Warga Maya Puji Didikan The Family UK, “Macam Manalah Mak Kamu Didik Kamu”

Share

Siapa tak kenal dengan keluarga ‘The Family UK’ yang pernah viral suatu ketika dahulu di media sosial kerana kepetahan anak-anak mereka bertutur dalam dialek Kelantan walaupun menetap di United Kingdom sejak lahir.

Setelah lama menyepi di media sosial, akhirnya Instagram The Family UK kembali aktif dengan pelbagai posting berkenaan anak-anak mereka iaitu Omar, Fatimah dan Ali.

Sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh Mrs Mom mendapat riaksi ramai kerana kesopanan anak sulungnya, Omar ketika berinteraksi dengan si ibu.

Dalam video tersebut, Mrs Mom menghantar Omar ke sekolah dan sempat bertanya bekalan apa yang di bawah.

“Okay hari ini kita mari hantar Harry Potter back to Hogwarts”. “Tu gapo tu dalam plastik tu”

Dengan penuh tertib dan sopan Omar membalas, “My school uniform and yeah shoes”

Sebelum berlalu masuk ke sekolah, Omar sempat memberi salam kepada ibunya.

Anak saudara kepada Chef Selebriti, arwah Adam Didam ini mendapat pujian ramai kerana tertib dan sopan membalas pertanyaan ibunya.

almiyaz.my
hensem dan sopan ❤️

cikfarahgodek2
Acik follow kamu ni Omar dari acik diploma sampai now anak 2 dah. Memang sejenis dari kecik sopan dan sangat matured. Entahla macam mana mak kamu didik tapi acik rasa macam amaze sangat dengan personality kamu ni.

farwinafaroque
Sopannya, mashaallah

azmaomar
Kalau ada anak mcm omar, sgt sopan n smart ~ bahagia mak ayah. Sending love to omar parent. Sy percaya semua ni atas didikn ibu dan ayah omar

Kredit: The family Uk

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Published by
NuFa