Sharifah Shahirah, pengacara musim kedua Pa&Ma mengakui anak keempatnya, Audrra mempunyai ciri-ciri disleksia. Namun shiera akui banyak sikap positif yang ditunjukkan oleh Audrra. Audrra memang anak yang bijak.
Anak ke empat pasangan ini menunjukkan ciri-ciri disleksia dalam karakternya. Audrra yang kini berusia 9 tahun berbeza berbanding adik beradiknya yang lain. Dia mula menunjukkan ciri-ciri seperti baca terbalik, pakai terbalik dan agak ketinggalan dalam pelajarannya.
Menurut Shiera, Audrra mempunyai ciri-ciri positif yang lain dan dia sebenarnya bijak. Dia amat sukakan hiburan, cepat menghafal lagu, sukakan tarian. Mungkin minatnya ke arah itu. Tapi apa-apa pu saya dan ijoy sentiasa terap kan “Happy family” dalam keluarga kami.
Menurut Shiera, keceriaan dalam keluarga itu sangat penting tidak kira berapa pun umur kita. Jangan jadikan alasan umur tua sebagai penghalang untuk rasa muda, gembira, ceria dan hidup bahagia.
“Saya selalu lihat makcik Ijoy sentiasa ceria walaupun sudah berumur. Jangan jadikan umur sebagai penghalang untuk rasa muda dan ceria. Bagi saya, kita perlu hargai setiap detik hidup. Masalah memang tetap ada, tapi tak salah untuk rasa ceria dan gembira. Ijoy juga seorang bapa yang kelakar dan ceria sebab itulah keluarga kami sentiasa gembira.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Akan Membesar Sebagai Orang Hebat Kalau Papa Jenis Yang Sangat Cinta & Sayang Isteri
Anak yang dibesarkan dalam suasana yang bahagia dan sering melihat papanya sangat mencintai dan sayang isteri (mamanya), maka dia akan membesar sebagai orang yang hebat satu hari nanti.
Bila ada anak, biasanya hidup kita akan berubah. Dalam usaha mendidik anak, seorang papa akan mula melakukan sesuatu perkara secara berbeza. Lebih mengambil berat tentang segala keperluan anak sama ada dalam soal mencurahkan kasih sayang mahu pun penyediaan materialnya.
Seseorang yang bergelar ayah akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga dan memastikan anak tersayang sentiasa dilindungi dan disayangi sepenuh hati.
Daripada semua perkara tersebut, ada satu perkara penting yang papa boleh buat dan akan memberikan impak besar dalam hidup seorang anak. Apakah dia?
1. Cinta dan sayangi mama mereka sepenuh hati
Nampak ‘simple’ tapi kesannya sangat besar. Mencintai dan menyayangi ibu anak anda adalah perkara terhebat yang anda boleh lakukan untuk si kecil!
2. Tunjukkan rasa cinta anda pada isteri anda
Cara anda layan dan tunjukkan kasih sayang pada isteri sangat penting kepada anak. Apabila anak melihat yang papanya sangat menyayangi mama, mereka akan faham erti kasih sayang. Anak lelaki belajar bagaimana cara yang betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti. Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
3. Sentiasa menggandakan rasa cinta dan sayang
Mencintai ibu anak-anak anda sebenarnya cara terbaik memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak. Cinta dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada anak untuk sentiasa berkasih-sayang, hormat-menghormati dan bertolak-ansur dalam kehidupan. Mereka tidak belajar nilai tersebut daripada buku tetapi mempelajarinya daripada pemerhatian terhadap kedua ibu bapa.
4. Keharmonian membentuk kebahagiaan
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
5. Kerjasama menjadikan impian lebih berjaya
Apabila papa dan mama sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian anda untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana. Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya.
Anak dapat merasakan ikatan yang hebat dalam pasukan papa dan mamanya, dan mereka tahu bukan hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik tetapi sebaliknya dua orang penting bekerjasama memastikan si kecil sentiasa berada di landasan yang betul.
Jadi, bila sudah bergelar ayah, kasih sayang anda bukan sekadar untuk anak, tetapi terus cintai dan sayangi ibu anak-anak anda seperti zaman bercinta dulu bahkan patut lebih lagi. Ia akan memberikan faedah yang sukar dinilai dengan wang ringgit!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menangis Emma, Maid Hantar Video Shariq Panggil ‘Mama’. Baru Tahu Perasaan Mak-Mak
Dalam usia anak yang bakal menginjak setahun, kebiasaannya ibu akan tertunggu-tunggu perkataan pertama keluar dari mulut anak. Selain nak lihat anak bertatih dan berjalan, dapat dengar anak bercakap juga satu momen sangat berharga.
Ada ibu bapa tak sabar nak dengar anak panggil mommy, mama, ummi, ibu, mak, papa, ayah, baba, daddy dan sebagainya.
Menurut Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika, sebenarnya ada kanak-kanak yang amat cepat mengeluarkan perkataan pertama. Umur 1:06 sudah boleh menyebut mama, abah. Tapi ada juga yang agak lewat, umur 1;08 baru nak sebut mama.
Pada usia setahun, kanak-kanak mula membuat bunyi bebelan seperti ‘bababa’ atau ‘dadada’. Dia bermain-main dengan anggota mulut dan lidahnya sendiri dan dengar suaranya sendiri.
Ini adalah perkembangan fitrah kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang tiada masalah pendengaran, bebelan ini akan berkembang menjadi perkataan. Tapi bagi kanak-kanak yang ada masalah pendengaran, bebelan akan berhenti begitu saja (bergantung pada keterukan masalah pendengaran yang dialami).
Seperti yang dikongsikan oleh Emma Maembong di instagramnya, dia begitu teruja apabila mendapat video dari pembantu rumahnya yang merakam aksi Shariq Gabriel yang memanggil ‘mama’ buat kali pertama.
Shariq yang dilahirkan pada 8 November 2020, dan baru berusia 11 bulan benar-benar buat Emma rasa sebak lagi-lagi momen ini adalah yang ditunggu-tunggu selama ini.
Walaupun Emma tak ada dalam situasi tersebut kerana keluar bekerja, apabila video ini dihantar padanya, menitis air mata seorang ibu. Hanya yang pernah melalui situasi seperti ini akan faham.
“Tengah kerja semalam tiba-tiba maid hantar video. First time @shariqgabriel sebut Mama dengan betul. Selama ni mamama biasa je. Allah sampai menangis dengar.
“Baru faham perasan mak excited macam mana bila anak dia mula bercakap. First baby kan biasa la emo lebih sikit. And anak saya dah 11 bulan. Cepat je rasa dah besar,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan komen ramai yang memberi respon positif dan mengakui semua yang pertama kali anak berjaya lakukan, ibu bapa akan teruja dan tak sangka rupanya dah besar anak.
“I’m crying too…. Baby saya baru 7 bulan…. Benda nilah yang paling tak sabar-sabar nak dengar.”
“Cepat masa berlalu dah boleh ikut orang cakap..”
“Semua yang first time pada anak mak-mak memang auto excited..”
“Tunggu dapat kaki dan petah cakap..rasa nak kemam gigit semua ada..”
Sebelum ini Emma banyak berkongsi video Shariq Gabriel yang sangat manja dengannya dan pandai buat mimik muka. Setiap aksi Shariq sentiasa buat ramai orang geram. Mungkin juga sebab anak lelaki, jadi manjanya lebih pada Emma. Moga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh ya sayang.
**Jom shopping barangan keperluan bayi pada harga yang berbaloi di sini
Kredit: IG Emma Maembong
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sabar Ajar Anak Tidur Berasingan! Jangan Paksa Tapi Ajar Dia Rasa Selamat Di Bilik Sendiri
Bila anak sangat rapat dengan kita, kita perlulah menjual idea untuk dia tidur berasingan dengan kita itu dahulu. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.
Selepas itu, buat perlahan-lahan implimentasinya. Di dalam bilik yang sama pula, mungkin sediakan dia tempat yang istimewa, yang jarak sikit dari ibu bapa. Namun, sebelum tidur spend time sedikit dengannya berbual dan bercerita serta berseloroh.
Kemudian ajak dia sediakan bilik tidurnya. Hias dan cat ke letak perabut ke, banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama supaya dia berasa teruja untuk duduk di bilik itu.
Mula dengan hanya tidur siang di situ. Pada malam hari, biar dia masih tidur bersama di dalam bilik yang sama di tempat yang telah disediakan di dalam bilik bersama itu.
Kemudian, setiap malam, ajak dia baring di biliknya. Anda berceritalah, spend time lah dengan dia di situ. Semasa itu, gunakan cara halus menjual idea untuk dia seronok tidur sendiri. Ajar dia doa yang boleh melindungi dirinya jika dia takut. Namun, bila sudah habis bercerita, bawalah dia masuk ke dalam bilik anda dan tidur seperti biasa.
Satu malam, jika anda rasa dia sudah bersedia, maka galakkan dia untuk tidur di biliknya. Dan offerlah sesuatu perkara lain untuk dia dapat bersama dengan anda. Contohnya, anda akan beri dia sesuatu tanda dia sudah menjadi seorang yang matang.
Contohnya, jika selama hari ini anda ada sesuatu yang anda tidak memberi anak-anak menggunakannya, tetapi kerana dia telah menunjukkan dia sudah boleh berdikari dan bertanggung-jawab, maka anda memberinya menggunakannya untuk beberapa ketika. Ini anda perlulah kreatif. Ini adalah untuk anda dan dia meraikan bahawa dia sudah besar dan boleh tidur di bilik sendiri.
Dan anda perlu setiap hari mempamerkan kasih dan sayang anda kepadanya supaya dia tidak merasakan dia disisihkan. Jika dia ada adik, maka anda juga boleh sediakan satu tempat tidur untuk adiknya di dalam biliknya, supaya dia tahu bila cukup umur adiknya juga akan dipisahkan dari tempat tidur. Oleh itu dia tidaklah menyangka anda pilih kasih dan kasih anda kepadanya berkurangan dan itulah sebabnya dia disuruh tidur di bilik sendiri.
Ada anak yang memerlukan sedikit masa didalam menyediakan dia untuk tidur berasingan. Namun, kita perlu cekal agar matlamat kita tercapai. Ibu tidak percaya dengan menggunakan kekerasan dan paksaan sebelum menggunakan kelembutan yang tegas. Kerana kesan paksaan dan kekerasan akan menonjol bila anak itu remaja nanti.
Ibu mendoakan anda akan berjaya.
Salam Sayang: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI