Sharifah Shahirah, pengacara musim kedua Pa&Ma mengakui anak keempatnya, Audrra mempunyai ciri-ciri disleksia. Namun shiera akui banyak sikap positif yang ditunjukkan oleh Audrra. Audrra memang anak yang bijak.
Anak ke empat pasangan ini menunjukkan ciri-ciri disleksia dalam karakternya. Audrra yang kini berusia 9 tahun berbeza berbanding adik beradiknya yang lain. Dia mula menunjukkan ciri-ciri seperti baca terbalik, pakai terbalik dan agak ketinggalan dalam pelajarannya.
Menurut Shiera, Audrra mempunyai ciri-ciri positif yang lain dan dia sebenarnya bijak. Dia amat sukakan hiburan, cepat menghafal lagu, sukakan tarian. Mungkin minatnya ke arah itu. Tapi apa-apa pu saya dan ijoy sentiasa terap kan “Happy family” dalam keluarga kami.
Menurut Shiera, keceriaan dalam keluarga itu sangat penting tidak kira berapa pun umur kita. Jangan jadikan alasan umur tua sebagai penghalang untuk rasa muda, gembira, ceria dan hidup bahagia.
“Saya selalu lihat makcik Ijoy sentiasa ceria walaupun sudah berumur. Jangan jadikan umur sebagai penghalang untuk rasa muda dan ceria. Bagi saya, kita perlu hargai setiap detik hidup. Masalah memang tetap ada, tapi tak salah untuk rasa ceria dan gembira. Ijoy juga seorang bapa yang kelakar dan ceria sebab itulah keluarga kami sentiasa gembira.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tips Biasakan Anak Tidur Awal Yang Dikongsi Ibu Ini Patut Dicontohi
Ramai ibu mengeluh susah nak tidurkan anak awal waktu malam. Anda kena cari tips biasakan anak tidur awal. Kadang-kala masalah tidurkan anak boleh jadi ‘perang’ satu rumah dibuatnya.
Mungkin selama ni kita macam tak berapa acuh sangat hal anak kena tidur awal jadi apa kata perbaiki kaedah kita menidurkan anak.
Ini kerana tidur yang cukup bagi seorang kanak-kanak sangat penting untuk membantunya membesar dengan sihat dan cergas. Bila badan dan otak sihat dan cergas barulah anak-anak mudah untuk belajar banyak perkara.
Bolehlah ikut cara yang dikongsi oleh ibu ini, Puan Huzaimah Basar. Mana tahu berkesan pada anak kita.
Anak-anak kami jenis di siang hari sangat aktif. Ada sahaja akal nak main itu ini. Rumah memang dah macam taufan.Bila malam dah cranky. Dah penat. Memang tak sesuailah kalau nak keluar malam. Walaupun hanya makan malam. Akan jadi huru hara. Lagipun Shaima’ dengan Hanzalah memang kami train tidur awal. Sebelum pukul 10 dah masuk bilik tidur.Apa yang kami buat supaya anak-anak tidur awal:
1. Set Rutin. Pukul 9.30 malam semua orang masuk bilik tidur. Hujung minggu pun sama. Bila balik rumah nenek, mak tok, toki ke automatically pukul 10 malam mata dah layu di tasik madu.
2. Simpan semua gadjet, mainan, tutup tv
3. Biarkan anak-anak bermain sepuas-puasnya di siang hari. Biasanya petang mereka akan bermain di taman permainan.
4. Pastikan anak-anak selesa. Bantal busuk kalau ada. Suasana bilik nyaman. Sejuk. Lampin kering. Nak lebih selesa dan lena tidur on diffuser Lavender EO.
5. Sebelum tidur, borak-borak, gurau-gurau dengan anak-anak sekejap. Bacakan buku. Melukis. Menulis. Bacakan surah fatiha. Bacakan doa tidur.
6. Tutup lampu atau malapkan cahaya lampu.
7. Sapukan Good Night baby balm. Membantu pernafasan dan anak pun tidur lena sebab ada unsur-unsur lavender yang menenangkan.
Selepas mereka dah tidur, barulah aman sentosa nak mengemas rumah. Basuh pinggan, iron baju, layan Tonton.
Sumber: Huzaimah Basar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Perlu Berhentikan Anak Umur Lebih 2 Tahun Minum Dalam Botol Susu
Ramai ibu ayah mengakui sukar untuk berhentikan anak minum susu dalam botol susu walaupun sudah berumur lebih 2 tahun. Ada yang masih lagi minum dalam botol susu walaupun sudah pergi ke tadika!
Mungkin ramai ibu-ibu yang menghadapi dilema anak enggan minum susu dalam cawan dan masih bergantung pada botol susu. Kadangkala akibat ‘malas’ nak layan amukan si anak dan risau anak menolak minum susu jika diberi dalam cawan maka ibu biarkan sahaja tabiat tersebut. Alasannya yang penting anak tak buat ragam!
Bolehkah begitu, apa kesannya pada perkembangan anak?
Tabiat minum susu dalam botol wajar dihentikan ketika kanak-kanak berusia antara satu tahun dan selewat-lewatnya dua tahun. Selepas kanak-kanak berhenti menyusu, perkenalkan kepadanya cara minum susu menggunakan ‘sippy cup’.
Bekas minuman berbentuk gelas yang bertutup ini boleh menggantikan cara minum di dalam botol susu. Penutup di permukaan atas dengan muncung menggantikan puting untuk kanak-kanak menyedut susu atau air dari dalam bekas.
Kalau anda masih teragak-agak atau membiarkan sahaja anak terus melekat dengan botol susu, lebih baik baca dulu sebab-sebab pentingnya mengajar anak minum susu dalam cawan.
1. Menggunakan cawan sedut ini akan melatih kanak-kanak minum air dengan betul apabila menggunakan cawan atau gelas sebenar. Ibu bapa digalakkan mengajar anak menggunakan sippy cup paling awal ketika si kecil berusia sembilan bulan.
2. Semakin awal melatih kanak-kanak menggunakan cawan penyedut maka semakin cepat mereka belajar minum susu menggunakan cawan atau gelas. Cawan ini direka khas untuk kanak-kanak supaya dapat meneguk air dengan betul.
3. Muncung penyedut yang kecil menggelakkan kanak-kanak daripada tersedak ketika minum. Kanak-kanak yang masih kecil boleh menggunakan cawan penyedut yang bertangkai untuk memudahkan mereka memegang cawan.
4. Biasanya ibu atau ayah mudah berubah hati apabila melihat si kecil menangis semasa proses menukar botol susu kepada cawan penyedut. Peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak mengubah tabiat menggunakan botol susu.
5. Anak kecil biasanya menguji ibu bapa dengan menangis atau merengek apabila diberi minum susu dalam gelas atau cawan. Sikap ibu bapa yang mudah mengalah menyebabkan kanak-kanak masih terus menggunakan botol susu. Keadaan ini berlarutan dengan sikap manja dan terbawa-bawa hingga ke tadika.
6. Sekiranya masalah tingkah laku ini berterusan hingga ke taska dan tadika ia akan menimbulkan masalah tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa ingin diberi perhatian seolah-olah dirinya masih kecil.
7. Anak juga berkemungkinan mudah hilang fokus dan suka bermain di dalam kelas selain tidak faham apa yang cikgu ajar.
Nampak remeh bila bercakap isu anak minum susu dalam botol tetapi rupanya ada kesan terhadap perkembangan si manja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Selalu Tengking Dan Marah Anak Boleh Mematikan Sel Otak Mereka Yang Sedang Berkembang
Kekerapan tengking dan marah anak kecil rupanya boleh mematikan sel otak yang sedang berkembang terutama pada tahap umur emas iaitu 2- 3 tahun.
Bagi ibu-ibu terutama yang bergelar suri rumah, melayan anak kerenah anak adalah tugas 24 jam sehari. Tipu kalau boleh tahan sabar selama tempoh tersebut dengan pelbagai ragam dan kerenah anak apatah lagi kalau lebih dari seorang anak.
Kadang-kadang boleh buat ibu mudah hilang sabar sampaikan anak asyik kena marah sahaja. Memang kasihan dengan anak kecil yang belum faham apa-apa tapi bila hati sudah marah memang sukar nak kawal.
Pelbagai cara dah cuba dibuat untuk mengelakkan daripada marahkan anak tapi kadang-kala terlepas juga. Apa kata ibu ayah semua ambil tahu apakah kesan negatif yang anak kita dapat apabila kerap diherdik dan dimarahi seperti dikongsi oleh seorang ibu, UmmuAyyash dalam blognya.
Tahukah ibu-ibu bahawa di dalam kepala setiap anak terdapat lebih dari 10 trilion sel otak yang tumbuh. Satu tengkingan marah atau makian mampu membunuh lebih dari sejuta sel otak ketika itu juga.
Satu cubitan atau pukulan mampu membunuh lebih dari 10 juta sel otak ketika itu juga. Sebaliknya 1 pujian atau pelukan akan membina kecerdasan lebih dari 10 trilion sel otak ketika itu juga.
Herdikan boleh matikan sel otak anak
Hasil penelitian Dr Lise Eliot, Profesor di Department of Neuroscience at the Chicago Medical School pada anak yang masih dalam perkembangan otaknya iaitu pada tahap umur emas atau golden age (2-3 tahun pertama kehidupan), suara tengkingan dan herdikan yang keluar dari ibu bapa dapat mematikan sel otak yang sedang berkembang. Ketika ibu memberikan belaian lembut sambil menyusukan anak, rangkaian otak terbentuk elok.
Penelitian Dr Lise Eliot ini dilakukan sendiri pada anaknya dengan memasang kabel perakam otak yang dihubungkan dengan sebuah monitor komputer sehingga dapat melihat setiap perubahan yang terjadi dalam perkembangan otak anaknya.
“Hasilnya sangat luar biasa. Ketika ibu menyusukan anak akan terbentuk rangkaian indah, namun ketika dia terkejut dimarahi, rangkaian indah menggelembung seperti belon lalu pecah dan terjadi perubahan warna. Ini baru dengar satu herdikan,”ujarnya.
Anak mudah stres
Dari hasil penelitian ini, jelas kesan marah terhadap anak kecil sangat mempengaruhi perkembangan otak mereka. “Maka, kita harus berhati-hati apabila memarahi anak,” Bukan hanya itu, ia juga mengganggu fungsi organ penting dalam badan seperti hati, jantung dan lain-lain.
Tengkingan dan herdikan menghasilkan gelombang suara. Ketika herdikan yang disertai emosi seperti marah menghasilkan suatu gelombang baru merosakkan sel otak anak kecil. Kesan kerosakan pada sel-sel otak akan lebih besar pada anak kecil yang dijadikan sasaran kemarahan ini seperti penderaan. Kesan pada anak remaja dan orang dewasa tidak seteruk pada anak kecil.
Kesan jangka panjangnya dapat dilihat pada orang yang sering mengalami tengkingan pada usia kecil.
* Mereka lebih pasif serta lambat dalam memahami sesuatu.
* Cenderung terikut emosi negatif seperti marah, panik atau sedih.
* Mereka biasanya mengalami stres hingga tertekan dalam hidup. Semuanya akibat dari sel-sel otaknya kurang aktif dari yang sepatutunya.
Oleh sebab itu sebagai ibu ayah, pendidik atau pun orang dewasa yang mendidik dan membesarkan anak kecil, sebaiknya pilihlah untuk bersikap lebih kreatif dalam menghadapi tingkah laku si kecil yang nakal. Belajarlah untuk menyesuaikan arahan dan didikan mengikut tahap umur anak. Elakkan daripada terlalu kerap memarahi dan menengking mereka.
Sumber: ummuayyash.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI