Keibubapaan

Walau Tak Tidur Semalaman, Demi Suprisekan Birthday Anak, Dato’ Fazley Sanggup Terbang Ke Perth!

Share

Dato’ Fazley Yaakob sememangnya ayah yang cukup penyayang. Melihat kelembutannya mendidik anak-anak buat hati jadi cair. Apa lagi melihat caranya melayani isteri tersayang, Datin Azrene Ahmad yang cukup romantik. Aduhai sweetnya.

Terbaru bapa kepada Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Ellie ini sanggup terbang ke bumi Perth, Australia dan tak tidur semalaman semata-mata untuk membuat suprise birthday anak keduanya, Piyash pada Mac lalu.

Demi rindunya pada isteri dan anak-anak serta pastinya tidak mahu terlepas peluang untuk meraikan tarikh penting bagi si kecil kesayangannya, Dato’ Fazley sanggup terbang ke sana.

Dua video yang dikongsikan olehnya buat pengikutnya di instagram terhibur malah menerima lebih 259 207 ribu tontonan di instagram. Memang sweet!

Part 1: Minggu ni birthday anak saya yang ke-2, Piyash @payishpiyashpiyush, so kebetulan mama dia @azrene_ahmad memang ada kerja di #Perth so di bawa sekali Piyash dan @ellie_alaynaselma , cuma saya lah rindu anak-anak dan isteri.

So apa saya buat, saya ambil flight @airasia malam tadi pukul 12 malam dah terus terbang ke Perth dengan penuh niat nak buat surprise untuk birthday boy, adik sayang serta Ellie. Saya pulak terjumpa dengan taxi driver yang nama dia Raj ni, dia pun agree nak bantu. Sebab isteri saya dan anak-anak dah nak keluar ke tempat lain, so saya kena cepat supaya tak terlepas jumpa diorang di rumah! Nak tengok tak apa berlalu lepas pintu di buka?

 

Part 2: Inilah yang berlaku bila pintu dibuka.. Piyash @payishpiyashpiyush menjerit panggil saya, Adik sayang @azrene_ahmad terkejut gila, Papa Din & Mama Nor mengucap panjang, dan @ellie_alaynaselma yang tengah tidur pun merangkak keluar bilik terdengar suara saya!! Hahahaa tak sia-sia saya tak tidur semalaman dan naik flight @airasia 5 jam untuk ke #Perth demi surprisekan birthday boy Piyash, mama dia dan ellie! 

Thank you so much to Mr Raj the taxi driver! He made sure I was able to catch my wife and kids on time before they actually go out! It could have been a #25minutestoo late song! hahaha! 

Netizen tak kurang yang turut merasa sebak dan terharu dengan perkongsian Dato’ Fazley ini. Siapa tak sayang anak kan.

 

 

 

Published by
SRM