Ada kanak-kanak mengalami masalah kesukaran untuk tidur tak kira sama ada siang atau pun malam. Biasanya kanak-kanak sangat aktif dan ceria terutama waktu siang.

Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang.

Sebagai ibu ayah tentu anda risau sekiranya anak mempunyai masalah sukar tidur. Adakah ia boleh mengganggu perkembangan diri mereka?

Menurut Pakar Pediatrik, Dr.Mohamed Nazir Abu Bakar, ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimana caranya?

Waktu Tidur Anak Ibu Ayah Kena Tentukan. Jika Tak Disiplin Boleh Jejaskan PerkembangannyaKanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari.

Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun memerlukan tidur antara 12 hingga 14 jam dalam tempuh masa 24 jam sehari.

IKLAN

Jika ibu bapa risau adakah anak-anak mereka tidur dengan cukup, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:

1.    Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?

2.    Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?

3.    Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?

IKLAN

4.    Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?

Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur.

Waktu Tidur Anak Ibu Ayah Kena Tentukan. Jika Tak Disiplin Boleh Jejaskan PerkembangannyaKanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.

IKLAN

Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari.

Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus).

Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.

Selepas membaca maklumat ini, sebaiknya pantau kualiti tidur anak anda kerana tidur yang cukup dan berkualiti membantu tumbesaran sihat dan cerdas.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI