Wanita pekerja pembersihan hospital selamatkan 38 bayi, dicalon Model Moral Kebangsaan. Seorang bekas pekerja pembersihan di sebuah hospital di China dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan, lapor South China Morning Post (SCMP).
Wanita Pekerja Pembersihan Hospital Selamatkan 38 Bayi
Portal itu memetik akhbar The Paper melaporkan, Tang Caiying, 88, adalah bekas tukang cuci di sebuah hospital di Xinyu, di wilayah Jiangxi di tenggara China.
Wanita itu telah mengambil 38 bayi terbiar selama sedekad. Antara 1980-an dan 1990-an, dia mengambil lebih 30 anak angkat.
Dicalon Model Moral Kebangsaan
Pada musim sejuk 1982, Tang yang ketika itu 46 tahun menemukan seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kot kapas, ditinggalkan di sebelah landasan kereta api ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Tidak mahu meninggalkan bayi itu dalam kesejukan, dia membawa bayi yang menangis itu ke rumah, memberi makan dan membersihkannya. Dia menamakan gadis itu, Fangfang.
Pada masa itu, Tang sudah bergelar ibu kepada lima anak dengan yang bongsu berusia 12 tahun.
Anak perempuan keduanya, Aiping, yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah dan menganggur, tinggal di rumah untuk membantu menjaga Fangfang.
Beberapa tahun kemudian, Tang menemukan seorang lagi bayi perempuan yang ditinggalkan di hospitalnya dan menamakannya Zhenzhen, yang bermaksud hadiah berharga.
Sejak itu, dia terus menyelamatkan bayi yang ditinggalkan sehingga jumlahnya 36 orang lagi.
Kebanyakan mereka yang diterimanya adalah bayi yang baru lahir, dengan ada yang dibuang ke dalam tong sampah, dan yang lain, ditinggalkan di luar hospital ketika musim sejuk.
Ads
Tang mengaturkan supaya bayi yang diselamatkan itu tinggal di bilik yang tidak digunakan di hospital tempat dia bekerja.
Dia meluangkan masa setiap hari untuk memberi makan kepada bayi itu dan sentiasa memantau kesihatan mereka.
Pada mulanya, suaminya tidak memahami dan berpendapat pendapatan sederhana mereka hampir tidak mencukupi untuk anak-anak mereka sendiri, apatah lagi anak angkat.
Tetapi Tang bertekad untuk menyelamatkan setiap bayi yang ditemukannya.
Selepas bersara, dia hidup dengan pencen kecil dan berusaha keras untuk membeli susu dan makanan untuk anak-anaknya itu.
Dengan jarak umur lebih daripada 50 tahun, anak angkat itu memanggil Tang dengan panggilan ‘nenek’.
Beberapa anak bongsu dijaga di rumah oleh suami Tang dan anak-anaknya sendiri.
Lama-kelamaan, suaminya semakin menyayangi anak angkat dan mereka memanggilnya sebagai “atuk”.
Ads
Apabila Tang semakin tua dan tenaganya semakin berkurangan, dia mula berhati-hati memilih keluarga angkat untuk anak-anaknya.
Anak angkat terakhir Tang ialah pasangan kembar lelaki. Dia menamakan anak yang lebih tua sebagai Zhang Jiagang, manakala yang lebih muda kemudian menjadi anak angkat pasangan guru.
Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel sentiasa mengingatkan diri dengan keempat anak-anaknya bila melibatkan hal rumahtangga.
Akui bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, isterinya Wawa Zainal sudah cukup cantik dan sempurna buat dirinya malah tidak pernah terfikir untuk curang.
Tambah Aeril lagi, dia sentiasa membayangkan isteri dan anak-anaknya sebelum melakukan sesuatu.
“Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya.
“Kalau ada bisikan tidak baik saya akan ingat pada anak-anak dan isteri.
“Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tak boleh jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita tahu kan?
“Cumanya kalau kita tak melayan, perkara itu tak akan terjadi, ” katanya berkongsi.
Tambah Aeril lagi, dia sebolehnya tidak mahu merosakkan kepercayaan yang sudah dibina lama.
“Saya tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina. Saya yakin Wawa pun akan buat perkara yang sama memandangkan dia seorang yang setia.
“Pada saya jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri tak boleh kawal,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumahtangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ujian setiap dari kita berbeza-beza. Ada yang diuji dengan anak dan suami yang sakit, namun ada pula yang diuji dengan kesakitan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.
Bagi seorang ibu kepada tiga cahaya mata, Nur Syakina Mohd Shah atau mesra disapa Tia melalui akaun Tik Toknya, @syaatiaa97 dia reda disahkan menghidap sindrom Tourette atau Tics.
Penyakit yang dihidapinya sejak berusia lapan tahun itu membuatkan adakalanya semua rutin hariannya terganggu ketika berada di rumah.
Pun begitu ia bukan halangan untuknya menguruskan bayinya serta dua anaknya yang lain. Akuinya memang susah dan mencabar kerana ia diluar kawalan namun dia reda.
“Change my baby diapers with Tourette Syndrome.
“Tia rasa susah juga walaupun tukar pampers je tapi seronok! Love being MOM OF 3,” katanya berkongsi.
Malah menerusi akaun Tik Toknya itu, Tia rela hati berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sindrom Tic yang dialaminya tanpa kawalan ketika berada di rumah.
Semuanya bagi berkongsi sindrom itu yang jarang diketahui oleh orang lain.
Melalui satu video yang dikongsikan ibu ini, Tia yang ketika itu sedang menukar lampin pakai buang kepada bayinya dilihat beberapa kali mengalami masalah Tic malah turut mengganggu rutinnya itu.
Tidak hanya Tia bahkan ia turut sama dialami oleh anak perempuannya diketika usianya lima tahun.
Walaupun pernah dicemuh dan dipandang serong dengan dirinya itu, namun dia reda dan gembira menjalani kehidupannya bersama suami dan keluarga yang memahami.
Perkongsian beberapa video dari ibu ini sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi. Wargamaya turut bersimpati malah sering memberikan kata-kata semangat untuk Tia dalam menghadapi penyakitnya disamping dipermudahkan untuk menguruskan ketiga-tiga anaknya.
Antara gejala utama Tourette Syndrome adalah mereka yang mengalaminya membuat sesuatu pergerakan atau mengeluarkan bunyi dan kata-kata secara tiba-tiba serta berulang di luar kawalan.
Insiden juga boleh melibatkan perkataan yang dikeluarkan adalah kesat berbentuk makian dan cacian.
Tourette Syndrome juga merupakan sejenis penyakit neurologi dan selalunya bermula dengan gejala tik (tics).
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kamal Adli dan Uqasha Senrose sambut anniversary ke-3, “Awak ibu, isteri yang hebat.” Kamal Adli menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3 bersama isterinya, Uqasha Senrose buat ramai tersentuh.
Kamal Adli & Uqasha Senrose Sambut Anniversary Ke-3
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli di laman Instagramnya, Kamal menitipkan ucapan romantik buat Uqasha atas pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Awak Ibu, Isteri Yang Hebat”
Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecik ni.. Ya Allah rahmatilah hubungan kami.. Selamatkan kami.. Bukakan pintu-pintu rezeki hebat buat kami..
Tq soo much pada @uqashasenrose2 sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat daripada Allah ni..awak ibu dan isteri yang hebat.. Sama-sama kita jaga dan besarkan dan pelihara hubungan ini Insya Allah.. I love you so much.
Tq so much pada yang doa baik-baik buat kami.. Yang kurang daripada kami yang baik segalanya dari Allah.- tulis Kamal.
Uqasha juga turut memuat naik satu video dalam satu hantaran di laman Instagramnya.
Selamat ulang tahun ke-3 sayang. Thank you for everything, thank you for being a good husband and good father to our daughter. Semoga Allah lindungi keluarga kita amin .. sayang I love you and our little princess so much.- tulis Uqasha.
Kamal berharap agar dia dan Uqasha bersama-sama menjaga mahligai yang telah dibina. Dalam masa sama juga, Kamal turut menzahirkan rasa cinta terhadap suri hatinya itu.
Sebelum ini, Uqasha menafikan spekulasi mendakwa rumah tangganya dan suami, Kamal Adli sedang bergolak.
Jelas Uqasha, setiap perkahwinan pasti berdepan dengan ujian masing-masing. Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri menghadapi ujian dalam rumah tangga.
Untuk info, Kamal dan Uqasha telah diijab kabulkan pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April yang lalu.
Caruman KWSP bekas suami, bekas isteri boleh ambil untuk nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.