Kebiasaanya barangan dapur yang penting akan ditulis di dalam satu nota untuk mengelakkan lupa dibeli, namun ada juga yang tertinggal dalam senarai. Puncanya terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan oleh golongan mak-mak.
Seperti perkongsian wanita ini, dia membuat kesemua senarai barangan keperluan yang wajib ada dirumah dan hanya perlu tanda pada barangan yang tiada sahaja. Hasilnya dia tidak pernah terlupa untuk membeli barangan penting dan dapat menjimatkan tenaga serta masa dengan checklist yang dibuat.
Apabila kita membuat senarai ini, kita akan nampak apa yang masih ada dan apa barangan yang sudah habis. Jom baca perkongsian ini.
Buat Checklist Sebab Asyik Terlupa
Siapa macam ni buat checklist groceries and toiletries? Saya kene buat camni, kalau tak hari ni pegi kedai, beli-beli sekali sampai rumah baru teringat ada yang terlupa nak beli😂.
Pernah Terlupa Beli, Terpaksa Turun Balik Beli
Sudahnya kene telepon encik suami beli. Kot tetiba urgent nak pakai kene turun balik beli.
Jenuhhh laa dah la rumah tingkat 3 xde lift. Nak turun takde masalah, nak naik tu adehhh.
Setiap Bulan Akan Tick, Sangat Berkesan!
Ini cara saya la.. setiap awal bulan saya check dan tulis sesiap apa nak beli. Setakat ni sangat berkesan… Untuk lauk-lauk 2 minggu sekali memang kene restock. Yang lain ni biasa sebulan sekali.
Mama yang lain pula macam mana?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit:Que Rania