Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli, 42, selamat melahirkan anak keempatnya pada Khamis, 22 Februari lalu.
Walaupun mengikut nasihat doktor, wanita hamil lewat usia akan mempunyai risiko namun ia bukanlah bermaksud langsung tidak dibenarkan.
Siapalah kita untuk menidakkan rezeki yang Allah kurniakan. Dikurniakan peluang mengandung pada usia 40-an dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh kebanyakan wanita apatah lagi jika anak-anak sebelum ini semuanya sudah besar belaka.
Pelakon dan pengacara yang popular dalam rancangan ‘Di Mana Joe Jambul’ sekitar tahun 90-an ini juga adalah anak kepada pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar telah berkongsi di Instagram peribadinya sebaik selamat melahirkan bayi perempuannya.
Hasil perkahwinan dengan Bayu Utomo Radjikin, 49, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak sebelum ini, Muhammad Armada Jiwa, 11, Tulus Jiwa Ramadan, 9, dan Indah Hening Kasih, 8.
Nampaknya Zizi dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan selamat melalui proses melahirkan bayinya tanpa sebarang masalah.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, tubuh seorang wanita akan semakin tidak berdaya untuk kehamilan berbanding semasa umur mereka 20an atau 30an.
Dalam banyak kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang hamil pada usia 40 an mengalami risiko dua kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia 20an untuk mendapat
Wanita 40an mungkin lebih mudah mengalami masalah ketika proses melahirkan anak seperti
Masalah yang menjadi kebimbangan setiap doktor dan ibu bapa ialah risiko mendapat anak yang mempunyai masalah kromosom lebih besar berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Kira-kira satu dalam 200 bayi yang dilahirkan oleh wanita berumur 40an atau lebih mempunyai masalah down syndrome.
Namun sebagai umat Islam kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah. Walaupun ada risiko namun tidak semestinya seratus peratus tepat.
Kini dengan teknologi perubatan moden dan terkini, ramai wanita yang telah berjaya melalui fasa kehamilan pada lewat usia serta selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna.
Apa yang penting, ibu mestilah menjalani pemeriksaan kehamilan yang lebih kerap di bawah pantauan doktor supaya sebarang masalah dapat dipantau dan diberikan rawatan yang sewajarnya sepanjang kehamilan dan semasa proses melahirkan bayi kelak.
Sumber: norzizi zulkifli & drzubaidi.com