Jangan pandang rendah air tangan isteri walau pun memasak telur goreng & berkuahkan kicap, berkatnya bila makanan dinikmati bersama-sama, kalah makanan mahal!
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini cukup menyentap jiwa. Kebanyakan daripada kita menyasarkan sesuatu yang mahal dan mewah untuk menggembirakan keluarga, tapi tidak menyangka hanya dengan hidangan ringkas ini momen keakraban antara suami, isteri & anak-anak boleh dicipta.
“Nasi dengan telur goreng boleh abang?”
“Aduh, ini makanan zaman duduk rumah sewa zaman bujang ni”
Bila tengok bidadari makan penuh nikmat & anak berebut nak disuap, tiba-tiba jadi sebak
Terlalu cari benda mahal & eksklusif, sedangkan ada benda yang murah & sederhana yang membahagiakan
Makan bersama dengan anak & isteri, nikmatnya ialah kepada bonding tercipta. Saling bersuapan isteri, suami & anak adalah bonding yang tercipta.
Sumber: Taufiq Razif (theproparenting.com)