Biarpun bukan darah daging sendiri namun kehadiran seorang anak angkat dalam sesebuah keluarga menjadi pelengkap kasih sayang bagi mana-mana pasangan suami isteri. Bagi Achey Bocey, kehadiran Nur Tiara Zainnirah buat hidupnya rasa bahagia malah panggilan ayah yang didengarinya daripada bintang hati mama abah tu menjadi perkara cukup membahagiakannya kini.
Perkongsian Achey di Instagram mengenai sambutan hari bapa yang disambut Ahad lalu sungguh menyentuh hati kita. Malah kata Achey, sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna kerana dia turut dapat meraikannya sekali lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata kehadiran anak angkatnya itu merupakan satu rahmat kerana disebabkan Tiara dia dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa. Bukan itu sahaja malah Achey juga turut mengatakan dia akan melakukan sebaik mungkin untuk anaknya itu.
“Dialah punca!!! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.
“ Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini dapat di curahkan kepadanya. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak,” tulisnya penuh ikhlas.
Malah Achey turut memohon maaf kepada Tiara dan isterinya, Nor Hasanah Yahya, seandainya ada kekurangan ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang dua tahun ini.
“Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya lagi.
Syukur Ambil Anak Angkat
Kini Tiara, bintang hati mama dan ayah ini sudah pun berusia 2 tahun. Kata Achey lagi, kini dia agak kurang berkongsi kisah si comel kesayangannya. Semuanya kerana kesukaran yang dihadapinya apabila di minta untuk bergambar.
Ads
Malah melalui perkongsiannya yang lain di instagram, Achey turut berkongsi kisah dan prosesnya mengambil anak angkat melalui JKM. Malah turut berterima kasih kepada JKM Hulu Langat kerana sentiasa mengambil berat akan anaknya, Tiara Zinnirah.
“Kepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat. Ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka, yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita serta berkenalan dengan ramai orang. Kita baru sorang.. mereka di JKM? Beribu orang untuk di proses. Tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
Ads
Saya buat untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi. Kini Allah sediakan ‘ruang’ untuk di curahkan.
Ayah sayang awak Tiara Zinnirah Nasir Bte Abd Haq,” kongsinya lagi.
Achey dan isteri, mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.
Mencari lokasi riadah untuk membawa anak di hujung minggu atau cuti sekolah bakal menjelang tiba. Apa kata singgah ke Muzium Coklat terletak di Kota Damansara yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014. Rupanya di Malaysia ada Muzium Coklat. Hebatkan! Ia merupakan tempat yang sesuai untuk anda membawa anak-anak.
Pastinya jika ke sini rambang mata dengan pelbagai jenis coklat dengan aroma yang segar untuk dinikmati. Masuk adalah percuma! Istimewanya muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, menggunakan konsep ‘3E’ iaitu setiap pengunjung akan mendapat pengetahuan interaktif (education interactive) pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan riang-riang membeli-belah (enjoyable shoppings).Di Muzium ini anak-anak akan dapat menimba pengalaman sendiri menghias coklat mengikut kreativitnya.
Malah dapat melihat chef membuat coklat secara langsung.Begitulah antara aktiviti pembelajaran yang bakal anak perolehi di sini. Tentunya anak-anak anda teruja dengan eleman disediakan di sini.Inilah lokasi riadah yang baru untuk anda membawa anak untuk keseronokkan sambil belajar.Malah, muzium ini juga akan mengadakan jualan murah pada masa tertentu daripada harga pasaran.Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt,Cadbury dan Nestle,Mars dan Daim.Selain itu,jenama coklat keluaran tempatan ialah seperti Millton Fidani, Farells dan Danson.
Waktu Operasi: 10 pagi– 5 petang / Harga Tiket : Percuma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah anda ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar? Jika ya, jangan lepaskan peluang datang ke Malaysia Islamic Children’s Fair (MICF) yang akan diadakan pada 21 – 23 November ini, di Shah Alam Convention Centre.
Hujung minggu ini sememangnya hari yang sesuai untuk membawa anak-anak ke pameran berkaitan dengan perkembangan dan keperluan mereka khususnya kanak-kanak Muslim. Pameran yang diadakan buat kali ke-2 ini menyediakan perkongsian aktiviti, produk dan perkhidmatan berkaitan perkembangan anak-anak Muslim.
Ibu bapa dan pendidik boleh menjadikan pameran ini sebagai platform untuk meneroka material dan metadologi dalam perkembangan pendidikan anak-anak bagi membantu pembangunan fizikal, rohani dan emosi mereka mengikut acuan Muslim yang betul.
Ibu bapa dan usahawan saling dapat berhubung antara satu sama lain dalam membangunkan perkembangan pendidikan kanak-kanak Muslim. Pa&Ma turut mempunyai booth jualan majalah di MICF. Anda boleh mendapatkan majalah Pa&Ma dan Genius Pa&Ma sepanjang tiga hari pameran ini berlangsung.
Menariknya di MICF akan diadakan acara PlayVenture iaitu program unik yang menggabungkan ruang bermain (play area) dengan pembelajaran aktif (active learning). Ruang seluas lebih kurang 216 meter persegi ini memuatkan pelbagai aktiviti bermain yang mengandungi unsur pembelajaran yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak secara holistic.
PlayVenture berkonsepkan permainan kreatif (creative play). Ia seolah-olah membawa kanak-kanak berada di sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai ruang dan peluang meneroka sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.
Setiap ruang dihiasi dengan rekaan yang sesuai dengan aktiviti di tempat tersebut. Antara ruang aktiviti yang disediakan adalah:
Learning Lane
Busy Bazaar
Starlight Stage
Happy Hospital
Safety Station
Friendship Playground
The TV Team
Beauty Boutique
Culinary Corner
My Musolla
Setiap ruang akan disediakan poster maklumat tentang manfaat aktiviti tersebut dalam kalangan kanak-kanak. Diharapkan melalui aktiviti di PlayVenture, kanak-kanak mampu mengurangkan diskriminasi terhadap mereka yang berlainan upaya dari mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, cucu pertama penyanyi Nora Ariffin, Ayden Johan sudah pun berusia tiga bulan. Ayden yang dilahirkan pada tanggal 26 Ogos lalu diraikan dalam satu majlis tahnik dan cucur jambul oleh Nora dan keluarga besannya.
Kata Nora berkongsi cerita itu menerusi satu video di instagramnya, dia bersyukur kerana dapat berkongsi momen indah itu bersama ahli keluarganya.
Malah Nora turut menzahirkan rasa syukurnya kerana majlis ringkas itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT selesai tahnik & cukur rambut yang kami buat among family saja untuk Ayden Johan yang dah masuk 3 bulan.
“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dapat kongsi & buat moment ni untuk cucu pertama, bersama anak-anak menantu & besan tersayang,” katanya meluahkan rasa syukurnya.
Dalam pada itu, Nora juga turut mengharapkan agar Ayden membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya dalam kehidupannya.
” Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yang soleh & berjaya dunia akhirat. In Shaa Allah,” katanya berkongsi.
Nora yang menggelarkan dirinya Wan, merasa cukup terharu malah bersyukur walaupun sayu kerana suami dan anak keduanya, Alif tidak dapat bersama meraikan detik berharga itu dalam keluarga mereka.
“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yang tahu.
“Maaf tak dapat jemput saudara mara & sahabat sebab MCO,” katanya lagi.
Pada Ogos lalu, Nora mengumumkan kelahiran cucu pertamanya di instagramnya. Ayden Johan adalah cahaya mata pertama anak sulung Nora, Mohn Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Putri Eilya Sofea Azman pada Januari 2019.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.