Wany Hasrita dikenali dengan suara yang merdu dan bakat vokal yang memukau. Pelantun lagu Menahan Rindu yang merupakan isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun ini selain berbakat dalam bidang nyanyian juga dikenali kerana penampilannya yang menawan.
Ternyata ibu kepada Aishah Al Iman ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan. Tidak dapat dinafikan cuaca yang panas membuatkan kita sering terdedah dengan sinaran ultaungu. Maka sebab itulah rutin kecantikan perlu dilakukan secara konsisten agar kulit wajah kekal terpelihara.
Wany Hasrita Kongsi Tip Jaga Kecantikan
Tidak terkecuali juga dengan Wany, beliau juga mempunyai rutin penjagaan kecantikan yang diamalkannya setiap hari. Penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkongsi tip untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
Ads
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah, saya memakai krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit wajah. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany, anak kesayangan Norita Jaafar ini.
Ads
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8.00 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Penting Jaga Makan & Konsisten Rawat Wajah
Elak Makanan Berminyak
Selain amalan penjagaan wajah secara konsisten dan penggunaan produk yang betul, pemakanan juga harus dititikberatkan.
Wany juga akui dia mengelak menikmati makanan berminyak dan coklat dalam kuantiti yang banyak kerana ia adalah salah satu penyebab masalah jerawat. Malah makan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat.
Amal Minum Air Putih
Ads
Sementara itu, amalkan minum air putih antara dua hingga tiga liter sehari untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit wajah.
“Atas faktor tersebut, ke mana sahaja destinasi yang ingin saya tuju, wajib membawa satu botol bersaiz besar berisi air putih,” kongsi Wany lagi.
Rozita Che Wan, atau dikenali juga sebagai Che Ta dikenali kerana penampilannya yang anggun dan gaya fesyennya yang menarik perhatian. Che Ta sering berkongsi tip kecantikan dan fesyen di media sosial, menjadikannya inspirasi kepada ramai peminatnya.
Siapa sangka wanita yang dilahirkan pada 9 Disember 1973 ini bakal berusia 50 tahun. Melihatkan penampilan dirinya, potongan bentuk badan dan kulit wajah, langsung tidak menampakkan usianya.
Rahsia Che Ta Kekal Langsing, Awet Muda
Che Ta cukup terkenal dengan kerjaya dalam bidang seni hiburan, terutamanya sebagai seorang pelakon dan model. Selain daripada kerjaya seni hiburan, Che Ta juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Beliau telah melancarkan beberapa jenama fesyen dan kosmetik yang menjadi pilihan ramai.
Ibu jelita kepada tiga orang anak ini kekal langsing dan ‘bergetah.’ Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelakon Kiah Pekasam ini kekal kurus dengan berat badan ideal walaupun usia melewati 40-an.
Che Ta sebelum ini pernah memuat naik perkongsian di laman Instagramnya, rahsia menjaga tubuhnya dengan berat ideal. Rupa-rupanya, Che Ta rajin mengamalkan minum jus buahan yang dibuat sendiri. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Umur Nak 50, Pinggang Secekak
Ini antara bahan yang digunakan oleh Che dalam penyediakan jus berkenaan.
– Epal hijau
– Beri hitam
– Kurma
– Delima
– Asam keping
– Sedikit air
Cara membuat:
1. Asam keping direbus bersama sedikit air.
2. Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air.
3. Masukkan air rebus asam keping.
4. Sambung kisar sebuah bahan hingga halus dan sedia untuk diminum.
Menurut Che Ta dalam video berkenaan, khasiat kurma memberikan tenaga manakala asam keping pula untuk membuang lemak.
Manakala buah-buahan lain berfungsi menyahtoksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Tambahnya lagi jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Rezeki memiliki tiga cahaya mata perempuan adalah anugerah terindah buat jaguh berbasikal dunia, Datuk Azizulhasni Awang dan isterinya.
Menerusi perkongsian Azizul di Instagramnya, melayani tiga anak perempuannya sama rata menjadi keutamaannya.
Malah katanya lagi, tiada istilah melebihkan mana-mana anak, bahkan dia mengutamakan didikan dan layanan sama rata buat anaknya.
“Indahnya kehidupan berkeluarga ini adalah apabila melihat corak dan warna yang dimiliki oleh setiap anak.
“Anak yang pertama ada perwatakan dia, anak kedua pula karenahnya berbeza dan begitu jugalah dengan anak yang ketiga.
“Antara ketiga-tiga anak ni yang manakah paling favourite buat saya? Jawapan dia adalah takda favourite pun, saya cuba melayan setiap anak ini secara sama rata,” katanya berkongsi.
Akui Azizul lagi, apa yang dilakukannya adalah tidak hanya membelikan barangan yang sama, bahkan cara layanan juga perlu sama mengikut peringkat umur masing-masing. Itu sebaiknya.
“Kadang-kadang sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan benda yang sama.
“Kadang-kadang juga sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan layanan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap pembesaran mereka.
“Ada ke rakan-rakan di social media saya ni yang menggunakan pendekatan yang sama? Kongsi skit guys saya nak tahu,” tulisnya.
Terdahulu, Azizul mendirikan rumah tangga bersama Datin Athiah Ilyana Abd Samad pada tahun 2010. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Amna Maryam, Amna Khadeeja dan Amna Fateema.
Bila pelakon Nynaa Harizal berkongsi gambar raya dengan ‘baby barunya’ ramai warga maya geram dengan kecomelan bayi lelakinya. Nynaa dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas memilih nama, Isaac untuk anak lelaki mereka.
Nynaa Harizal Kongsi Gambar Raya Dengan ‘Baby Baru’
Isaac merupakan anak kedua Nynaa. Terdahulu, Nynaa sudah pun memiliki seorang anak perempuan, Zara Ariyanaa yang dilahirkan pada 29 Januari 2023. Pastinya rasa seronok dan teruja menjadi seorang ibu melenyapkan rasa lelah untuk membesarkan buah hati kesayangannya.
Pemilik nama lengkap Nurul Hanynaa Hariza yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu menganggap momen bergelar seorang ibu merupakan suatu perkara yang mengubah kehidupannya.
Comel Betul Isaac
Berikut perkongsian Nynaa di laman Instagramnya:
Selamat Hari Raya from our little Family. The outcome of our 1-minute photo session with Arianaa dan Isaac, tulisnya.
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kehadiran sepasang cahaya mata mereka, Ariyanaa dan Isaac menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.