Pakar perubatan menyarankan jika mengalami sakit ringan seperti demam biasa, batuk, selesema, sakit tekak dan lain-lain, ibu menyusu dinasihatkan untuk teruskan penyusuan bayi seperti biasa. Sakit-sakit sebegini sebenarnya, tidak memudaratkan bayi, malah dapat melindungi bayi daripada jatuh sakit. Hal ini disebabkan susu ibu akan menyalurkan antibodi khusus terhadap kuman yang menjangkiti diri si ibu.

Jadi, ibu menyusu jangan bimbang tentang anggapan ramai bahawa semasa sakit ringan sebegini, anda perlu menghentikan sementara sesi penyusuan. Jangan buat begitu ya sebab ia akan menjadi penyebab bekalan susu ibu terjejas. Keadaan ini boleh berlaku akibat tiada rangsangan mengeluarkan dan mengosongkan payudara bagi proses penghasilan susu ibu yang seterusnya. Antara panduan yang boleh anda ikuti semasa sakit ringan adalah seperti berikut.

1. Minum banyak air kosong

Walaupun Demam, Ibu Kena Terus Menyusu. 5 Cara Ini Pastikan Ibu Menyusu Tak Pindahkan Kuman Penyakit

Semasa demam, suhu badan akan meningkat lebih tinggi berbanding suhu normal. Bagi membantu tubuh menstabilkan suhu badan, anda dinasihatkan untuk minum air kosong dalam jumlah yang banyak. Langkah ini juga penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi.

Bagaimana mahu memastikan diri minum air kosong dalam jumlah yang banyak sedangkan diri tidak berselera? Ini adalah antara yang boleh anda lakukan. Sediakan bekas khas berisi air kosong dan pastikan ia sentiasa berada di sisi anda. Jadi, mudahlah untuk minum apabila berasa dahaga.

Selain daripada itu, jika tidak berselera untuk minum air kosong, anda boleh gantikannya dengan susu atau jus buah-buahan segar. Mungkin juga anda boleh mencuba untuk makan buah-buahan atau makanan mengandungi banyak kandungan air seperti sup.

Dalam pada itu, anda perlu pantau keadaan fizikal dan kenal pasti tanda-tanda badan mendapat air mencukupi. Jika anda minum secukupnya, air kencing anda berwarna jernih dan tidak berbau.

2. Rehatkan diri

Walaupun Demam, Ibu Kena Terus Menyusu. 5 Cara Ini Pastikan Ibu Menyusu Tak Pindahkan Kuman PenyakitPastikan anda berehat semasa demam. Jangan paksa diri melakukan kerja-kerja berat yang boleh membuatkan tubuh berasa lebih sakit. Tidurlah selepas makan ubat. Walaupun mungkin tempoh rehat semasa itu tidak lama, sekurang-kurangnya ia membantu tubuh anda untuk sembuh dengan lebih cepat.

3. Amalkan makanan seimbang

IKLAN

Walaupun Demam, Ibu Kena Terus Menyusu. 5 Cara Ini Pastikan Ibu Menyusu Tak Pindahkan Kuman PenyakitWalaupun semasa demam, selera makan berkurangan, anda masih perlu makan untuk membekalkan tenaga. Pada masa yang sama, ia membolehkan sistem tubuh menjalankan fungsinya memulihkan anda daripada demam.

Ambil makanan seimbang daripada sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Contoh karbohidrat ialah nasi yang boleh dijadikan bubur dan kentang. Contoh protein pula ialah seperti ayam dan daging yang boleh dijadikan sup atau dicampurkan ke dalam bubur nasi. Contoh vitamin dan mineral pula ialah lobak merah dan sayur hijau serta buah-buahan antaranya oren.

Dalam pada itu, anda boleh jadikan kurma sebagai kudapan kerana ia mampu memberi bekalan tenaga segera. Oleh itu, anda boleh memastikan diri tidak terlalu lemah atau keletihan untuk meneruskan sesi penyusuan ketika demam.

4. Susu dan pam seperti biasa

IKLAN

Walaupun Demam, Ibu Kena Terus Menyusu. 5 Cara Ini Pastikan Ibu Menyusu Tak Pindahkan Kuman PenyakitSelain daripada susukan bayi seperti biasa, anda perlu pastikan jadual mengepam stok perahan susu ibu dilakukan seperti biasa. Hal ini bagi menjamin penghasilan susu ibu tidak terganggu.

Kekerapan anda mengosongkan payudara dengan menyusukan bayi atau mengepam seperti biasa walaupun demam adalah penting bagi mengekalkan paras prolaktin dalam tubuh adalah seperti biasa.

5. Jaga kebersihan diri

Walaupun Demam, Ibu Kena Terus Menyusu. 5 Cara Ini Pastikan Ibu Menyusu Tak Pindahkan Kuman PenyakitAmalkan kebersihan diri adalah penting seperti membersihkan tangan setiap kali sebelum menyusukan bayi. Hal ini penting bagi meminimumkan bayi terdedah kepada kuman yang ada pada diri anda.

Elakkan juga daripada batuk dan bersin berdekatan dengan bayi. Malah, hindari diri daripada terlalu kerap mencium bayi juga.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI