Wanita Sarat Hamil Terlibat Kemalangan, Kereta Bertembung Dengan Kenderaan Lain

Share

Seorang wanita yang sarat hamil terselamat selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Batu 21 1/2, Jalan Sungai Lalang, Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Selangor pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang wanita sarat mengandung berusia 35 tahun bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Katanya sepasukan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu pada 7.02 pagi.

“Pemandu Honda City terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam kemalangan itu, bagaimanapun pemandu Proton Saga tersepit dalam kenderaan yang remuk,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit untuk diserahkan kepada pasukan perubatan.

Published by
NuFa