Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pemergian arwah baby Nishka yang menghidap barah otak tahap empat. Pemergian baby Nishka di khabarkan melalui instagram yang ibunya, Puan Khairiah.
Arwah bayi comel itu menjadi perhatian selepas kisahnya tersebat di sosial media beberapa bulan ini. Antara yang turut membantu untuk rawatan baby Nishka termasuklah Mawar Fareeda, pengasas tudung berjenama yang terkenal.
Pada pagi tadi, ibu kepada arwah akhirnya menitipkan kata-kata terakhir di Instagram buat anak syurganya yang tercinta yang telah pergi menemui pencipta buat selamanya.
Nishka sayang… sukar utk kami menerima kepulanganmu nak..mungkin semua org npk mmy daddy Nishka kuat dan tabah..tp mereka tidak tahu kami rebah kehilanganmu..kami rindu kamu… kami rindu rutin harian kami di husm..rindu utk cium kamu tnpa henti..lap mulut kamu setiap masa..rindu bau kamu..rindu utk bisikan di telinga kamu,menyatakan kamu bby kuat..kamu boleh sembuh dan balik umah main dgn kak keisha dan kak kayla nti2…
tp kami redha..kamu hanya PINJAMAN Allah utk kami..pinjaman terindah dan paling manis utk kami berdua dan utk semua org yg mengenali kamu melalui wajah comelmu dan kisahmu…kamu disayangi oleh semua org..Wajahmu,kisahmu..buat semua org sayang pd kamu..
adik..mummy daddy rindu adik sangat..maafkan mummy amik masa utk update ttng kepulangan adik ke syurga..berat utk mmy menulis walaupun hanya secebis bingkisan ttng kepulangan mu sayang…bermainlah disyurga sana sayangku Nishka..adik tunggu mummy daddy disana ya sayang 😭…
#BbyNishka #8/5-2/10
#mmyddyrinduNishka#anaksyurga
Berita Pemergian Nishka Di Sampaikan Oleh Mawar Karim (Mawar Fareeda)
Al- Fatihah…Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana 😔😣. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak… 😞 –
Kami sayang baby Nishka 😣😔. Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial –
–
(Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia 😔) – (Sejujur nya memang tidak mampu utk sy melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa ) 😔😔
Secebis bingkisan kepulangan arwah baby Nishka mengundang sebak warga net. Rata-rata sedih dan mengucapkan takziah atas pemergian baby comel itu. Malah ada juga kenalan terdekat berkongsi pengalaman saat-saat akhir sebelum jenazah kecil itu dikebumikan.
Wangi je bila cium
Syurga buatmu sayang
Sumber: Kheiry_khairiah, Mawar Karim