Wanita dapat tawaran kerja sebagai pengasuh, nyaris kena jual di Bangkok. Seorang pengasuh berusia 41 tahun nyaris diseludup ke Myanmar selepas menerima tawaran pekerjaan sebagai pengasuh di Bangkok dengan kadar upah sebanyak RM2000 bagi empat hari, minggu lalu.

Wanita Dapat Tawaran Kerja Sebagai Pengasuh, Nyaris Kena Jual Di Bangkok

Nurul Huda Ahmad dari Taman Melawati berkata, dia sudah menjalankan pekerjaan tersebut selama lima tahun dan sering mengiklankan perkhidmatannya di media sosial termasuk Facebook.

“Kira-kira pukul 10 malam, saya dapat tawaran sebagai pembantu rumah dan pengasuh pelancongan melalui aplikasi WhatsApp yang memerlukan saya ke Bangkok bersama pelanggan. Saya bersetuju dan berlepas ke sana pada 13 Oktober serta tiba pada pukul 12.45 tengah hari.

“Ia kelihatan sangat semulajadi malah saya juga berkomunikasi dengan pelanggan itu bersama isterinya menerusi Zoom. Saya juga tidak syak apa-apa kerana pernah menerima tawaran serupa yang memerlukan saya ke Dubai dan Jepun sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.

Setibanya di lapangan terbang Nurul berkata, dia telah ditahan oleh seorang lelaki dipercayai pegawai kastam dan diarahkan untuk mengikutinya ke meja pemandu pelancong.

Wanita Dapat Tawaran Kerja Sebagai Pengasuh, Nyaris Kena Jual Di Bangkok

“Kemudian saya dijemput oleh seorang pemandu menaiki sebuah kereta. Saya sepatutnya dibawa ke sebuah hotel di Bangkok, tetapi dibawa ke daerah Tak Mae Sot iaitu sempadan negara Myanmar pula,” ujarnya.

Tambahnya, sebaik tiba di sempadan Myanmar, dia diarahkan pemandu berkenaan supaya menyerahkan pasport untuk dicop seterusnya dibawa ke Myanmar tetapi wanita itu enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku kekecohan.

“Polis sempadan mengarahkan pemandu yang bawa saya supaya berhenti di tepi jalan. Kemudian saya jelaskan bahawa saya cuba diseludup ke Myanmar kepada polis berkenaan.

“Polis itu meminta pemandu terbabit beredar dan bantu saya dengan membelikan tiket bas ke Bangkok semula. Saya terus pulang ke Malaysia dari Hatyai ke Padang Besar, Perlis. Saya tidak pulang melalui penerbangan kerana bimbang ditangkap scammer semula,” tambahnya.

Ads

Dalam pada itu Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, scammer pemerdagangan manusia kini semakin bijak memperdaya dan oleh kerana itu, orang ramai perlu lebih berhati-hati.

“Saya nampak masalah ini tidak akan habis. Mereka tidak lagi guna taktik lama sebab itu kami di MHO memanggil mangsa untuk bercerita supaya tidak ada lagi yang terjebak dengan modus operandi sama.

“Kami nak beritahu masyarakat, apa yang patut dilakukan jika kenalan atau ahli keluarga kena tipu atau terkandas di sana akibat ditipu sindiket. Paling penting, jangan sesekali membayar wang tebusan yang diminta sindiket,” tegasnya.

Sumber: Kosmo Online

Baca artikel lain juga: 

Ads

Anak Meninggal Di Rumah Pengasuh, Tak Perlu Kecam Mak Ayah, Tunjukkan Rasa Empati!

Gaji Pengasuh RM6,000 Sebulan, Kareena Kapoor Sanggup Keluar Belanja Besar Untuk Anak

Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

 

Ads

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI