Setiap kali ada perkembangan terbaru Ainul Mardhiah, pastinya walid dan mamanya akan berkongsi di media sosial untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia yang sejak dari awal lagi mengikuti kisahnya.
Walaupun telah selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor pada Mei lalu, ramai yang suka dan seronok melihat Ainul Mardhiah membesar dengan baik.
Setiap posting yang dikongsi oleh walid dan mamanya, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi akan mendapat reaksi positif dari netizen.
Terkini, Nurul Erwani memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna peach yang diberikan oleh seorang individu.
Walid versi perempuan. Nangis mama macam ni sebab Ainul Mardhiah ikut rupa walid😭😭 Tapi tak apa lah janji comel dan manis di mata mama.
First time try pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai.
Ads
Bagi Nurul Erwani pula, dia teruja menerima bungkusan hadiah tersebut malah itu juga merupakan cubaan pertama kali memakaikan tudung untuk anaknya.
“Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus teruja nak pakaikan pada Ainul. Pertama kali cuba pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai,” katanya.Semua netizen memuji kecomelan Ainul dan dia juga nampak semakin matang dan macam kanak-kanak besar.
Ads
Membesar dengan sihat sayang
Sumber: ig Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memastikan anak kita berada dalam keadaan sihat, langkah pencegahan dan rawatan awal harus diberi perhatian. Tapi bagaimana untuk kita mengetahuinya?
Anak yang masih diperingkat bayi dan kanak-kanak tidak tahu untuk menceritakan kesakitan yang dialami. Ibu bapalah yang harus peka dengan perubahan anak. Tindakan cepat ibu bapa dapat membantu anak.
Malah apabila anak tidak sihat, ibu bapa yang akan risau. Jadi terdapat lima cara untuk anak mengesan kelainan pada anak apabila dia mula menunjukkan ketidakselesaan apabila sakit.
Menangis
Menangis antara cara yang paling mudah untuk bayi atau kanak-kanak memberitahu ibu bapanya sama ada dia tidak selesa, lapar atau mahu tidur. Sekiranya anak kerap menangis, anda perlu peka dan ambil perhatian. Mungkin ada yang tidak kena pada diri anak anda. Jangan anggap tangisan adalah perkara biasa jika ia berlarutan.
Kurang aktif
Boleh dikatakan bayi dan kanak-kanak memang aktif. Bagi bayi paling tidak mereka akan menggerakan tangan dan kaki. Manakala untuk kanak-kanak mereka akan berlari, melompat atau menyepahkan mainan yang ada.
Jika ibu bapa melihat aktiviti yang anak lakukan tidak seperti biasa, anda boleh tahu anak mungkin tidak sihat. Contohnya dia akan baring dan tidur. Cepat-cepat bertindak. Mungkin dia dah mula demam.
Kurang selera makan
Tanda lain anak kita tidak sihat adalah bila kurang selera makan. Perkara ini pun ibu bapa kena tahu juga. Mungkin kebiasaannya anak makan dan menyusu dengan kerap tetapi apabila dah mula tidak sihat, secara automatik selera makan dah tak ada.
Tolong perhatikan perubahan ini kerana kekurangan air juga boleh menyebabkan anak semakin lemah dan tak bermaya.
Kerap tidur
Anak yang tak sihat mereka akan kerap tidur berbanding biasa. Kalau kebiasaannya sehari tiga kali tidur tetapi apabila tak sihat lagi lama dan kerap. Kena selalu pantau keadaan ini jika nampak tiada perubahan. Contoh biasanya kalau anak demam lebih tiga hari doktor akan buat ujian darah untuk pemeriksaan lanjut. Jadi jika demam anak terlalu lama elok rujuk ke hospital. Bimbang pelbagai masalah lain yang berlaku. Tindakan pantas ibu bapa dapat menyelamatkan nyawa anak.
Lemah sepanjang hari
Nampak lemah sepanjang hari walaupun diberi makan ubat atau selepas makan harus diberi perhatian. Jika keadaan ini berlarutan, dapatkan nasihat doktor dengan segera. Jangan ada sikap tunggu dan lihat atas alasan dah bawa anak ke klinik sebelum ini.
Perkongsian ini sebagai peringatan untuk semua ibu bapa. Usaha yang terbaik demi kesihatan keluarga semoga dijauhkan sari pelbagai penyakit bahaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Aafiyah atau nama gelarannya Si Comel Pipi Merah, puteri sulung pasangan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin membesar dengan bijak dan ceria.
Penghibur hati ibu dan ayah yang semakin menambah kebahagiaan rumah tangga yang hampir 12 tahun dibina turut menceriakan sambutan Syawal Siti dan Datuk K tahun ini.
Betullah kat orang, kehadiran bayi dalam hidup akan membuatkan hari kita ceria dan gembira melihat telatahnya setiap saat.
Aafiyah yang kini berusia tiga bulan sudah mencapai tahap perkembangan sama seperti bayi lain seusianya bila sudah pandai ‘bercakap’ dalam bahasanya serta mula mengenali ibu dan ayahnya.
Baru-baru ini Siti memuatnaik video di Instagramnya mengenai telatah Aafiyah bersama suaminya. Dalam video tersebut Aafiyah yang comel seolah-olah sedang berbual dengan ayahnya.
Datuk K juga dilihat seronok melayan apa yang cuba diceritakan oleh Aafiyah.
Tambah lucu bila Siti menulis kapsyen kelakar.
Ngadu kat Ayah dia la tuu.. ibu sibuk masak laksa Johor & spaghetti meatballs harini..
Memang seronok melayan bayi usia macam Aafiyah yang tengah pandai nak berbual ni. Rasa cepat sangat masa berlalu.
Sebenarnya pada usia ni memang bayi sudah pandai membuat suara agah-agahnya. Apa yang dilakukan oleh Datuk Siti dan Datuk K memang tepat sekali.
Ini kerana memang tugas ibu ayah untuk membantu si comel mengembangkan kemahiran bahasanya dengan rajin melayannya bercakap sepanjang hari.
Tak kisahlah sama ada bayi anda faham atau tidak, yang penting bila anda memberi respon pada ‘percakapannya’, ia membantu bayi untuk terus belajar mengembangkan kemahiran bahasanya.
Kajian juga mendapati tahap kepintaran yang tinggi seseorang anak itu turut dipengaruhi oleh berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu dengar pada tahun pertama kehidupannya.
Comelnya Aafiyah dah pandai mengadu
Dilihat pada bonding yang terjalin antara Aafiyah dan ayahnya membuktikan betapa eratnya hubungan anak dan ayah ini.
Sebenarnya pada usia bayi seperti Aafiyah, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan ibu ayah serta mengenali wajah kedua insan yang paling rapat dengannya.
Walaupun ada bayi yang mudah tersenyum pada orang yang tidak dikenali terutama jika orang itu bertentang mata dengannya atau bercakap dengannya, namun dia sudah mula tahu siapa orang yang rapat dalam hidupnya dan boleh menentukan siapa yang lebih disukai antara mereka.
Wah, nampaknya Aafiyah dah pandai mengadu dekat ayah dia…Jaga-jaga Tok Ti nanti si comel ini mesti banyak cakap orangnya. Jangan risau, biasanya kalau anak petah bercakap ni bijaklah orangnya nanti.
Apa pun semoga Siti dan Datuk K enjoy moment Aafiyah kejut tengah-tengah malam untuk melayannya bersembang sebab ini akan jadi antara kenangan paling dirindukan oleh ibu ayah bila anak semakin membesar.
Nampak macam tak serius kan, tapi bila dengan anak, Jep automatik jadi abah yang penyayang pada anaknya.Walaupun keluar ke konti awal pagi tak menghalang Jep luangkan masanya untuk Dariya Inara apabila di rumah.
Seronok sangat bila tengok Jep mendodoikan anaknya tidur dan dia juga sempat memuat naik status “Setakat tidurkan dariya ni apalah sangat. Abah kt office tidurkn uncle @rahimr2 nakk”.
Daripada status itu ramai peminatnya memuji cara Jep melayan anak perempuannya. Nampak sangat Jep seorang abah yang sporting dan hebat.
Tak kurang juga ada yang mengharapkan Jep dapat jadi abah yang baik pada anak-anak kelak sebab ciri-ciri tu dah ada.
Selain gambar mendodoikan bayinya, netizen juga terharu apabila melihat gambar Jep yang menunjukkan begitu sayangnya dia pada Dariya.
Barulah nampak bagaimana pengorbanan seorang abah pada anaknya, lagi-lagi dengar si kecil menangis.
Ramai yang kata lepas ni Dariya memang akan jadi bff untuk abahnya sebab apa yang Jep lakukan semua untuk si kecilnya.
Semoga kebahagiaan Jep dan Sari Yanti terus berkekalan dengan kehadiran Dariya dan jadi contoh kepada bapa lain untuk sama-sama mendidik dan membesarkan anak-anak.
Kredit: ig Jep Sepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!