Ibu mana yang tidak risau bila lihat anak kawan-kawan semua sudah mula pandai bercakap dan anak sendiri masih tidak boleh bertutur walaupun seusia. Bagi ibu yang mengalami situasi ini pastinya bingung.

Ada yang mungkin memberi pandangan supaya tunggu sahaja. Lama-kelamaan anak pasti akan dapat bercakap dengan sendiri. Tentu ada juga yang mengesyorkan supaya bertemu dengan pakar. Namun apa yang sebenarnya yang patut mama lakukan.  Ini jawapan daripada Pakar Pediatrik, Dr Mohamed Nazir Abu Bakar.

Pada umur tiga tahun, kanak-kanak seharusnya boleh bercakap dengan menggunakan sekurang kurangnya tiga hingga lima perkataan, boleh mengenali bahagian tubuh badan, boleh sebut nama sendiri dan boleh berinteraksi dengan dewasa.

Antara tanda-tanda masalah pertuturan ialah seperti tiada reaksi jika dipanggil dan kurang berinteraksi dengan kanak-kanak lain serta tidak gemar aktiviti menulis dan melukis. Deria pendengaran adalah amat penting dalam proses perkembangan pertuturan kanak-kanak.

Jika wujud sebarang keraguan adalah mustahak untuk kanak-kanak itu diperiksa oleh pakar. Jika terdapat sebarang masalah, ia dapat dikesan pada peringkat awal. Jadi, rawatan awal juga boleh dilaksanakan dengan kadar segera. Hal ini penting untuk kebaikan jangka masa panjang.

Berikut adalah 6 cara rangsang percakapan lancar si manja anda.

1. Teruskan peniruan

IKLAN

Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan akan membuatkan dia hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarnya.

2. Berbual

Teknik mudah yang boleh dipraktikkan sejak anak lahir. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkannya cepat bertutur. Dalam masa yang sama, dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.

3. Ajar sebutan betul

IKLAN

Elakkan daripada mengajar anak anda bercakap pelat. Ajar dia bercakap dengan cara sebutan yang betul.

Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap. Ini Jawapan Dari Pakar

 

IKLAN

4. Kata-kata negatif

Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata yang kurang sesuai. Nasihatkan anak anda yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.

5. Ajar perkataan positif

Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Misalnya, ajar ungkapan “terima kasih”, “minta maaf” untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.

6. Pengulangan

Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama-kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI