Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih, tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan.

Begitu juga dengan tidur siang, ia sama pentingnya dengan tidur malam. Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui manfaat tidur siang dan mengapa ianya penting untuk kanak-kanak.

Mengapa tidur siang penting?

Bukan orang dewasa sahaja memerlukan tidur siang, tetapi kanak-kanak juga amat memerlukannya. Tidur siang atau meridap merupakan kunci untuk memastikan kanak-kanak mendapat rehat yang sepatutnya diperlukan oleh mereka setiap hari. Bukan itu sahaja, manfaat tidur siang juga adalah untuk pembangunan fizikal dan mental di alam kanak-kanak.

Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak, Rujuk Jadual Ini!

Ads

Manfaat tidur siang

Terdapat beberapa manfaat tidur siang atau meridap. Antaranya adalah:

Membantu anak belajar- Satu kajian ke atas kanak-kanak prasekolah mendapati bahawa tidur siang dapat membantu mereka melakukan lebih baik ketika bermain mainan yang melibatkan memori.

Kanak-kanak kekal cergas- Beberapa kajian mendapati kanak-kanak cenderung untuk makan lebih banyak, terutama makanan yang tidak sihat, apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup. Justeru, ia membuatkan mereka cenderung mendapat obesiti. Kanak-kanak yang cepat letih juga tiada cukup tenaga untuk bergerak aktif dan bersenam.

Ads

Mood lebih baik jika tidur cukup- Anak yang tidak cukup tidur akan menunjukkan tantrum dan meragam. Malahan, ada kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melangkau meridap akan kurang gembira dan menunjukkan reaksi yang teruk pada kejadian yang mengecewakan.

Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak, Rujuk Jadual Ini!

Ads

Berapa lama tidur siang yang anak anda perlukan?

Keperluan meridap kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat usia.

  • Bayi baru lahir- 3 bulan: Bayi perlu tidur sehingga 18 jam sehari, dan berjaga sekitar satu atau dua jam.
  • Bayi sehingga usia 12 bulan: Memerlukan 2-4 jam tidur siang sehari.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun: Perlu tidur 12-14 jam sehari, termasuk tidur siang (1-3 jam).
  • Kanak-kanak prasekolah: Memerlukan 11-13 jam tidur sehari termasuk meridap.
  • Kanak-kanak sekolah 5- 12 tahun: Waktu tidur malam antara 10 hingga 11 jam. Namun, biasanya selepas anak usia 5 tahun, mereka sudah tidak memerlukan tidur di siang hari. Jika boleh, hadkan tidur siang anak kepada 30 minit sahaja supaya tidak mengganggu waktu tidur malam mereka.

Bila perlu melangkau tidur siang?

Keputusan untuk melangkau meridap boleh dibuat berdasarkan tingkah laku kanak-kanak dan jumlah tidur malam mereka. Berikut adalah keadaan bila ibu bapa boleh melangkau anak tidur pada waktu siang:

  1. Jika anak anda mudah terlelap di malam hari.
  2. Anak nampak cukup rehat pada siang hari.
  3. Kanak-kanak jarang tertidur semasa dalam kereta ataupun ketika menonton TV.

Tidur siang adalah perlu untuk setiap bayi dan kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga perlu tahu akan keperluan tidur siang mengikut peringkat usia anak mereka. Jika anda dapati anak kerap letih dan seperti tidak cukup tidur, maka mungkin anda perlu mengajar anak untuk tidur siang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI