Permasalahan utama yg ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yg mengandung menaiki flight dan risiko terberanak dalam flight apa apa keadaan yang melibatkan mengandung tu sendiri. Satu hal plak pilot nak divert flight tu ke tempat yang boleh manage wanita nak bersalin ni atau apa apa keadaan yg berkaitan.

Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang? Doktor O&G Kongsi Keadaan-Keadaan Yang Tak Sesuai Naik Kapal Terbang

Kebanyakan syarikat penerbangan tak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang bila kehamilan dah mencecah cukup-cukup 36 minggu disebabkan perkara yg saya cakap tadi. Jika ada risiko untuk kelahiran pramatang atau tak cukup bulan, seperti kehamilan kembar, wanita tak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.

Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yg menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita ini selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu dan juga tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis terang terang dalam surat tu.

Keadaan-keadaan kehamilan yg TAK SESUAI untuk menaiki kapal terbang :

✈️ anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL
✈️ ada pendarahan masa kehamilan dlm masa terdekat
✈️masalah telinga ( otitis media ) dan sinusitis
✈️ masalah jantung dan pernafasan yg serius
✈️ pesakit yg ada buat penbedahab pada usus dalam masa terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara
✈️tulang patah, dimana kaki dimana tulang patah tu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki tu

Satu lagi ramai bertanya saya, mengenai peluang untuk dapat darah beku masa naik flight. Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku. Naik flight pula, duduk lama, kaki cramp nak nak yang kaki panjang tu memang azab. Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa naik flight tu ada, tapi rendah, bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.

Untuk meminimakan risiko untuk dapat darah beku ini, tips-tips yang boleh diamalkan:

✈️ pilih tempat duduk berdekatan dengan aisle, senang nak kluar masuk
✈️ sentiasa berjalan jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang
✈️buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang
✈️sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein utk mengelakan asyik nak p kencing
✈️kalau ibu mengandung ada sejarah pernah kena darah beku, obesity atau masalah lain tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah

Selain itu, jangan lupa pakai TED stoking ( bukan stokin biasa tu ) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tak pakai TED stoking pun takpe.

Lain syarikat penerbangan, lain polisinya untuk benarkan ibu mengandung ini untuk menaiki kapal terbang. Tanya dorang dulu ok?

Kalau pegi jejauh tu jangan lupa beli saya ole-ole. Dapat baju Hard Rock yang ori pun dah ok sangat dahh

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI