Biarpun bukan darah daging sendiri namun kehadiran seorang anak angkat dalam sesebuah keluarga menjadi pelengkap kasih sayang bagi mana-mana pasangan suami isteri. Bagi Achey Bocey, kehadiran Nur Tiara Zainnirah buat hidupnya rasa bahagia malah panggilan ayah yang didengarinya daripada bintang hati mama abah tu menjadi perkara cukup membahagiakannya kini.
Perkongsian Achey di Instagram mengenai sambutan hari bapa yang disambut Ahad lalu sungguh menyentuh hati kita. Malah kata Achey, sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna kerana dia turut dapat meraikannya sekali lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata kehadiran anak angkatnya itu merupakan satu rahmat kerana disebabkan Tiara dia dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa. Bukan itu sahaja malah Achey juga turut mengatakan dia akan melakukan sebaik mungkin untuk anaknya itu.
“Dialah punca!!! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.
“ Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini dapat di curahkan kepadanya. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak,” tulisnya penuh ikhlas.
Malah Achey turut memohon maaf kepada Tiara dan isterinya, Nor Hasanah Yahya, seandainya ada kekurangan ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang dua tahun ini.
“Maaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya lagi.
Syukur Ambil Anak Angkat
Kini Tiara, bintang hati mama dan ayah ini sudah pun berusia 2 tahun. Kata Achey lagi, kini dia agak kurang berkongsi kisah si comel kesayangannya. Semuanya kerana kesukaran yang dihadapinya apabila di minta untuk bergambar.
Ads
Malah melalui perkongsiannya yang lain di instagram, Achey turut berkongsi kisah dan prosesnya mengambil anak angkat melalui JKM. Malah turut berterima kasih kepada JKM Hulu Langat kerana sentiasa mengambil berat akan anaknya, Tiara Zinnirah.
“Kepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat. Ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka, yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita serta berkenalan dengan ramai orang. Kita baru sorang.. mereka di JKM? Beribu orang untuk di proses. Tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
Ads
Saya buat untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi. Kini Allah sediakan ‘ruang’ untuk di curahkan.
Ayah sayang awak Tiara Zinnirah Nasir Bte Abd Haq,” kongsinya lagi.
Achey dan isteri, mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.
SNS Products Sdn Bhd buat pertama kalinya berkerjasama dengan Pa&Ma melancarkan produk terbaharunya iaitu ‘mifold Family’ di Malaysia semalam di The Pearl, Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak di Malaysia, SNS Products sangat berbangga menjadi pengedar rasmi bagi jenama mifold di Malaysia dan produk mifold telah berada di dalam pasaran Malaysia semenjak Mac 2017 lalu.
‘mifold Family’ terdiri daripada tiga jenis kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu mifold, mifold Sport dan hifold di mana ianya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan 15kg ke atas.
Majlis yang berkonsepkan high-tea juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Lebih 80 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini termasuk selebriti popular.
Seiring dengan pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan menjelang 2020, pihak SNS Products Sdn Bhd sangat bebesar hati bekerjasama dengan Pa&Ma untuk memperkenalkan jenama mifold di Malaysia.
mifold Family
Direka dengan bentuk yang sangat kompak, ringan dan selamat digunakan kerana ianya memenuhi Piawaian Keselamatan Eropah yang terkini iaitu ECE R44/04.
mifold Family sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletakkan 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang, senang untuk di bawa bercuti, digunakan semasa berada di dalam kenderaan persendirian seperti teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah
mifold:
mifold merupakan grab-and-go booster seat di mana saiznya adalah lebih kecil dan ianya senang untuk di bawa ke mana-mana. mifold merupakan booster seat yang paling kecil di dunia. Ini juga boleh menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletak 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang.
mifold boleh dilaraskan sepenuhnya mengikut ketinggian anak anda dan sekaligus membolehkan tali pinggang anak anda berada di tempat yang sepatutnya.
Size mifold ialah 10 kali lebih kecil dari booster yang biasa dan ianya selamat digunakan.
mifold sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 36kg dan tinggi sehingga 150cm.
mifold sudah berada di pasaran Malaysia semenjak Mac 2017.
mifold Sport:
mifold Sport merupakan grab-and-go-booster yang mewah bersaiz kecil dan selamat digunakan. Ianya berpenampilan lagi mewah dan lebih sporty!
Dengan design yang lebih premium, si bapa akan menyukainya kerana ianya sangat sporty – sesuai dengan perwatakan si bapa, manakala anak-anak pula akan lebih selesa dengan adanya tambahan kusyen.
Dengan saiz yang sangat kompak, anda boleh menyimpan dan bawa di mana sahaja.
mifold Sport sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 36kg dan tinggi sehigga 150cm.
mifold Sport secara eksklusifnya di lancarkan pada hari ini.
hifold:
hifold merupakan fit-and-fold booster. Ini merupakan inovasi yang terkini yang dikeluarkan oleh syarikat yang mengeluarkan mifold.
Merupakan highback booster yang boleh laras di dunia di mana ianya mempunyai teknologi multi-fit yang unik dan boleh dilaraskan kepada 243 tetapan individu.
hifold juga merupakan highback booster mudah alih terbaik di dunia. Dengan menggunakan sistem ‘multi-fold’ yang canggih, ianya boleh dilipat dengan cepat menjadi saiz kompak.
Ia senang untuk di bawa ke mana-mana kerana ia di datangkan bersama dengan tali pemegang bahu dan dengan berat 4.6kg sahaja!
hifold sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 45kg dan tinggi 90cm – 150cm.
hifold secara eksklusifnya di lancarkan pada hari ini.
Ms May Hwong, Pengarah Eksekutif SNS Products Sdn Bhd berkata “Kami cuba menyelesaikan masalah ibu bapa di Malaysia dengan menyediakan pelbagai jenis car seat yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan masing-masing kerana kami sangat mengambil berat akan keselamatan penumpang kanak-kanak di dalam kenderaan. Kami berharap dengan kedatangan mifold di Malaysia akan memberi solusi kepada ibu bapa, terutamanya yang mengahadapi cabaran untuk meletakkan 3 car seat di bahagian penumpang belakang. Dengan reka bentuk yang kompak dan sangat ringan mifold Family boleh dibawa bercuti dan digunakan semasa berada di dalam teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah. Untuk pengetahuan, sebanyak 900,000 unit mifold telah dijual di 150 buah negara dalam masa 3 tahun.”
Selain itu, mifold Malaysia juga turut berbesar hati menyumbang tiga buah kerusi keselamatan kanak-kanak dalam acara cabutan bertuah untuk ibu bapa yang menghadiri majlis ini.
Pelancaran program tersebut turut dihadiri oleh selebriti terkenal termasuklah Datin Rebecca Nur Al Islam, Irma Hasmie, Syaheera & Fad Bocey.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun ni Astro sambut raya #MeriahLainMacam! Sepanjang bulan Mac, Astro telah mengadakan acara penuh kemeriahan sempena lagu raya terbaharu berjudul Nyam Nyam Ketupat yang telah dinyanyikan oleh Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.
Acara Nyam Nyam Ketupat ini menyaksikan kehadiran selebriti terkenal seperti Sherry Alhadad, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Azira Shafinaz dan ramai lagi. Keluarga Yana Samsudin dan Alif Muhaimin pun ada!
Hadiah Istimewa dan Kempen Menarik Menanti!
Astro tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana, dan sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung, mereka turut mengedarkan tote bag istimewa, sampul raya eksklusif, dan kurma sebagai simbol menyambut bulan yang mulia ini.
Paling menarik, terdapat kempen Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One sempena Ramadan dan Raya! Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang pasti membuatkan sambutan Raya tahun ini lebih meriah.
Peluang Menang Hadiah Bernilai RM200,000!
Bukan hanya hadir untuk hiburan semata-mata, pelanggan juga berpeluang menyertai kempen Astro One yang berlangsung dari 1 Februari hingga 26 April. Hadiah bernilai sehingga RM200,000 menanti para pemenang . Ada TV, tablet, telefon pintar, pengering rambut jenama Dyson, Periuk Le Creuset, baucar Touch ‘n Go, Shopee dan banyak lagi.
Mereka yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah menarik dan nikmati pengalaman meriah lain macam dengan Astro One!
Pelanggan sedia ada juga boleh turut serta dalam kempen ini dengan menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre.
Pastikan anda tidak ketinggalan! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan cara untuk menyertai, layari laman web rasmi astroinfo.co/rara2025
Jom raikan Ramadan dan Raya bersama Astro, penuh dengan keceriaan, hadiah menarik, dan kenangan manis bersama yang tersayang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian pada tahun 2020, Pa&Ma menyahut saranan tersebut dengan melancarkan Kempen Buckle Up 2019.
Kempen tersebut telah dilancarkan sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di SACC Convention Centre, Shah Alam oleh Editor Pengurusan Kluster Family & Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal, Pengarah Operasi Butik Tateh yang juga Certified Child Passenger Safety Technician, Sheikh Ahmad Haiqal Sheikh Abdul Murad, wakil dari Safe ‘n Sound dan blogger serta instafamous popular Yuyu Zulaikha.
Sebagai tanda sokongan kempen ini, Pa&Ma akan terus memberi kesedaran secara berperingkat kepada semua ibu bapa mengenai penggunaan kerusi keselamatan bayi.
Hal ini kerana penggunaan Child Restrain System (CRS) terbukti penting demi menjaga dan melindungi keselamatan anak-anak anda semasa dalam kereta.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa rasa agak berat nak beli kerusi keselamatan bayi kerana memikirkan harganya yang mahal tetapi jika difikirkan nyawa anak lagi penting. Orang kata malang tak berbau dan pelaksanaan ini dianggap satu langkah terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan...