Wanita hamil perlu makan makanan yang berkhasiat agar kesihatan diri dan kandungan berada di tahap yang baik. Amalkan 6 pemakanan ini dan elakkan mengambil makanan yang diproses ataupun makanan segera. Ikuti perkongsian Dr Zubaidi.
MAKANAN TAMBAHAN SIHAT UNTUK WANITA HAMIL
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berposes.
Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua: BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. D
Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahem.
Kelima: MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad