Wanita Ini Kongsi Resipi Rahsia Nasi Lemak Tahan Lama & Sedap Berlemak, Sambal ‘Superb’ Milik Arwah Ibu

Share

Stres bila masak nasi lemak tapi asyik tak jadi kan? Sekejap lembik, sekejap keras. Bila nasi dah ok, sambal pula kurang menjadi. Jom cuba resipi simple yang dikongsi wanita ini. Boleh dijadikan juadah pagi untuk anak-anak.

 

Rahsia nasi lemak sedappp & tahan lama, sambal kick sampai jilat pinggan. Resepi arwah mak

Cara masak nasi lemak:

Beras basmathi di cuci & rendam dengan air garam 30 minit (kalau nak guna beras biasa pun sama je sukatan air + santan )

  • Beras 4 pot kecil
  • Santan kotak 1 kotak santan asli
  • Bawang besar hiris
  • Halba tabur sikit (sampai keesokan hari tahan nasi lemak tak basi) maaf saya tak suka letak halia
  • Garam secubit

Resipi sambal wajib berkilattt pedas-pedas manis:

  • Bawang Besar 1 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang kecik 3 ulas
  • Udang kering secubit
    (Blender semua)
  • Cili Kering/cili giling instant puteri
  • Daun pandan untuk bau wangi masukkan je masa tengah tumis sambal
  • Gula Melaka hiris
  • Asam keping/air asam jawo

Cara penyediaan:

Tumiskan bahan blender sampai naik bau lepastu masukkan cili giling tumis sampai pecah minyak api kecik. Masukkan air asam/asam keping 1 & garam secubit, gula melaka & boleh tambah air sikit sampai berkilat.

Sis kalau beli nasi lemak mesti rasa sambalnya dulu. Kadang-kadang ada sambalnya tak masak sakit perut tau so kalau nak berniaga nasi lemak, sambal kene pandai masak ye. Jangan kurang masak

(Resepi ni sis halalkan pada yang ingin resepi nasi lemak 🍚👩‍🍳)

Kredit : Emy’s Bootiqs

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Published by
NuFa