Pelakon drama siri popular NUR, Amyra Rosli pun sama seperti ibu lain yang sangat
prihatin kalau bab menjaga anak.
Bila sudah bergelar ibu, automatik sifat keibuan seorang wanita itu akan terserlah secara
semula jadi.
Antara perkara yang sanggup seorang ibu lakukan untuk si anak adalah dalam bab menidurkan dan menggembirakan si anak.
Hati seorang ibu akan rasa bahagia bila dapat menidurkan anaknya dengan rutin yang sama atau membuatkan si comel tertawa riang walaupun ibu terpaksa buat pelbagai aksi termasuk beraksi seperti badut.
Mesti ramai ibu-ibu lain pun sama seperti cara Amyra tidurkan anak. Amyra pernah memuat naik video rutin wajib yang selalu dilakukan untuk menidurkan Aqeef Anaqi.
Dalam video tersebut Amyra mengalunkan zikir ‘Lailahaillallah’ yang bermaksud tiada tuhan selain Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Telatah Anaqi yang berusia lapan bulan dan cuba mengikut sama zikir tersebut. Mungkin disebabkan mummy nya sudah biasa menjadikan rutin mengalunkan zikir setiap kali hendak menidurkan dirinya maka Anaqi yang bijak dan ‘banyak mulut’ ini cepat meniru perbuatan tersebut.
Walaupun sebutanya masih belum sempurna tetapi usahanya untuk ikut sama patut diberikan galakan.
Amyra Suka Buat Anaqi Tergelak
Ibu muda ini memang sanggup buat lawak asalkan anak kesayangannya boleh gembira dan tergelak.
Sebenarnya bagi seorang ibu, ketawa si anak cukup membuatkan dia rasa bahagia, sebab itulah Amyra tak kisah untuk buat lawak depan Anaqi asalkan si comel ini gembira dan tergelak.
Video yang dimuat naik oleh Amar Baharin di Instagramnya semalam membuktian bagaimana gigihnya seorang ibu untuk membuatkan anaknya tergelak gembira.
Walaupun penat tetapi bila aksi lucu yang ibu buat menjadikan anak ketawa, maka ibu tak kisah untuk melakukannya berulang kali. Betul tak?
Pasangan Selebriti Contoh
Amyra dan Amar boleh menjadi pasangan selebriti contoh dalam bab membesarkan anak.
Ternyata kesibukan tugas sebagai pelakon tidak dijadikan alasan untuk membina bonding yang rapat dengan anak.
Pasangan ini memang sering dilihat sepakat saling tolong menolong dalam bab menguruskan anak mereka biarpun masing-masing sibuk dengan komitmen shooting mereka.
Tanggungjawab membesarkan anak bukan sekadar menyediakan keperluan material sahaja tetapi bonding yang rapat antara ibu dan ayah menjadi faktor penting menjadikan anak membesar sebagai individu yang positif dan berkeyakinan tinggi.
Ternyata Amyra dan Amar sepakat memilih cara penerapan didikan agama sejak anak mereka masih dalam perut lagi.
Patutlah Anaqi yang dibesarkan dalam suasana penuh harmoni dan dilimpahi kasih sayang ini membesar sebagai bayi yang mempunyai karektor yang ‘cool’ dan tak banyak ragam serta mudah dibawa ke mana-mana oleh mummy dan daddy nya.
Sumber: Instagram amyrarosli & amarbaharin