
Selebriti media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi perkara yang haram dilakukan oleh ibu hamil yang mungkin ramai terlepas pandang.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia menjelaskan kenapa perkara-perkara ini tidak patut dilakukan oleh ibu hamil.

“Ada dua benda ni yang sebenarnya perempuan pregnant tak boleh tunjuk.”
“Tapi yang no.2 ni mesti ramai terkejut, la tak boleh tunjuk rupanya.”

“Yang pertama adalah kita punya baby bump, kadang tu ada perempuan dah pakai baju longgar tapi sebab perut dia memang besar itu tak apalah. Tapi kalau sengaja pakai ketat tu yang tak boleh”
“Yang no.2. Kita tunjuk scan baby, yang scan baby tu pun tak boleh tunjuk jugak sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan janin tu sendiri iaitu ia ‘tersembunyi’.”
“1st adalah baby bump, no.2 adalah scan 2D tu.”
Semoga bermanfaat.
Kredit: Aisyah Hijanah
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Meriah Sungguh Ni” Rita Sosilawati Syukur Rezeki Meriah Susu Badan, Sedekah Untuk Anak Susuan!

Satu kebahagiaan buat ibu bila dianugerahkan susu badan yang melimpah ruah. Usahawan kosmetik, Rita Sosilawati menarik perhatian ramai bila mana berkongsi simpanan stok susu badannya yang melimpah ruah.
Akui Rita lagi, dia amat bersyukur dianugerahkan rezeki susu badan yang melimpah ruah sehingga memenuhi dua peti ais dirumahnya.

“Alhamdulillah rezeki anakku dan anak susuanku.
“Sampai tak muat freezer. Terima kasih Ya Allah, aku sangat bersyukur,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.
Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok, Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi dengan stok susu badan.

Malah Rita bersama pembantunya dilihat sedang mengalihkan stok simpanan susunya untuk diberikan kepada anak susuannya.
“Akak beli frezer ni hanya untuk susu sahaja, susu saya. Untuk anak dan anak susuan.
“Kena pastikan habis minum. Freezer atas dah penuh tak muat, alhamdulillah,” katanya berkongsi.


Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya turut tumpang gembira dengan rezeki hebat itu. Tidak kurang juga yang turut meluahkan pandangan dan bersetuju Ikon Penyusuan diberikan kepada Rita.
@ritasosilawati Alhamdulillah rezeki anakku dan anak susuanku❤️🥰 #fyp #fypシ #ritasosilawati #enterpreneur #fypdongggggggg #wanitahebat ♬ Hijrah Cinta – Amsyarleee
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
UPT Positif Hamil Tapi Kantung Rahim Kosong? Bukan Kaitkan Dengan Jin!

Gembira melihat dua tanda pada alat penguji kehamilan, tapi apabila melakukan ultrasound untuk tahu perkembangan embrio, tiada apa yang dilihat. Ia mungkin berkaitan keadaan hamil kosong.
Keadaan hamil kosong
Situasi wanita hamil kosong atau blighted ovum ini, turut dikenali sebagai anembryonic pregnancy.
Ia terjadi apabila perkembangan embrio tidak berlaku seperti biasa atau terhenti sehingga meninggalkan kantung kehamilan kosong.
Umumnya, punca berlakunya keadaan ini masih tidak dapat dipastikan, tetapi dipercayai kerana kelainan kromosom pada telur yang disenyawakan menurut Hello Doktor.
Kehamilan tanpa embrio ini biasanya berlaku pada awal tempoh mengandung – adakalanya sebelum anda menyedari diri berbadan dua.
Berlaku keguguran
Masalah hamil kosong ini menjadi punca kepada 1 daripada 2 keguguran pada trimester pertama kehamilan.
Keguguran adalah keadaan di mana kehamilan berakhir dengan sendirinya dalam tempoh 20 minggu pertama.
Bagi wanita hamil, telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim. Dalam tempoh kehamilan 5 hingga 6 minggu, perkembangan embrio pastinya dapat dikesan dan dilihat.
Biasanya kantung kehamilan – tempat janin membesar – akan berkembang sehingga selebar 18 mm (milimeter).

Pun begitu, bagi kehamilan tanpa embrio, kantung kehamilan terbentuk dan membesar, cuma perkembangan embrio tidak berlaku. Ini yang dipanggil hamil kosong atau blighted ovum.
Punca perkembangan embrio tidak berlaku
Keguguran yang berlaku daripada keadaan kehamilan tanpa embrio sering disebabkan oleh masalah dengan kromosom – struktur yang membawa genetik.
Ia mungkin disebabkan telur atau sperma yang kurang berkualiti . Keadaan ini juga boleh berpunca kerana pembahagian sel yang tidak normal.
Walau apa pun puncanya, badan anda menghentikan kehamilan tersebut kerana menyedari kelainan yang berlaku.
Penting untuk anda dan pasangan fahami bahawa tiada apa anda lakukan yang mengakibatkan keguguran dan tidak ada cara untuk mencegahnya.
Bagi kebanyakan wanita, situasi hamil kosong ini berlaku hanya sekali.
Tanda hamil kosong
Apabila terjadinya blighted ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Contohnya, ujian kehamilan yang positif atau tiada pendarahan haid yang berlaku.
Kemudian anda mungkin berdepan tanda-tanda keguguran seperti:
- Kekejangan perut
- Pendarahan faraj atau tompokan
- Tempoh haid yang lebih lama daripada biasa
- Hilang kesakitan payudara
Sekiranya terjadi simptom di atas, anda mungkin mengalami keguguran. Pun begitu, tidak semua pendarahan yang berlaku pada trimester pertama berakhir dengan keguguran.
Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan doktor jika mengalami simptom tersebut.

Merawat kehamilan tanpa embrio
Sekiranya masalah hamil kosong dikesan semasa temu janji pranatal, doktor akan membincangkan pilihan rawatan yang ada dengan anda. Ini termasuklah:
- Menunggu tanda keguguran berlaku secara semula jadi
- Mengambil ubat seperti misoprostol (Cytotec) untuk menyebabkan keguguran
- Menjalani prosedur D&C – kaedah cuci rahim untuk membuang tisu plasenta daripada rahim
Tempoh kehamilan, sejarah perubatan serta keadaan emosi diri akan diambil kira oleh doktor dan anda semasa memutuskan pilihan rawatan.
Cara mengatasi kehamilan kosong
Bagi pasangan yang amat menantikan kehadiran zuriat, pastinya kalian seboleh-bolehnya mahu mengelak dan menghindari keadaan di mana tidak berlakunya perkembangan embrio ini, kan?
Malangnya, dalam kebanyakan kes, keadaan hamil kosong ini tidak dapat dicegah.
Sesetengah pasangan berkahwin mungkin akan melakukan ujian genetik sekiranya keguguran awal berlaku beberapa kali.
Selalunya doktor akan mengesyorkan setiap pasangan untuk menunggu sekurang-kurangnya sekitar 1 hingga 3 kitaran haid biasa sebelum mencuba hamil kembali setelah mengalami keguguran.
Pun begitu, satu berita yang boleh dianggap melegakan adalah anembryonic pregnancy jarang sekali berlaku lebih daripada sekali.
Adakah wujud komplikasi pada kehamilan akan datang?
Sama seperti masalah keguguran biasa, tubuh dan emosi anda memerlukan masa untuk sembuh.
Paling penting, anda harus mengetahui bahawa kebanyakan wanita yang pernah mengalami situasi hamil kosong ini berjaya mengandung kembali tanpa sebarang masalah.

Akhir kata
Penyebab spesifik kehamilan tanpa embrio atau blighted ovum tidak dapat diketahui. Tetapi anomali kromosom dipercayai menjadi faktor utama.
Mengalami masalah ini tidak bermakna ia akan berulang, malahan sebilangan besar wanita yang pernah berdepan situasi kehamilan kosong dapat melalui proses mengandung tanpa sebarang masalah.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan doktor mengenai kemungkinan penyebab genetik dan prosedur ujian yang boleh membantu mengelakkannya.
Pastikan anda juga memaklumkan jika berdepan persekitaran yang bertoksin– ia mungkin mempunyai kaitan dengan hamil kosong dan keguguran.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aafiyah Jadi Kakak! Dah 4 Bulan, “Doakan Saya Kuat & Adik Aafiyah Selamat Dilahirkan”

Teka-teki kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhinya terjawab bila mana pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu tampil membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya yang kini sudah pun memasuki empat bulan.
Perkhabaran gembira itu disampaikan Tok Ti menerusi satu sesi dalam talian sebentar tadi. Malah menerusi instagram peribadi miliknya, penyanyi kesayangan ramai ini juga turut memaklumkan hal yang sama.

Perkongsian yang pastinya menggembirakan seluruh keluarga juga peminat-peminat penyanyi nombor satu itu.
“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya sebentar tadi dalam satu sesi dalam talian.
Dalam pada itu, menerusi instagram miliknya, Tok Ti turut menghebahkan kehamilannya secara rasmi kepada semua pengikutnya.
“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.
“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” katanya.
Turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Tok Ti turut memohon doa daripada semua agar kehamilan kali keduanya ini dipermudahkan sehingga tiba detik melahirkan nanti.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya,” katanya.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


