Seronok tengok cara Johan dan isterinya, Ozlyn mendidik dan membesarkan empat anaknya, Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq. Bak kata orang, kesibukan bekerja bukan penghalang untuk mereka berdua menjadi ibu bapa sempurna kepada anak-anak.
Melalui instagram Jozlynnhanania, mereka berdua banyak berkongsi aktiviti bersama anak. Malah dalam mendidik anak, jelas Johan seorang ayah yang garang tetapi tegas.
Kalau diikutkan perwatakan Johan jauh sekali berbeza di kaca televisyen kan? Namun apa yang boleh dibanggakan dengan Johan ni, walaupun dia tegas, anak-anak tetap rapat dengannya dan boleh bergurau lagi.
Menarik tentang Johan juga, dia seorang ayah yang menitikberatkan bab solat dalam diri anak-anaknya dan cukup bangga apabila mereka sekeluarga sering mengamalkan solat jemaah bersama.
Ads
Paling terkesan, selalu juga ada kata-kata motivasi darinya seperti kita perlu menjadi contoh pada anak supaya mereka ikut yang baik-baik sahaja.
Isteri Turut Membantu
Selain Johan, Ozlyn juga boleh dipuji kerana dia dianggap seorang ibu yang hebat dalam bab memasak untuk keluarga.
Bila tengok segala macam menu yang dipost dalam instagram, semuanya nampak sedap.
Ads
Part paling membuatkan kita sebagai ibu rasa terharu adalah Ozyln akan cuba sedaya upaya menyediakan makanan untuk ahli keluarganya walaupun sibuk dengan tuntutan kerja.
Jadi siapa kata kita sibuk anak-anak terabai? Jika bijak membahagikan masa, tiada masalah sebenarnya. Semuanya bermula dalam diri kita sendiri.
Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan dalam perkembangan contohnya seperti autism, kebanyakannya tidak memberikan respon kepada nama secara konsisten. Ini menyukarkan kita untuk menarik perhatian mereka dan akan menyukarkan mereka untuk bersosial kerana mereka kurang sedar yang ada orang lain sedang bercakap dengan mereka. Tapi perlu diingat bahawa kanak-kanak yang tidak memberikan respon pada nama tidak semestinya mempunyai autism.
Bagaimana mengajar anak untuk memberikan respon pada nama mereka? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan di rumah seperti yang dikongsikan oleh Pakar Patologis Pertuturan-Bahasa, Aishah Kassim
Memberi respon dalam situasi berasingan
Dalam langkah yang pertama ini, kanak-kanak diajar untuk memberikan respon di dalam situasi yang kurang gangguan seperti mainan, tv, gajet dan lain-lain. Anda boleh meletakkan mereka di dalam sebuah bilik atau di meja makan yang kurang terdapat gangguan.
Duduk bersama anak anda dan sediakan sesuatu yang disukai anak anda seperti mainan, makanan, peluk, geletek dan sebagainya untuk dijadikan peneguhan atau hadiah jika anak memberikan respon kepada nama
Tunggu sehingga kanak-kanak berpusing atau pandang ke arah lain dan sebut namanya. Jika anak melihat ke arah anda, berikan hadiah yang telah anda pilih tadi.
Setiap kali anda memberikan hadiah kepada mereka, jangan lupa untuk memberitahu mereka sebab anda memberi hadiah. Seperti “pandai.. adik tgk mama”
Sebut nama beberapa kali. Jika kanak-kanak tidak memberikan respon anda boleh cuba untuk melambai, atau mengetuk meja atau menyentuh tangan atau bahu mereka untuk menarik perhatian.
Lakukan latihan berulang kali sehingga kanak-kanak dapt memberikan respon sebanyak 80% konsisten.
Memberi respon dalam situasi terkawal
Setelah kanak-kanak dapat memberikan respon dalam keadaan yang kurang gangguan, anda boleh teruskan latihan di tempat yang lebih banyak gangguan seperti di ruang tamu yang mana terdapat tv dan mainan lain di sekitar
Lakukan langkah pengajaran yang sama seperti yang pertama.
Jika kanak-kanak tidak memberi respon, tinggikan atau kuatkan suara anda untuk menarik perhatian mereka. Beri hadiah jika mereka memberikan respon.
Biarkan mereka bermain seketika dengan mainan atau hadiah yang diberi. Ini adalah untuk melatih mereka untuk memberikan tumpuan pada perkara lain dan keluar daripada situasi fokus 1 hala.
Ulang latihan sehingga anda mendapat 80% respon yang konsisten.
Memberi respon dalam situasi tidak terkawal
Sekarang, mereka perlu dilatih untuk sentiasa bersedia dalam semua situasi.
Tunggu sehingga anak anda sibuk melakukan sesuatu, seperti sedang bermain atau sedang melihat buku dan sebagainya. Pergi berdekatan anak anda dan panggil nama mereka. Tunggu seketika dan lihat sama ada mereka memberi respon atau tidak. Jika mereka memberi respon, berikan hadiah seperti sebelum ini dan beritahu sebab mereka mendapat hadiah tersebut. Jika tiada respon, kuatkan suara anda dan lihat bagaimana mereka memberi respon pada suara yang berbeza.
Teruskan latihan. Jika anak sudah boleh memberi respon dalam jarak yang dekat, anda boleh tambahkan jarak seperti memanggil dari jauh seperti dari dapur, luar rumah dan sebagainya.
Teruskan latihan secara berulang-ulang. Tapi perlu diingat, jangan mengharapkan respon yang sempurna dari anak anda kerana biasanya apabila kanak-kanak terlalu fokus dengan sesuatu, mereka sukar untuk memberikan respon.
Ketika anak lelaki kecil, ibu bapa menganggap mereka sama saja dengan anak perempuan. Cuma apabila mereka semakin membesar, secara semulajadinya mungkin anak perempuan nampak lebih manja dan suka dipeluk. Tapi sebenarnya, tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki, mereka tetap memerlukan perhatian dan pelukan daripada ibu bapa.
Bukan itu saja, terdapat beberapa pendapat dan kajian yang mendapati bahawa ada sebab mengapa anak lelaki perlu kerap dipeluk, sekalipun ada antara mereka dah mula ada perasaan malu apabila ibu bapa berbuat demikian.
Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Anak saya pelat? Seringkali ibu bapa datang dengan komplen macam ni – “Anak saya dah cakap banyak, tapi masih pelat. Apa maksud ibu bapa anak PELAT?
Menurut Terapis Pertuturan Bahasa, Nor Azizah Nordin ada tiga kategori anak pelat yang perlu ibu bapa tahu si kecil anda di peringkat mana.
Cakap hujung-hujung atau tak lengkap…. contohnya “BAJU” ditukar ke “AJU” @ “JU” sahaja. Contoh ayat “AJU ADIK OTO” (Baju adik kotor)
Salah sebutan huruf/bunyi… contohnya /K/ ditukar ke /T/ seperti “KAKAK” ditukar ke “TATAK”.
Tertukar kedudukan huruf/bunyi… contohnya “BAJU” ditukar ke “JABU” – kedudukan bunyi /B/ dan /J/ bertukar.
Sebenarnya proses ini adalah NORMAL bagi anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur 5 TAHUN, jika anak2 masih lagi tidak meyebut bunyi dengan betul, berjumpalah dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk membuat penilaian. 5 tahun bukan mengikut Umur anak… TETAPI mengikut UMUR BAHASA anak.
Macamana nak tau UMUR BAHASA anak? Pada Usia 5-6 tahun, – Anak telah menghasilkan ujaran 5-6 perkataan – Dapat menamakan 6 warna asas dan 3 bentuk asas – Dapat menamakan hari dalam seminggu mengikut turutan – Dapat mengira 1-30 dengan hafalan – Menceritakan sesuatu perkara dengan tepat – Kerap bertanya maksud perkataan yang abstrak – Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa
(* dipetik dari penanda buku Persatuan Speak)
Jika anak anda masih belum mencapai peringkat bahasa seperti di atas, dia mungkin masih belum mencapai UMUR BAHASA 5 tahun. DAN PELAT masih lagi merupakan Proses NORMAL nya.
TERAPI BAGI ANAK PELAT Sebelum membuat Latihan, perlu dipastikan:- 1. Anak mendengar bunyi yang betul – Telinga 2. Anak memproses bunyi yang didengar – Otak 3. Anak bersedia untuk menyebut bunyi yang betul – Mulut
Dalam sesetengah kes, pendengaran yang perlu difokuskan dahulu (seperti bagi masalah anak kurang pendengaran).
Sesetengah kes yang lain, struktur mulut yang perlu dilihat.
Dalam kes terpinggir pula, mungkin Otak yang tidak memproses bunyi dengan baik.
Kesemuanya memerlukan terapi.
Oleh itu, biasanya latihan akan dimulakan dengan 1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi 2. Latihan Sebutan bagi bunyi yang salah (pelat)
Bagaimana menjalankan latihan?
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi (Rujuk Buku Coklat)
Contoh: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
i. Cari gambar “Perbezaan /T/ dan /K/”. (Buat Carian dari Kandungan buku)
ii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. (Contohnya saTu Vs saKu)
iii. Ibu sebut setiap gambar “Satu” dan “Saku” sambil tunjukkan gambar satu persatu kepada anak.
iv. Ibu minta anak tunjuk kepada gambar apabila ibu sebut setiap satu gambar secara rawak.
v. Perhatikan. Adakah anak dapat tunjukkan gambar “SATU” dan “SAKU” dengan betul?
Jika TIDAK, ulang latihan ini sehingga anak dapat membezakan “SAKU” dan “SATU”
Jika YA, latihan peringkat ke2 boleh diteruskan.
Latihan Sebutan (Rujuk Buku Oren)
Contoh yang sama: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
TARGET: membetulkan Bunyi /K/
i. Cari “Cara Sebutan Bunyi /K/” di mukasurat (xi). Praktikkan sebutan bunyi /K/ bersama anak. Bantu anak untuk membetulkan bunyi /K/. (Rujuk Terapis Pertuturan-Bahasa untuk penjelasan yang lebih terperinci). Pastikan anak telah dapat menyebut /K/ dengan betul sebelum meneruskan latihan.
ii. Cari Latihan Bunyi /K/ dari Kandungan Buku
iii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. Mulakan dengan bunyi /K/ di awal perkataan.
iv. Minta anak sebutkan setiap gambar dengan bunyi /K/ yang betul. Betulkan kedudukan lidah anak jika anak masih tertukar /K/ menjadi /T/.
Latihan untuk anak pelat ini perlu dijalankan secara intensif untuk mendapat hasil yang baik. Sentiasa berhubung rapat dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk memastikan latihan dijalankan dengan betul.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...