Wanita hamil yang dilaporkan positif COVID-19 di Kelantan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang, Selangor yang berada dalam kategori Zon Merah.
KKM Cari Kontak Rapat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengesan kontak rapat wanita mengandung dari Kuala Krai, Kelantan yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.
Masih Dalam Siasatan Dari Mana Jangkitan Berlaku
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan akan mengenal pasti sama ada wanita itu mendapat jangkitan di kawasan zon merah atau sebaliknya.
Dari Ampang Pulang Ke Kampung Di Kelantan
Beliau berkata, wanita (berusia 30-an) yang mengandung 35 minggu dari Ampang, Kuala Lumpur balik ke kampung (Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu) untuk bersalin di sana.
Bagaimanapun, katanya, apabila ujian saringan dijalankan di sebuah klinik kesihatan, wanita itu didapati positif Covid-19.
Wanita Itu Diasingkan Dan Diberi Rawatan
“Sekarang ini, wanita itu telah diasingkan dan diberi rawatan. Apa yang pasti kita sedang menjalankan tindakan seterusnya untuk kenal pasti kontak rapat.
“Kita akan melihat kepada sama ada jangkitan yang itu didapati di kawasan zon merah atau sebaliknya, jadi kita menjalankan siasatan dan bila kita dah ada keputusan, ia akan dimaklumkan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Kita doakan semoga ibu hamil ini bebas daripada wabak Covid-19 secepat mungkin dan semoga bayi yang bakal dilahirkan selamat dan sihat. Diharapkan agar masyarakat kita dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat supaya kita dapat memutuskan rantaian Covid-19.
Sumber: Hmetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI