Seronok tengok cara Johan dan isterinya, Ozlyn mendidik dan membesarkan empat anaknya, Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq. Bak kata orang, kesibukan bekerja bukan penghalang untuk mereka berdua menjadi ibu bapa sempurna kepada anak-anak.

Walaupun Kaki Lawak, Bab Didik Anak Johan Garang Tapi Tegas. Hasilnya Anak-Anak Berdisiplin

Melalui instagram Jozlynnhanania, mereka berdua banyak berkongsi aktiviti bersama anak. Malah dalam mendidik anak, jelas Johan seorang ayah yang garang tetapi tegas.

Jgn tipu2.. kita kena awasi anak kita.. td dia main ngan abg sodiq pastu dia jatuh.. dia ckp abg haziq yg tarik.. padahal abg haziq nak jaga dia dr blkg takot dia jatuh.. main tuduh2 nih x bgs.. skalipon dia bdk kita xleh diamkan.. kena tegur.. salah tetap salah.. nih tahun 2017 ok bkn 1987.. bdk cpt bijak.. nmpk mcm kelakar, mcm zalim eh biar dia tau rasa.. abg2 gelak la sb dh paham.. tu pon kita marah sb xmo adik dia rasa mcm ahhh pak aku pelawak saje wat lawak la nih.. uishhh xmo!! Kalau korg rasa cara nih x sesuai ngan anak korg.. toksah ikot.. korg ajar cara korg.. yg penting chantiq tgk video nih.. satu je yg kuar dr mulot dia.. mummy, chantiq sorry janji x buat lg smbl cebik n hug aku..? makna berjaya❤️

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Kalau diikutkan perwatakan Johan jauh sekali berbeza di kaca televisyen kan? Namun apa yang boleh dibanggakan dengan Johan ni, walaupun dia tegas, anak-anak tetap rapat dengannya dan boleh bergurau lagi.

Menarik tentang Johan juga, dia seorang ayah yang menitikberatkan bab solat dalam diri anak-anaknya dan cukup bangga apabila mereka sekeluarga sering mengamalkan solat jemaah bersama.

Walaupun Kaki Lawak, Bab Didik Anak Johan Garang Tapi Tegas. Hasilnya Anak-Anak Berdisiplin

IKLAN

Paling terkesan, selalu juga ada kata-kata motivasi darinya seperti kita perlu menjadi contoh pada anak supaya mereka ikut yang baik-baik sahaja.

Isteri Turut Membantu

Selain Johan, Ozlyn juga boleh dipuji kerana dia dianggap seorang ibu yang hebat dalam bab memasak untuk keluarga.

Walaupun Kaki Lawak, Bab Didik Anak Johan Garang Tapi Tegas. Hasilnya Anak-Anak Berdisiplin

Bila tengok segala macam menu yang dipost dalam instagram, semuanya nampak sedap.

IKLAN

Part paling membuatkan kita sebagai ibu rasa terharu adalah Ozyln akan cuba sedaya upaya menyediakan makanan untuk ahli keluarganya walaupun sibuk dengan tuntutan kerja.

Walaupun Kaki Lawak, Bab Didik Anak Johan Garang Tapi Tegas. Hasilnya Anak-Anak Berdisiplin

Jadi siapa kata kita sibuk anak-anak terabai? Jika bijak membahagikan masa, tiada masalah sebenarnya. Semuanya bermula dalam diri kita sendiri.

IKLAN

Apa yang dipraktikkan Johan dan isteri memang cara terbaik untuk anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Instagram Jozlynnhanania

 


 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI