Syazwanie Yazip nama yang terkenal dalam dunia peragaan pakaian muslimah di Malaysia. Instafamous ini mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel dan cilik bernama Lashira Auliya (1 Tahun) hasil perkahwinanya bersama Syahiran Ghazali yang bekerja sebagai Pramugara di sebuah syarikat penerbangan yang ternama.
Syazwanie berkongsi pengalaman menjadi ibu muda buat pertama kalinya. Apa yang menarik, Anaknya Lashira tidak gemarkan mainan dan anak patung tetapi lebih minat bermain dengan alat makeup.
Pertama Kali Merasai Pengalaman Bersalin
Bermula saat contractions pada 3 petang sehinggalah pada pukul 5 pagi keesokkanya. Saya di induce. Saya tak boleh bersalin lebih due date sebab saya ada penyakit kencing manis semasa hamil.
Saya bersalin pada pukul 5 pagi . Saat masuk kedalam bilik bersalin, saya hanya meneran 2 kali sahaja dan anak saya selamat dilahir secara normal. Alhamdulillah proses untuk melahirkan Lashira sangat dipermudahkan cuma saya tak dapat tahan sakit sewaktu kontraksi sahaja kerana terpaksa menahan sakit yang sangat lama. Di labour room saya hanya ditemani oleh seorang nurse dan suami sahaja.
Alhamdulillah Lashira lahir secara normal, saat yang paling indah saya mendengar tangisan anak saya ketika suami saya menyambut sendiri anak kami.
Pertama Kali Menjadi Ibu Bapa Muda
Jujur saya katakan kami sangat terharu dan sebak apabila dapat melihat anak kami membesar di depan mata. Banyak benda yang baru saya dan suami belajar untuk membesarkan anak sendiri.
Saya belajar erti kesabaran dalam membesarkan anak. Cabaran utama anak semakin membesar dan semakin lasak lepas dapat berjalan dan sebagai ibu bapa kami perlu banyak bersabar dalam menjaga dan mendidiknya.
Lebih Minat Alat Makeup Daripada Mainan
Lashira lebih suka dan tertarik untuk bermain dengan alat makeup saya berbanding mainannya dan juga anak patung. Sejak membesar Lashira sangat lasak. Setiap kali dia nampak tangga atau kerusi dia akan cepat-cepat panjat untuk naik. Saya rasa itu perkembangan yang normal bagi kanak-kanak.
Amalan Ketika Hamil Dan Berpantang
Ketika mengandung saya banyak amalkan makan buah delima dan buah kurma. Untuk minuman pula saya banyak minum susu kambing.
Ketika berpantang pula saya banyak makan buah buahan dan sayur sayuran untuk kekal sihat dan cepat sembuh dari luka selepas bersalin. Minum air masak yang banyak juga sangat penting untuk saya amalkan setiap hari. Ketika berpantang saya juga banyak amalkan perubatan tradisional seperti makan jamu dan minum air akar kayu.
Tip Travel Bawa Anak Kecil Terutama Tempat Sejuk;
* Bawa pakaian yang banyak untuk Lahira
* Pampers bawa secukupnya dan kalau boleh sediakan extra
* Sediakan ubat ubatannya. sebagai contoh ubat demam dan ubat batuk
* Balm untuk bayi
* Bawa losyen untuk elakkan kulit jadi kering
* Bawa Vaseline juga sangat penting untuk elakkan kulitnya kering dan merekah ketika cuaca sangat sejuk.
* Sediakan makanan bayi di dalam beg kecik yang senang dibawa, contohnya biskut baby dan nestum.
Lashira Tunjuk Minat Dalam Bidan Peragaan
Memandangkan Wanie sebagai model pakaian muslimah, Lashira juga menunjukkan minatnya untuk bergambar. Tapi biasalah, Lashira masih kecil tetap ada mood-mood yang pelbagai. Dia sudah pandai membuat pelbagai gaya dihadapan kamera.
Kekal Cantik Bergaya Walaupun Ada Anak Kecil
Untuk kekal cantik, saya amalkan makan dan minuman yang sihat dan berkhasiat, sentiasa ikuti perkembangan fesyen terkini. Paling penting Kesihatan tubuh badan perlu diambil berat. Setiap kali ada waktu terluang manjakan diri sendiri di spa atau salon dan banyakkan bersenam.
Dapatkan Majalah Pa&Ma Keluaran April ini dipasaran segera. Banyak info menarik yang dikongsi pada bulan ini.