Kagum dengan sikap Nina Ismail Sabri yang juga anak kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang begitu positif dan menyokong perjuangan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila dilantik menjadi timbalan perdana menteri kerajaan baru.
Walaupun Nina dilahir dan dibesarkan dengan parti Umno, dia menerima keputusan pilihan raya kali ini dengan terbuka. Malah dia juga cukup berterima kasih dengan semua rakyat Malaysia khususnya orang Bera yang tetap memberi sokongan dan kepercayaan kepada bapanya.
Menerusi instagramnya, Nina telah memberi kata semangat kepada Dr Wan Azizah dan pengorbanannya sejak 20 tahun lalu berbaloi kerana kini dia telah dipilih menjadi timbalan perdana menteri wanita pertama di Malaysia.
Nina juga percaya, apa yang berlaku pada PRU 14 ini juga sebagai satu cabaran dan wake up call kepada penyokong Barisan Nasional untuk memperbaiki apa yang sepatutnya supaya perjuangan parti itu terus relevan dan mendapat sokongan semula dari rakyat selepas ini.
Rakyat Malaysia juga berharap akan ada pembaharuan yang boleh dilakukan oleh Dr Wan Azizah selepas ini. Ini kerana jawatan sama pernah disandang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 1993.
Ramai yang mengagumi kesetiaan, kecekalan dan komitmen politik Dr Wan Azizah, yang berperwatakan lembut itu, susulan kontroversi yang membabitkan Anwar sejak 20 tahun lepas.
Semoga dengan kepercayaan ini, Dr Wan Azizah dapat terus memberi khidmat terbaik dan membuktikan kepada rakyat beliau mampu melaksanakan amanah yang diberikan.
Sumber: Ig Nina Ismail Sabri & Dr Wan Azizah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bersedia Untuk Masa Tua, Jangan Susahkan Anak Menantu” Pesanan Bonda Rozita
Usahawan terkenal, Bonda Rozita yang juga ibu kepada Dato Aliff Syukri menitipkan pesanan buat golongan wanita agar sentiasa menghargai diri sendiri.
Malah dia turut berkongsi pesanan yang selalu dititipkan buat anak-anaknya supaya sentiasa beringat ketika senang agar tidak menyusahkan orang sekeliling kelak.
Saya bersiap sedia menuju usia emas sejak dari 35 tahun, sebelum ST Sendayu Tinggi dikenali lagi, saya hidup susah & saya tak nak anak saya malu kerana kedaifan kami – tak nak menyusahkan anak-anak – saya sayang otak dan kaki saya.
Saya nak sihat & sibuk bekerja untuk saya lupa masalah & tak nak layan penuaan – bekerja mengembirakan saya ..!! Ia ibadah dan game yang berbaloi untuk minda & amal.
Saya perhatikan ramai orang diusia 50an suram sebab tak bersedia sejak muda, sebab mereka terlalu yakin bergantung sepenuhnya dengan pasangan, anak-anak, abaikan kesihatan & enjoy berlebihan tak jaga ekonomi.. (Berhati-hati dengan orang yang kita sayang – hati manusia cepat berubah – kalau mereka tinggalkan kita akan kecewa terduduk)
Saya pesan anak-anak:
1: Kerja masa muda, penatnya berbaloi sbb tenaga & minda masih kuat, simpan lah duit, wajib ada rumah sendiri sebelum 40 tahun – jangan banyak hutang
2: Kalau masa muda enjoy katak, pastinya tak ada persiapan masa tua – tak bersedia tu bahaya untuk kesihatan mental diusia emas
Kesian nasib usia kita yang nak mati – merana sangat kalau kita sakit, nyayok, anak-anak belum tentu stabil ekonomi yang boleh jaga kita yang tua uzur, berpenyakit, anak-anak pun rimas sebab kita menyusahkan mereka
3: Menantu belum tentu nak kita ..!!orang tua rasa tak berguna dalam kehidupan mereka – kita akan sunyi dan terpinggir – akhirnya kita akan salahkan anak menantu ..!!
4: Emosi kita tak terkawal kerana sejak muda tak ada planning hari tua, sebab apa, sunyi rasa tak dihargai maka lebih sensitif, letih, lesu, pelupa, runsing, rabun, pekak – macam-macam kerenah orang tua
Kita ni sebenarnya kena jaga diri sendiri – simpanan perlu sangat untuk hidup aman, kita nak beramal ibadah senang kalau sihat – Nak beramal perlu duit juga, jaga kesihtan perlu makanan sihat, senaman, keamanan fikiran.
Kredit: bondarozitaibrahim
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Untuk Anak Dengar Kata & Kurang Nakal. Moga Tiap Masa Hati Anak Allah Jaga
Anak kita ni waktu kecil, senang je menurut kata. Tapi bila dah masuk remaja, lain pula ceritanya. Kadang-kadang sikap mereka berubah hinggakan kita pun terperanjat, ‘betul ke ni anak yang aku asuh dulu?’
Siapa yang tidak hiba apabila anak yang dulunya mudah ikut kata kini bertukar kepada peremuk jiwa? Na’uzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Tuhan dari bapa segala musibah itu.
Alhamdulillah, Tuhan ada berkongsi doa Gred A untuk kita amalkan. Doa yang saya petik dari Surah Al-Furqan ayat 74 iaitu :
رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud : ‘Wahai Tuhan kami, kurniakan kami isteri & zuriat yang menyukakan hati kami ketika melihatnya serta jadikanlah pemimpin bertakwa sebagai ikutan kami’.
Dalam doa ini, kata kuncinya terletak pada kalimah ‘Qurrata A’yun’. Kita perlu fahaminya agar doa yang diucapkan lebih mudah datang dari hati.
Istilah ‘Qurrata A’yun’ bermaksud ‘penyejuk hati’. Kefahaman mudahnya : apabila kita teringatkan anak, hati dipenuhi bahagia & bahagia. Anak yang membuatkan hidup kita terasa bermakna & dipenuhi ‘happiness’. Itulah maksud terma ‘Qurrata A’yun.
Bagaimana sikap anak sebegini?
Saya punya contoh kecil untuk memperihalkannya. Anak kedua kami namanya Aqif Furqan. Saya masih teringat lagi moment ‘Qurrata A’yun’ darinya yang waktu itu berusia 5 tahun. Ketika itu, saya baru pulang ke rumah setelah penat seharian dengan tugasan kerja, mesyuarat, traffic jam & sebagainya.
Dalam keadaan penat & badan hampir ‘zero’ tenaga, tiba-tiba ada semangat luar biasa datang. Dan ia berpunca dari si comel ini.
Aqif bila nampak kereta ayahnya parking depan rumah, ia terus meluru keluar. Mukanya tersengih ceria meneriak, ‘Yay, babah dah balik’ dengan kedua tangannya menghulurkan cawan plastik biru kepada saya.
‘Babah cuba minum air ni. Sedaaap….’
Allahu. Anda dapat bayangkan betapa bahagianya hati saya. Anak yang innocent & ikhlas ini hanya tahu satu perkara sahaja : ayahnya yang dikasihi telah pulang. Ini waktu untuk ia tunjukkan ‘appreciation’.
Saya terus memangkunya & minum air dari cawan plastik biru itu. ‘Adik, air apa ni?’ Saya tanya. ‘Air kosonglah babah’, dia menjawab dengan muka bersahaja.
‘Tapi kenapa air ni rasa lain’?’ Saya meneguk dengan dahi berkerut.
‘Oooo, tadi adik makan biskut, tapi rasa dia tak best. Adik keluarkanlah kat air ni….’. Dia menjawab dengan jawapan penuh ‘ikhlas’.
Air kosong bercampur luahan biskut. Itulah air yang dihulurkannya. Tapi saya teguk juga, bukan sebab rasanya sedap sangat (huhu..) tetapi air ini berperisa istimewa.
Ia berperisa ‘Qurrata A’yun’. Happiness.
Anda tentu tersenyum ketika membaca kisah ini. Harapnya semua anak kita menjadi zuriat ‘qurrata A’yun’ : anak yang baik, kasihi & hormati ibu-bapa serta menjadi anak penyejuk jiwa.
Anak yang bukan setakat pandai menurut kata tetapi prihatin terhadap keadaan kita. Anak yang ketika ia belikan makanan makanan untuk kita, ia tahu memilih juadah yang kita gemari. Jika ia belikan baju, itulah warna kesukaan kita.
Jika kita bermuram durja kerana suatu, ia bersungguh ambil tahu. Ketika kita sakit, ia sanggup ketepikan urusan kerja hanya untuk menemani kita di hospital.
Inilah anak ‘Qurrata A’yun’ yang didambakan. Amin, amin, amin. Dalam pada tu ulama pesan, jika kita inginkan hidup anak lebih berkah, kita boleh jemput keberkatan tersebut dengan berkongsi berkah kepada anak orang lain dengan amalan sedekah.
Kredit: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Faham Keadaanya Penat” Ijoy Bangun Malam Jaga Anak Rahsia Shiera Sentiasa Ceria
Ketika Shiera bersalin dulu, saya faham keadaanya sangat penat. Jadi saya akan sentiasa membantu Shiera terutama menjaga anak pada waktu malam. Saya akan berjaga malam dan menguruskan segala keperluan. Saya seorang bapa yang sangat fun, mudah dan kalau anak-anak melakukan kesalahan, saya terus akan mendidik mereka.
Menurut Ijoy lagi, dia dan Shiera mengamalkan pendidikan secara terbuka kepada anak-anaknya. “Kami ada anak kategori remaja, belasan tahun sehingga lah si kecil ini 2 tahun. Jadi kami perlu memahami pelbagai kategori usia anak-anak dalam mendidik.
Bagi anak remaja, lain cara didikanya. Kami lebih banyak menerangkan tentang kesan dan akibat jika anak remaja kami salah membuat pilihan. Dari sini kami mempunyai pelbagai pengalaman dalam membesarkan anak-anak.
RAHSIA KECANTIKAN SHIERA
Ibu yang berusia 43 tahun ini masih kekal cantik, sihat dan langsing walaupun sudah mempunyai 5 orang anak dan sibuk bekerja ditambah pula dengan urusan rumah tangga.
Shiera sangat menjaga pemakanan dengan mengamalkan makanan yang kurang manis. Saya sangat mengawal pemakanan terutama nasi. Saya makan nasi tapi berpada-pada dan dalam kuantiti yang sedikit. Beras yang saya amalkan seperti beras basmati. Setiap kali saya makan, saya akan sentiasa beringat. Bila kita biasa dengan rutin cara pemakanan yang sederhana, ia akan menjadi amalan.
Untuk kulit wajah, saya amalkan sentiasa memakai sunblock, dan sentiasa bersihkan makeup. Bersih makeup sehingga bersih untuk elak kulit rosak. Saya juga jarang memakai makeup, bagi saya makeup menganggu hidup saya. Saya makeup bila perlu sahaja. Saya lebih suka simple dan kulit yang segar. Untuk memudahkan bersalin, saya amalkan minyak kelapa seperti saya kongsikan sebelum ini.
HOS RANCANGAN PA&MA
Apabila diberi tawaran sebagai hos dalam program TV Pa&Ma bagi musim kedua yang telah bermula September lalu, Ijoy dan Shiera sangat teruja apabila buat pertama kalinya digandingkan bersama. “Kalau kemana-mana ibu bapa diluar mesti membawa nama Pa&Ma sebagai rujukan mereka, Jadi kami rasa sangat beruntung menjadi hos untuk majalah no.1 ini” kata Shiera.
Tambah Ijoy lagi “Menjadi hos Pa&Ma ialah platform yang pertama untuk saya dalam dunia pengacaraan. Inilah kali pertama saya menjadi hos. Bagi Shiera, dia sudah biasa dan banyak pengalaman dan saya setelah hampir 10 tahun meninggalkan dunia lakonan, inilah langkah pertama saya untuk muncul kembali,” Ijoy menjadikan program Pa&Ma sebagai nafas baru dalam dunia kerjayanya.
“Bagi Shiera, ini peluang yang penting untuk Ijoy. Peluang ini akan diguna sebaik mungkin untuk Ijoy sekurang-kurangnya dia dapat pengalaman baru sebagai hos Pa&Ma. Ini merupakan kali pertama kami bergandingan bersama-sama dan saya seperti tak percaya suami saya mengacara bersama saya. Jadi saya harap penonton gembira dengan kehadiran kami sebagai hos baru. Kami menyambut baik peluang ini dan akan menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya.”
Saksikan Rancangan Pa&Ma Setiap Hari Selasa di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya pada pukul 9 malam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI