Siapa sangka, kekuasaan Allah lebih dari segalanya. Begitu juga buat anak kecil ini, J Eshan Nufail yang kini dah pun berusia 10 bulan.

Walaupun tak pernah merasai pelukan erat seorang ibu dan setitis susu ibunya, namun Allah jaga anak ini dengan baik sekali.

Menerusi perkongsian di Tik Tok ibu saudaranya atas akaun @ziahzara15, nampak Nufail makin bijak, membesar dengan sihat dan semakin banyak akal.

Apa yang menyayat hati, ketika ibunya dipukul, waktu itu usia Nufail baru 4 minggu dalam kandungan. Lagi bertambah sedih, biarpun ibunya, Jahidah Nordin mengalami kecederaan serius terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal, dari sehari ke sehari Nufail dapat membesar dengan baik dalam perut ibunya.

“Walau Ibu Koma, Ramai Sayang Awak. Nufail Dah Makin Besar, Senang Jaga Dia”
Kredit: Utusan

Seolah-olah kehadiran Nufail ini memberi semangat dan kekuatan luar biasa buat ibunya meneruskan kandungan walaupun tidak seperti ibu lain yang dapat memberi zat kepada bayi dalam kandungan.

@ziahzara15 Replying to @godisgreat8372 #babyjahidah #babyajaib #nufailfamily ♬ Ibu – Haddad Alwi

IKLAN

Lagi rasa terharu apabila Nufail selamat dilahirkan secara pembedahan pada 30 November tahun lalu.

Jika anak-anak lain dapat merasai pelukan seorang ibu, tapi nasib Nufail berbeza sama sekali kerana dia kini hanya menumpang kasih ibu saudara dan ahli keluarga sebelah ibunya sahaja.

@ziahzara15 semoga membesar dengan sihat sayang nufail..#babyjahidah #babyajaib #eshannufail #braindamage #mangsaderasuamidayus #ziahzara ♬ suara asli – andre

Menurut ibu saudaranya, Fauziah Nordin yang menjaga Nufail sepenuhnya, sejak dalam rahim ibunya, Nufail anak yang sangat menyenangkan sampailah saat di dilahirkan dan sehingga kini.

“Doakan agar Nufail menjadi anak yang bijak dan soleh serta dapat membela nasib ibunya,” kongsinya.

IKLAN

Dari video yang dikongsikan ini, Nufail sudah mampu mengolekkan badannya sementara ibunya masih kekal koma dan hanya mampu membuka mata sambil sesekali mengerdipkannya.

@ziahzara15 mommy n ibu sentiasa akan ada bersama Nufail ♥️ Tq @Momo House #nufailfamily #babyajaib #dypers #momohouse ♬ Kaulah Ibuku – AFIA FALLIS

Mungkin dalam hati ibu Nufail dia nak sangat memeluk anak kesayangan tapi apakan daya tiada kekuatannya. Hanya air mata yang menandakan dia rindu sangat pada Nufail.

Sehingga kini, keluarga Jahidah masih mengharapkan kes perbicaraan di mahkamah dapat diadili dengan sebaiknya dan ada keadilan buat ibu Nufail.

Didoakan moga suatu hari nanti ada keajaiban yang diberikan oleh Allah buat Jahidah. InsyaAllah.

IKLAN

Kredit: Tik Tok @ziahzara15

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

“Walau Ibu Koma, Ramai Sayang Awak. Nufail Dah Makin Besar, Senang Jaga Dia”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI