Idea bernas seorang wanita yang menghalang air banjir memasuki rumahnya dengan hanya menggunakan tanah liat dipuji ramai. Malah ramai yang mencuba dan ternyata berhasil.
Menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah dengan tanah liat bagi menghalang air banjir memasuki ruang rumahnya.
Difahamkan penghadang banjir itu adalah ideanya sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
Kepingan papan digunakan sebagai penghadang dan kemudiannya diletakkan tanah liat di sekelilingnya bagi menghalang air banjir separas buku lali.
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
Ads
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
“Selamatlah daripada mengemop lantai.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu,” kongsinya menerusi video.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Ads
Menerusi ruangan komen, tidak kurang warganet bertukar-tukar pendapat memberikan idea menggunakan material lain yang lebih kuat seperti silikon.
Tak kurang juga yang sudah mencubanya dan berpuas hati dengan hasilnya kerana air tidak masuk ke dalam rumah.
Pelakon dan juga model, Ikmal Amry yang mula dikenali ketika dia menyertai Hero Remaja 2017 kini merupakan ayah kepada seorang cahaya mata perempuan. Ikmal dan isteri memilih nama Cailie untuk anak mereka yang dilahirkan pada 30 Disember 2021.
Menurut Ikmal, mereka memutuskan untuk memilih nama yang ringkas kerana namanya sendiri sudah agak panjang. Mahukan nama yang mudah, akhirnya mereka memilih Cailie seperti nama isterinya dengan hanya satu perkataan iaitu Najla.
Nama tersebut dipilih melalui pencarian di inetrnet dan membawa maksud kesayangan dalam bahasa Arab Urdu.
Bercerita tentang anak perempuan Ikmal, kini si comel itu sudah pun berusia setahun. Melalui perkongsian di laman Instagram, Ikmal berkongsi beberapa foto ketika sambutan hari lahir Cailie.
Rata-rata warganet meninggalkan komen positif memuji kecomela Cailie serta memberi ucapan hari lahir buatnya;
Dipakaikan gaun berwarna putih, ramai yang memuji wajah comel Cailie dan dia banyak mewarisi rupa paras ibunya. Memilih tema rona pastel, dekorasi ringkas di majlis tersbut tampak sangat eksklusif.
Happy birthday Cailie, semoga membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT!
Genap dua tahun pemergian arwah Siti Sarah, penyampai radio, Shuib berkongsi kisah anak bongsunya, Ayash Affan yang menangis ketika tidur.
Akui Shuib menerusi laporan Mstar, dia dan anak-anaknya tidak pernah melupakan ibu mereka apa lagi anak bongsunya, Ayash yang tidak pernah mendapatkan kasih sayang seorang ibu.
“Mata Ayash tutup ketika tidur tetapi air matanya mengalir. Kejadian itu berlaku malam tadi. Mungkin dia merindui arwah ibunya.
“Arwah Siti Sarah sentiasa dalam hati saya dan anak-anak. Sudah menjadi rutin kami untuk menitipkan doa buat arwah setiap hari sebelum tidur.
“Selepas solat Isyak, malam Selasa lalu, saya bertanya Talita esok (9 haribulan) hari apa dan dia terus beritahu mengenai genap dua tahun pemergian arwah ibunya,” katanya.
Ujar bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, dia paling bersyukur kerana hadirnya Watie untuk anak-anaknya menumpang kasih.
“Apa yang penting, perkembangan kesihatan mental anak-anak yang semakin membesar baik dan positif dengan kehadiran Watie dalam hidup kami sekeluarga.
“Malah, anak saya, Matin juga sangat rapat dan melekat dengan Watie sampai saya pula berasa seperti dipinggirkan,” jelasnya.
Dalam perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kelonggaran merentas sempadan negeri untuk pasangan suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
Menurut beliau, kelonggaran diberikan untuk pasangan suami atau isteri untuk bertemu dengan keluarga setelah masing-masing ‘berpisah’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
“Mengenai perjalanan rentas negeri, saya diberitahu ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
“Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.
“Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.
“Bagi yang melibatkan perjalanan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya mohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga memberikan kelonggaran yang sama.
“Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan,” ujar beliau.
Dalam perutusan tersebut juga Perdana Menteri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan dan minuman cairkan kahak, bagus untuk kuatkan imun. Kahak yang berlebihan dalam tekak dan saluran pernafasan sering menyebabkan rasa tidak selesa, terutamanya semasa selsema, batuk, atau alergi.