Ibu mana tidak sayangkan anak, lebih-lebih lagi tatkala bayi baru lahir memerlukan susu badan walhal kedua-duanya terpisah akibat terkurung, patuh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Itulah nasib sekumpulan kaum ibu terperangkap di Singapura. Mereka berenggang dengan anak baru lahir, terpaksa ditinggalkan dengan penjaga di Malaysia.
Susu badan ibu berjaya dihantar
Namun, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ahli Parlimen Stulang Andrew Chen menyumbang bantuan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk penghantar barangan sejuk beku dan pengendali kenderaan pengangkutan di Johor Bahru.
Melalui usaha rentas sempadan’, susu badan ibu melalui kiriman peti seberat 3,000 kilogram berjaya dihantar setakat ini.
Andrew tampil menyahut rayuan melalui laman sosial kumpulan 350 ibu-ibu warga Malaysia yang kini berada di republik itu kerana urusan kerja.
Ads
Mereka tidak dapat pulang walaupun secara berkala kerana pergerakan antara Singapura dan Johor Bahru kini terbatas.
Oleh kerana susu badan ibu bukan dikategori sebagai barang dagangan komersial, tidak wujud peraturan `import-eksport’ bagi penghantaran merentas sempadan.
Biasa akan pam dan bawa pulang seminggu sekali
Sebelum ini, ibu-ibu berkenaan akan mengepam dan menyimpan susu badan dan membawanya pulang setiap kali pulang berulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru dengan kekerapan seminggu sekali.
Pandemik COVID-19 menyebabkan peraturan menyekat pergerakan dan perjalanan rentas sempadan dikenakan di Malaysia dan Singapura sejak pertengahan bulan Mac.
Ads
Perintah sekatan pergerakan ini bakal berlanjutan untuk jangka masa yang tidak pasti.
Menyahut rayuan mereka melalui laman facebook, Andrew dan kumpulan ibu-ibu itu berhubung untuk menggerakkan operasi penghantaran bekalan.
Dari Singapura, kiriman bekalan susu badan ibu-ibu terlibat dihantar ke beberapa destinasi bukan sahaja di Johor Bahru tetapi sampai ke beberapa destinasi di seluruh negara.
Pada minggu pertama bulan April, pasukan itu berjaya mengumpul dan mengimport kiriman susu badan dari kumpulan pertama ibu-ibu warga Malaysia di Singapura.
Dari Johor Bahru, kiriman dalam 30 peti sejuk-beku seberat 600 kg berjaya diserah kepada pelbagai alamat di Johor Bahru.
Untuk kiriman kedua seminggu kemudian, susu ibu dalam 118 peti seberat 2,300 kg dikumpul terlebih dahulu di fasiliti bilik sejuk di Singapura.
Dihantar melalui trak sejuk beku
Dari republik itu, susu ibu terkumpul dikirim ke Johor Bahru menggunakan pengangkutan trak barangan sejuk beku sebelum dihantar seterusnya ke destinasi di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Setiap penghantaran dikenakan bayaran antara RM30 hingga RM200, bergantung kepada jarak destinasi dari Johor Bahru.
Kejayaan usaha ini menarik perhatian seorang lagi ibu warga Malaysia yang bakal menghantar susu badan untuk anaknya di Sarawak.
Sumber: Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tak sedih nak berpisah dengan anak. Tambah pula dari dalam kandungan sehinggalah berpantang tak pernah berpisah pun. Bagaimanapun, sampai masa ibu nak mula bekerja, nak tak nak, terpaksa juga relakan untuk anak berada dalam jagaan orang lain.
Sebagai ibu, apa yang diharapkan agar pengasuh dapat menjaga dan menyayangi anak seperti anaknya sendiri. Hanya doa yang dapat dititipkan moga sentiasa dilindungi sepanjang masa.
Seperti kisah ibu yang mempunyai anak kembar tiga ini, pertama kali berpisah setelah habis tempoh berpantang 90 hari bukanlah mudah. Berat hati nak melepaskannya. Namun apakan daya demi mencari rezeki nak atau tak terpaksa juga.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu ini atas akaun Triplet.syera di TikTok, dia berkongsi momen yang mungkin dilalui oleh seorang ibu bila pertama kali nak berpisah dengan anak setelah mula bekerja.
Bayangkan kita yang seorang anak pun bila nak tinggal pada pengasuh dah sayu hati, tambah pula tiga anak sekaligus lagi bertambah sedih. Difahamkan ketiga-tiga anak ini dihantar ke sebuah pusat jagaan taska.
Hai, uncle aunty. Hari ni triplet.syera pergi sekolah. jom..3 ketul sebelum pergi taska masam lagi ni belum mandi.
Difahamkan, setelah tiga bulan cuti pantang, wanita berkenaan harus menerima kenyataan bahawa dia perlu kembali bekerja dan menghantar anak-anaknya untuk dijaga.
Pada awalnya, ibu ini masih lagi dapat mengawal keadaan ketika nak menghantar anak-anaknya itu ke taska untuk pertama kalinya. Namun, sebaik sahaja menyerahkan si kembar pada cikgu di taska, automatik perasaan sebak dan menangis itu ada.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, air mata seorang ibu dah tak boleh tahan. Kita yang tengok ni pun rasa sedih.
Wanita berkenaan dilihat mengalirkan air mata kerana sedih terpaksa berjauhan dengan tiga bayi kembar itu untuk pertama kali kerana sebelum ini mereka tidak pernah berpisah. Dalam pada itu, suaminya sempat lagi mengusik si isteri sambil merakam momen tersebut.
Drama air mata ibu, sebab tinggal baby. Maklumlah tak pernah pisah dengan si kembar 3 ni.
Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa sahaja yang dikongsi oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mod Noor pasti tular dan mendapat perhatian ramai terutama tentang cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia 4 bulan.
Selebriti yang juga usahawan terkenal ini pernah berkongsi tempat tidur bayinya di laman Instagram dan sekali lagi meraih perhatian warga maya kerana tempat tidur Muhammad Bilal dianggarkan hampir RM16 Ribu.
Pendedahan harga katil bayi tersebut di buat oleh warga maya selepas membuat pencarian harga katil tersebut di salah sebuah aplikasi e-dagang terkenal.
Rata-rata terkejut dengan harga katil tersebut. Ada juga yang berpendapat selebriti tersebut mampu untuk memilikinya memandangkan Neelofa antara usahawan jutawan yang berjaya.
Perkongsian video berdurasi 20 saat yang memaparkan seorang bayi berusia antara dua atau tiga tahun sedang menghisap pod (vape) dengan lagak seperti orang dewasa menerima kecaman netizen selepas tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh seorang pakar perubatan, Dr Khairul Hafidz di Twitternya meraih lebih 162,000 tontonan video.
Melalui posting itu, Dr Khairul juga berkata, situasi berkenaan amat menyedihkan dan kesal terhadap sikap ibu bapa anak kecil itu.
“Ibu bapanya seakan-akan memberi galakan dan mendedahkan anak mereka kepada perkara yang tidak sihat pada usianya yang sangat muda.
“Ini merupakan satu kejadian yang amat menyedihkan. Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa?
“Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka? Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita…#StopVaping #StopSmoking,” luahnya di Twitter
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.