Walau macam mana susah pun anak kita untuk minum air yang cukup setiap hari, mak ayah perlulah pandai memujuk agar anak minum jumlah air mencukupi. Menekan air sendiri di mesin penapis air antara salah satu tarikan buat anak kecil kita minum air yang cukup.
Tidak hanya minum air kosong mencukupi, sesekali pastikan anak minum air mineral. Bukan anak sahaja bahkan juga untuk orang dewasa. Mengapa? Ini jenis yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai air mineral.
Cerita air tak habis lagi. Ada 3 jenis air mineral yang betul-betul tinggi dengan mineral. 1 saya dah kongsi semalam, air Spritzer. Harini sambung kongsi lagi 2 jenis air.
Ketiga-tiga jenis air ni, ada kandungan mineral yang berbeza. Tak boleh banding pun mana paling bagus, mana paling baik, sebab semua ada kekuatan masing-masing.
1. Evian – Datang dari kawasan pergunungan Alps. – Tinggi kandungan magnesium berbanding Volvic dan Spritzer.
2. Volvic – Datang dari kawasan gunung berapi. – Tinggi kandungan kloride berbanding Evian dan Spritzer.
3. Spritzer – Datang dari kawasan hutan hujan, 420 kaki bawah tanah, di Taiping. – Tinggi kandungan silika berbanding Evian dan Volvic.
Ads
Jadikan air mineral Spritzer sebagai salah satu minuman mingguan untuk anak kita minum. Walaupun rumah kita dah ada air mineral atau air putih, tetap jugak kita bagi anak minum, sekurangnya seminggu sekali. Kita pun minum sekali lah ye dengan anak-anak.
Air mineral pun ada label tau. Ada 53mg silika dalam 1 liter air Spritzer. Kandungan silika dalam air ni, yang paling tinggi antara semua air mineral yang ada di Malaysia.
Fungsi utama silika dalam air macam ni, untuk singkirkan logam aluminium yang ada dalam badan.
Aluminium datang dari mana? 1. Bekas makanan yang kita guna, periuk aluminium, makanan dalam tin, aluminium foil. 2. Rokok dan asap rokok 3. Deoderan 4. Sunscreen 5. Dan sebagainya
Ads
Badan kita dan anak-anak memang setiap hari terdedah dengan logam aluminum sebenarnya, tanpa kita sedar kan.
So lepas ni kita ajak semua ahli keluarga minum air mineral Spritzer k. Cari yang botol hijau tau. Yang tulis air mineral.
Bukan botol biru, yang itu air minuman. Tak sama kandungan silika dengan air mineral Spritzer ni.
Tapi yang pasti, semua air ni, masih tak boleh lawan air zamzam yang paling mulia kan. Korang tengok gambar k, jenis air mineral yang betul tinggi dengan kandungan mineral. Air macam ni ada je sebenarnya di 7E atau pasaraya. Cuma kadang, kita takut nak ambil apesal air ni kayangan sangat.
Ads
Lepas ni dah tahu lah kan sebab apa mahar air macam ni tinggi sikit berbanding air lain. Sebab kandungan mineral yang ada dalam tu buat air ni lebih berkualiti untuk diminum. Kita sama-sama belajar sesuatu yang baru setiap hari k.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 10 hari bergelar ibu, usahawan berjaya Neelofa tampil berkongsi cerita detik kelahiran cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu yang meninggalkan seribu satu pengalaman paling berharga buat dirinya.
Menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, Neelofa menceritakan detik awal kontraksi yang dialaminya sebelum kelahiran Bilal.
Akui isteri kesayangan PU Riz ini lagi, pada mulanya dia seolah-olah tidak percaya sakit yang dialaminya itu adalah petanda awal kelahiran bayinya.
“Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni..sebab macam lebih kurang period pain je (sebab senggugutku sangat extreme ye setiap bulan).
“Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like..yeke sayang?
“Kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” kongsinya.
Ummi kepada si comel Muhammad Bilal ini juga terus menandakan detik waktu, setiap 10 minit bagi melihat kontraksi yang dialaminya.
Malah jelas Neelofa lagi, selepas membuat keputusan untuk ke hospital, dia mengalami kontraksi selama beberapa jam sambil ditemani suami tercinta yang setia memberikan sokongan.
“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.
Debaran di bilik bersalin
Malah menurut ibu cantik manis ini lagi, sekitar jam 1 pagi ketika dimasukkan ke bilik bersalin, Haris sempat bersolat mendoakan dirinya untuk melalui detik mencabar itu.
“So by 1 am i dah terbaring di labour room. Masih clueless lagi, betul ke dah nak beranak ni”.
“Pak Ustaz (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm,” kongsinya lagi.
Titip perhargaan buat suami
Selain syukurnya yang tidak terhingga kerana dipermudahkan segalanya, Neelofa turut menitipkan perhargaan buat suami tercinta yang sentiasa berada di sisinya saat berdepan detik getir melahirkan Bilal.
” Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari dan momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin.
“Terima kasih sayang for everything. Alhamdulillah syukur atas segala kurniaan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Period dah berhenti, tapi tetiba ada pendarahan lagi pastu, tak banyak, tapi ada tompok-tompok”
“Period banyak”
Tahukah anda semua masalah di atas dipanggil sebagai “ABNORMAL UTERINE BLEEDING (AUB)” . AUB atau Disfungsi Pendarahan Rahim (DUB) adalah keadaan yang menyebabkan pendarahan dalam rahim yang berlaku di luar kitaran haid biasa.
Keadaan AUB ini memerlukan pemeriksaan Dr Gynae untuk menentukan punca pendarahan yang berkaitan dengan period ini.
Dr Muhammad Izzat berkata “Kenalpasti dulu puncanya, kita tkmau terlepas diagnosis berbahaya yang menyebabkan AUB, misalnya kanser uterus ataupun endometrial hyperplasia.”
Simptom-simptom pendarahan dalam rahim:
Pendarahan haid yang banyak.
Pendarahan yang mengandungi banyak gumpalan darah atau gumpalan darah yang besar.
Penyebab utama pendarahan dalam rahim adalah ketidakseimbangan dalam hormon seks. Ketidakseimbangan hormin yang menyebabkan DUB juga boeh disebabkan oleh kesan sampingan untuk sesetengah keadaan perubatan atau ubat-ubatan.
Keadaan perubatan yang sering menjadi penyebab pendarahan dalam rahim adalah:
Sindrom ovarium polisistik (PCOS): Ini adalah gangguan sistem endokrin yang menyebabkan wanita menghasilkan peningkatan jumlah hormon seks. Hal ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam hormon estrogen dan progesteron, menjadikan kitaran haid tidak teratur.
Endometriosis: Keadaan ini berlaku apabila lapisan rahim tumbuh di luar rahim, seperti pada ovari. Endometriosis sering menyebabkan banyak pendarahan semasa tempoh haid biasa.
Polip rahim: Pertumbuhan kecil ini berlaku di dalam rahim. Walaupun puncanya tidak diketahui, pertumbuhan polip sangat dipengaruhi oleh hormon estrogen. Pembuluh darah kecil di dalam polip boleh menyebabkan DUB.
Fibroid rahim: Fibroid rahim adalah pertumbuhan kecil yang berlaku di dalam uterus, lapisan rahim, atau otot rahim. Seperti polip, punca fibroid rahim adalah tidak diketahui. Tetapi estrogen seolah-olah memainkan peranan dalam pertumbuhan mereka.
Penyakit kelamin (STD): STD yang menyebabkan lesi, seperti gonorea dan klamidia, boleh menyebabkan DUB. Pendarahan yang disebabkan oleh STDs biasanya berlaku selepas hubungan seks, apabila luka-luka tersebut dikacau.
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan disfungsi Pendarahan Rahim:
Pil perancang
Agen hormon
Warfain (Coumadin)
Sekiranya keadaan semakin teruk dan menjejaskan kesihatan seperti keletihan, tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung meningkat, pengeluaran gumpalan darah yang besar. Sila jumpa doktor atau pakar serta merta. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, rujuk dengan doktor kesihatan.
Minuman milk boosteralmond milk dan jus pegaga memang sesuai untuk ibu menyusu dan hamil waktu berbuka puasa.
Ibu menyusu dan hamil yang berpuasa kena pastikan waktu berbuka hanya makan dan minum yang berkhasiat sahaja.
Untuk mengembalikan tenaga dalam badan selepas seharian berpuasa selain memberi khasiat dan melancarkan pengeluaran susu ibu, maka ibu menyusu seeoloknya minumlah minuman yang sekaligus mampu menjadi milk booster.
Perkongsian dua minuman milk booster berkhasiat dari Puan Emilia Salim ini mungkin boleh dijadikan contoh minuman untuk berbuka puasa hari ini.
Almond Milk & Dates
Bahan-bahan:
1 cawan badam
4 biji kurma – lagi banyak lagi manis susu badam nanti
4-5 gelas air
Cara-cara membuat : 1. Rendam badam semalaman.
2. Rendam kurma 3-4 jam.
3. Kisar semua bahan-bahan tersebut kemudian tapis menggunakan kain/lampin yang tipis.
4. Boleh tambah air dan kisar sekali lagi.
5. Nak sedap, minum ketika sejuk.
*boleh juga letak sedikit esen vanila
Jus Pegaga & Epal Hijau
Bahan-bahan:
3 genggam daun pegaga
1 biji epal hijau
2-3 cawan air masak
2 sudu gula atau boleh ganti dengan madu (tak nak letak gula pun boleh)
Cara-cara membuat:
Kisar semua bahan tersebut kemudian tapiskan ia.
Info tambahan
Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, eloklah amalkan memakannya kerana dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu (antara milk booster terbaik).
Membekalkan tenaga berpanjangan
Tinggi serat
Tinggi kalsium dan asid amino
Badam
Badam kaya dengan nutrien penting seperti kalsium, zat besi, vitamin E dan riboflavin.
Setiap 95 g badam mengandungi 255 daripada 310 mg magnesium yang diperlukan untuk banyakkan susu.
Merupakan salah satu sumber protein yang bagus.
Badam juga mengandungi 5.7mg lemak omega-3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Omega yang terkandung di dalam susu ibu boleh disalurkan terus kepada bayi.
Pengaga
Ulama-ulaman sangat kaya dengan serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuk A, C dan E serta bersifat antioksida.
Akar pegaga juga banyak khasiatnya.
Terkenal sebagai makanan melancarkan pengeluaran susu ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.