Dalam bulan Ramadan selain berpuasa dan menunaikan solat sunat Terawih, kita juga digalakkan untuk membaca kitab suci Al Quran dan fahami maksud di sebalik setiap baris-baris ayat.
Itulah yang dilakukan oleh pelakon kecil molek Elfira Loy yang bersyukur kerana akhirnya dia berjaya khatam Al Quran di penghujung bulan Ramadan. Namun menurutnya ia ternyata satu hal yang cukup mencabar kerana dirinya yang bergelar seorang isteri dan ibu.
Meskipun hampir putus asa kerana terlalu letih, tapi akhirnya dia berjaya khatam Al Quran pada jumaat yang lalu.
Dalam pada itu, Elfira juga turut bernazar untuk memberikan duit raya kepada 50 orang peminatnya jika dia berjaya khatam.
“Alhamdulillah Dengan Izin Allah , Jumaat 29 Ramadhan 1441H petang tadi el dah berjaya khatam .
“Syukur Ya Allah Ramadhan tahun memang mencabar sangat nak khatam sampai rasa nak give up sebab terlalu letih & tak cukup masa. Being a wife and mother is really a big responsibility .
“Yang masih bujang tu gunakankan masa sebaiknya . This year , I tried to read the translation after every surah & tengok sinopsis sebab ambik masa lama .
“Best! Thanks to @ayeshasyahira for inspiring me walaupun dia tak sedar hihi. Tapi kita takdelah tadabbur macam dia .
“Tadi , i woke up at 4am and start reading the last 4juz i think until after asar tak lekang telekung mengaji mengaji mengaji . Feeling ni rasa macam Kat Mekah . Rindunyaaaa .
“Masa nak baca pastu tetiba rayyan nak kat el je serious rasa nak nangis takut tak sempat khatam. But Alhamdulillah i gilir gilir ngan mama baca al Quran, Mama dah khatam el pulak pulun. Leganyaaa Ya Allah sempat khatam
“As promised to my telegram family , DiaryElmu , sempena khatam Alquran el harini , el akan bagi duit raya pada yang khatam Al quran selama 50 orang . tu memang nazar el nak khatam. InshaAllah esok el agihkan 🙂 Terima kasih yang bagi semangat kat el & mendoakan El. 5.34pm , 22 May 2020,” kongsi Elfira di akaun Instagram miliknya.
Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada Oktober tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat Elfira kerana berjaya khatam Kitab Suci Allah itu, walaupun sibuk dengan urusan rumah tangga, namun tetap berjaya laksanakan apa yang diniatkan. semoga dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Allah lipat gandakan pahala buat pelakon ini.
Sumber: Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI