Rasa teruja bercampur rasa berdebar membuatkan bakal ibu mula rasa ragu-ragu akan ketepatan ketika menggunakan kit kehamilan. Betul ke hamil? Macam-macam persoalan yang mula difikirkan.
Macam mana nak periksa samada hamil atau tidak dan bila waktu sesuai. Panduan yang dikongsikan oleh Hello Doktor ini boleh anda jadikan panduan.
Anda mungkin ingin melakukan UPT secepat mungkin tetapi disarankan untuk menunggu sehingga tempoh seminggu anda tidak mengalami pendarahan haid.
Jika rasa tak sabar menantikan hari kedatangan haid, bakal ibu disarankan sekurang-kurangnya berikan tempoh 1 atau 2 minggu selepas hubungan seks terakhir anda sebelum menjalani ujian UPT.
Tempoh menunggu ini penting, kerana badan perlu membangunkan hormon kehamilan hCG secukupnya agar keputusan ujian kehamilan positif dapat dikesan.
Bagi kebanyakan kes, anda sudah boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan telur berlaku. Jika waktu melakukan UPT terlalu awal, anda mungkin menerima keputusan negatif walaupun pada hakikatnya anda hamil.
Waktu tepat buat ujian UPT?
Anda boleh lakukan ujian pada hari pertama lewat haid. Jika anda tidak tahu bilakah tarikh anda datang haid, lakukan ujian sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda melakukan hubungan seks.
Waktu terbaik untuk membuat ujian UPT ini pastinya ketika waktu pagi sebaik bangun dari tidur. Air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai kadar kepekatan hCG paling tinggi.
Air kencing pertama pada waktu pagi adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan. Ia biasanya mengandungi kadar kepekatan human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon kehamilan yang tertinggi.
Berita baiknya, kadar hormon hCG ini akan meningkat setiap 2 hari pada awal kehamilan. Ini bermakna selepas minggu ke-4 atau ke-5 kehamilan, tahap hCG adalah mencukupi untuk memberikan hasil ujian kehamilan positif lebih tepat tanpa perlu menggunakan air kencing pertama waktu pagi. Sekali gus, bermaksud waktu melakukan UPT adalah pada bila-bila masa dalam sehari.
Ujian darah lebih tepat
Umumnya, ujian kehamilan yang dilakukan di rumah anda adalah untuk mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Doktor mencadangkan untuk melakukan ujian darah kerana ia lebih sensitif dan boleh memberikan lebih banyak maklumat berbanding ujian pengesan melalui air kencing yang dibuat di rumah.
Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini paling terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu anda sepatutnya mengalami haid.
Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini paling terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu anda sepatutnya mengalami haid.
Jika ujian yang dilakukan di rumah tetap memberikan hasil keputusan negatif walaupun anda mengalami semua tanda kehamilan, cadangan terbaik adalah untuk melakukan ujian darah ini.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Hello Doktor