Wanita pekerja pembersihan hospital selamatkan 38 bayi, dicalon Model Moral Kebangsaan. Seorang bekas pekerja pembersihan di sebuah hospital di China dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan, lapor South China Morning Post (SCMP).
Portal itu memetik akhbar The Paper melaporkan, Tang Caiying, 88, adalah bekas tukang cuci di sebuah hospital di Xinyu, di wilayah Jiangxi di tenggara China.
Wanita itu telah mengambil 38 bayi terbiar selama sedekad. Antara 1980-an dan 1990-an, dia mengambil lebih 30 anak angkat.
Pada musim sejuk 1982, Tang yang ketika itu 46 tahun menemukan seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kot kapas, ditinggalkan di sebelah landasan kereta api ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Tidak mahu meninggalkan bayi itu dalam kesejukan, dia membawa bayi yang menangis itu ke rumah, memberi makan dan membersihkannya. Dia menamakan gadis itu, Fangfang.
Pada masa itu, Tang sudah bergelar ibu kepada lima anak dengan yang bongsu berusia 12 tahun.
Anak perempuan keduanya, Aiping, yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah dan menganggur, tinggal di rumah untuk membantu menjaga Fangfang.
Beberapa tahun kemudian, Tang menemukan seorang lagi bayi perempuan yang ditinggalkan di hospitalnya dan menamakannya Zhenzhen, yang bermaksud hadiah berharga.
Sejak itu, dia terus menyelamatkan bayi yang ditinggalkan sehingga jumlahnya 36 orang lagi.
Kebanyakan mereka yang diterimanya adalah bayi yang baru lahir, dengan ada yang dibuang ke dalam tong sampah, dan yang lain, ditinggalkan di luar hospital ketika musim sejuk.
Tang mengaturkan supaya bayi yang diselamatkan itu tinggal di bilik yang tidak digunakan di hospital tempat dia bekerja.
Dia meluangkan masa setiap hari untuk memberi makan kepada bayi itu dan sentiasa memantau kesihatan mereka.
Pada mulanya, suaminya tidak memahami dan berpendapat pendapatan sederhana mereka hampir tidak mencukupi untuk anak-anak mereka sendiri, apatah lagi anak angkat.
Tetapi Tang bertekad untuk menyelamatkan setiap bayi yang ditemukannya.
Selepas bersara, dia hidup dengan pencen kecil dan berusaha keras untuk membeli susu dan makanan untuk anak-anaknya itu.
Dengan jarak umur lebih daripada 50 tahun, anak angkat itu memanggil Tang dengan panggilan ‘nenek’.
Beberapa anak bongsu dijaga di rumah oleh suami Tang dan anak-anaknya sendiri.
Lama-kelamaan, suaminya semakin menyayangi anak angkat dan mereka memanggilnya sebagai “atuk”.
Apabila Tang semakin tua dan tenaganya semakin berkurangan, dia mula berhati-hati memilih keluarga angkat untuk anak-anaknya.
Anak angkat terakhir Tang ialah pasangan kembar lelaki. Dia menamakan anak yang lebih tua sebagai Zhang Jiagang, manakala yang lebih muda kemudian menjadi anak angkat pasangan guru.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Sarat Hamil 8 Bulan, Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi
Maryam Durian Kimchi Kongsi Resipi Nasi Yang Selalu Rina Makan, Mama Bolehlah Cuba Buat Untuk Anak
Gelagat Rina, Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, Rina Nak Kurus La
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my