Kehamilan

Walaupun Pil Perancang Banyak Kelebihan Tapi Jangan Suka-Suka Telan, Minta Nasihat Doktor

Share

Dengar sahaja pil perancang, pasti kita terfikir tentang mencegah kehamilan semata-mata. Sebenarnya pil perancang tak mencegah kehamilan je, banyak lagi kelebihan yang lain yang mungkin kita tak tahu. 

Kelebihan pil perancang selain mencegah kehamilan

-Mengurangkan risiko dapat kandungan luar rahim. 

-Kalau ada masalah period seperti period banyak, sakit masa period, PMS – pil perancang dapat membantu.

-50 % menurunkan risiko dapat kanser rahim dan ovari.

-Menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70 %

-berguna utk masalah jerawat, melindungi dari masalah pelvic inflammatory disease (PID).

?
Kalau dah menopos, pil perancang ni dapat mengurangkan masalah ketumpatan tulang ( tulang rapuh )

Jumpa Dr dulu untuk tentukan sama ada pil perancang kehamilan sesuai ke tak untuk anda. Jangan suka-suka telan jer. Okay sis?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan

Published by
NuFa