap ibu mempunyai bentuk puting payudara yang berbeza. Boleh jadi sebelah panjang dan sebelah pendek. Bayi biasanya lebih sukakan puting yang penjang. Ibu dan anak akan berasa selesa pada satu kedudukan menyusu tetapi apabila ditukarkan kepada payudara yang satu lagi, bayi akan menolak. Jika ini yang berlaku, ibu boleh menggunakan teknik mendukung football hold supaya bayi tetap di posisi yang sama walaupu payudara sudah bertukar.

Jika anda was-was untuk mengenal pasti sama ada bayi cukup menyusu atau adakah lekapan yang anda lakukan padanya adalah betul, perhatikan air kencingnya. Biasanya bayi yang menyusu cukup air kencingnya banyak dan tidak pekat (jernih). Biasanya air kencing kuning hari ketiga keempat. Perhatikan cara penyusuan anak, biasalah selepas hari-hari selepas itu air kencing akan lebih jernih (jika penyusuan dibuat dengan baik).

Published by
Emy H