Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah. Apabila berlaku, ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat. Atas sebab inilah, para wanita hamil perlu sentiasa menjaga paras hemoglobin (Hb) agar tidak rendah.

Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin! Makanan Ini Mampu Naikkan HB

Sekiranya tahapnya rendah atau di paras yang berkemungkin akan terus turun serta tidak dirawat daripada awal, ketahuilah kesan yang bakal menyelubungi anda adalah bayi boleh dilahirkan awal (pramatang), bayi lahir dengan berat lahir yang rendah atau bayi itu sendiri berkeadaan pucat.

Risiko kepada diri anda sendiri pula bakal mendedahkan kepada proses pemindahan darah. Hal ini perlu dilakukan kelak bagi memastikan anda cukup darah. Selain itu ada juga kes di mana wanita hamil yang mengalami anemia ini lebih cenderung untuk mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Pasti anda tidak mahu ia berlaku ke atas diri anda, bukan? Paling membimbangkan ialah anemia turut menyumbang kepada kes di mana rahim lambat mengecut selepas kelahiran. Keadaan ini turut dikenali sebagai uterine atony.

Antara makanan yang disarankan untuk naikkan HB ibu hamil;

Tembikai

IKLAN

Buah ini kaya dengan vitamin A. Selain daripada terkenal sebagai berkesan dalam memperbaiki kesihatan mata, ia juga berkesan membantu meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat menolong zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.

Jambu batu

Buah-buahan mempunyai vitamin C yang membantu dalam fungsi penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Dikatakan, jambu batu memiliki kandungan viramin C dua kali lebih banyak daripada yang terkandung di dalam buah oren.

 Buah-buahan kering

Ia amat sesuai untuk jadikan kudapan kerana ia juga membantu menambah darah. Ambillah kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin. Kesemua jenis buah-buahan kering bukan sahaja sedap, malah ia turut memiliki kandungan zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah.

IKLAN

Ikan

Ikan mengandungi asid lemak omega-3. Sebagai contoh, ikan salmon. Ia turut mengandungi vitamin B12 yang bagus untuk fungsi pembentukan sel-sel darah. Lebih daripada itu, apa-apa jenis ikan pun baik untuk wanita hamil kerana ia adalah makanan yang rendah kolesterol.

Daging merah

Daging merah seperti lembu, kambing dan kerbau kaya dengan protein dan mengandungi banyak zat besi serta mineral lain termasuklah vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh golongan ibu hamil. Kesemua ini mampu meningkatkan hemoglobin.

IKLAN

Sayur-sayuran berdaun hijau

Sayur mengandungi zat besi yang tinggi adalah terdiri daripada sayur yang berdaun hijau. Contohnya, bayam, brokoli, kangkung dan sawi. Selain daripada itu, sayur-sayur ini mengandungi kandungan asid folik semula jadi yang baik untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Kentang

Sayur berubi ini mengandungi zat besi dan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.

Kuning telur

Telur mengandungi protein, kalsium, vitamin, mineral dan zat besi. Sebaik-baiknya dapatkan telur yang telah diperkaya dengan omega-3.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI