Blogger dan instafamous Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli adalah bekas
isteri kepada pengacara TV terkenal Ally Iskandar yang sering berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak.

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak, Maream Esabel, 3 tahun 10 bulan.

Bagaimanapun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2016 dan Farah mendapat hak penjagaan anaknya Maream.

Namun hubungan antara ayah dan anak ini tetap terjalin baik dan Farah sendiri sering berkongsi mengenai hubungan rapat Maream dan daddy nya Ally Iskandar.

Siapa yang mengikut Instagram Farah tentu biasa melihat perkongsiannya mengenai
hal tersebut.

Sempena hari bapa baru-baru ini, Farah memuat naik satu video voice call antara Maream dengan daddy nya.

. First line tu omma tulis dan first voice memo tu omma ajar. . Selebihnya Maream yang tulis dan cakap. Tanjat juga omma dia buat voice memo sendiri thanking daddy belikan dia baju raya bila omma cakap “Daddy cakap baju Maream cantik” ? Dah besar dah Maream ni rupanya ? . Happy Father’s Day to all daddies ?? . Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too. . Regardless, masing2 ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang. . So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies ? . [3years10months] #mareamesabel #ommaream #mareamdaddy

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Ads

Happy Father’s Day to all daddies ??
.
Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too.
.
Regardless, masing2 ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang.
.
So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies

. Sedang tengok Omar&Hana, sampai kat part the whole family berkumpul, omma test Maream, . O: Maream, kenapa family Maream tak macam tu.? Dorang Omma dan Daddy dia duduk sama2, tapi Maream duduk dengan omma je.? M: Hmmm.. Sebab kan kalau duduk sama-sama nanti gaduh.. Sebab tu Maream duduk dengan omma je. Tapi okay je, kan.? Ni kan family kita.. O: ??? *terharu* . Teringat soalan interview yang Farah terima tempoh hari. So Farah share kat bawah ya pada siapa yang selalu tanya macam mana Farah fahamkan Maream tentang family dia yang ‘lain’ dari kebanyakan family kawan2 dia ni ? . “Q : Pernah tak anak bertanya perihal bapanya? Dan bagaimana Farah menjawab soalan ini agar anak faham situasi yang dihadapi oleh Farah. . A : Farah bagitahu Maream yang Daddy dan Omma tak boleh duduk sama-sama nanti gaduh hehe.. Dengan usia sekarang, Farah tak rasa Maream faham dengan apa yang berlaku tetapi Farah sentiasa terangkan pada Maream (sejak hari pertama – Maream was 2 tahun 3 bulan) yang keluarga dia agak lain berbanding kebanyakan keluarga lain, dan kelainan bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia memberikan warna dalam kehidupan. . Yang penting, jangan pisahkan kasih antara ibu bapa dengan anak, tak kira apa masalah antara anda berdua. Anak kita mungkin terpaksa berusaha membesar dalam ‘broken family’, pisahkan kasih antara mereka hanya menjadikan kita ibu/bapa yang pentingkan diri sendiri. . Juga, elak untuk aibkan mana-mana pihak kerana mengetahui aib ibu bapa boleh menggangu perkembangan emosi anak-anak; boleh berkemungkinan mereka akan membesar dalam dendam, atau mempunyai keyakinan diri yang rendah. . Anak-anak akan belajar menyesuaikan diri dengan kelainan ini dan bila tiba masanya, mereka akan faham dan boleh fikir sendiri. Keluarga yang tidak sempurna bukan alasan untuk anak-anak mendapat kasih sayang yang tidak sempurna juga.” . — Hope this helps. Being a single mom is never easy, it’s a hard work but always worth it. Trust me.! ? . Pada yang nak ‘suruh’ kami berbaik semula, rasanya tak perlulah komen begitu di sini ya. You’ll never know the struggles we’ve been through so please give us space ??#ommabebel . [TB3years4months] #mareamesabel #mareamdaddy #ommaream

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Farah Faham Perasaan Anak Kecilnya

Walaupun bersyukur kerana Maream dikurniakan ayah yang bertanggungjawab, namun sebagai ibu dia faham perasaan anak kecilnya yang berjuang untuk hidup dalam keluarga yang berpecah-belah.

Bagaimanapun wanita ini tidak pernah patah semangat serta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya.

Ads

Walau Sudah Berpisah, Farah Lee Pastikan Hubungan Maream Dan Daddynya Rapat. Bersyukur Anak Dapat Daddy Bertanggungjawab!

Bagus cara dilakukan oleh Farah yang tak pernah menyekat hubungan antara ayah dan anak biarpun hubungan perkahwinan mereka sudah terputus.

Baginya penting untuk Maream tahu yang omma dan daddy tetap menyayangi dirinya dan faham tentang keunikan hubungan keluarga mereka.

Selebihnya Farah berserah kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan dan kasih sayang pada anaknya walaupun di mata manusia mereka nampak tidak sempurna.

Ads

Melihat pada perkembangan Maream yang sama seperti kanak-kanak normal lain, ternyata si comel ini membesar sebagai anak yang sihat, ceria dan bijak.

Apa pun tahniah untuk omma dan daddy Maream yang sentiasa positif dan bersikap profesional demi anak.

Sumber: Instagram farahlee

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI