Warganet nampaknya tidak sabar-sabar untuk melihat wajah anak sulung kepada pasangan selebriti popular, Haris dan Neelofa, Muhammad Bilal. Walaupun ramai yang bersetuju dengan pendirian pasangan ini namun masih ada juga yang bertanyakan soalan yang sama.

Ketika membuat siaran langsung atau ‘live’ di Instagram bersama pelakon Izara Aishah, Neelofa berkongsi bahawa DM akaunnya dipenuhi dengan pertanyaan netizen akan wajah Bilal.

Namun menurut Neelofa, dia mengikut nasihat yang diberikan supaya berjaga-jaga dengan penyakit ain memandangkan usia Bilal baru sahaja memasuki dua bulan.

Warganet Tak Sabar Nak Tengok Wajah Bilal, Neelofa Mohon Masa & Ruang. “Bagi Bilal Besar Sihat & Kuat.”

Suri hati kepada pencetus Ummah ini juga memohon ruang dan masa sehingga anaknya itu sudah besar dan kuat.

“Untuk mereka yang tanya pasal Bilal, tak berhenti dekat DM saya pasal Bilal ja.. Ramai menasihati saya perkara yang sama.

“Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu. Untuk mengelakkan penyakit ain, atau pun bagi Bilal besar dulu, kuat dan sihat.

“Bagi masa dan ruang. Terima kasih kepada mereka yang memahami,” ujarnya ketika live tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTOP turut berkongsi pengalamannya bergelar ibu pertama kali dan akui proses itu tidak mudah dan sangat mencabar.

“Alhamdulillah syukur diberikan kesihatan. Selepas 44 hari berpantang, saya sangat ‘respect’ dengan ibu yang mempunyai anak ramai termasuklah ibu saya sendiri.

Ads

“Masya-Allah not easy. Tak mudah untuk lalui momen dalam pantang itu, terlalu banyak benda yang going on the same time.

Warganet Tak Sabar Nak Tengok Wajah Bilal, Neelofa Mohon Masa & Ruang. “Bagi Bilal Besar Sihat & Kuat.”

“Untuk wanita yang kali pertama jadi ibu, nak sesuaikan dengan rutin baru, nak faham anak lagi, breastfeeding lagi. Sangat la mencabar. Dengan bengkak susu lagi, banyak ibu yang alami benda ini sebab tak ada banyak ilmu. Saya berjaya hubungi breastfeeding consultant dan dia akan datang mengajar di rumah dari mula.” Kongsinya lagi.

Neelofa baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber: Oh Bulan & Instagram naelofar

Warganet Tak Sabar Nak Tengok Wajah Bilal, Neelofa Mohon Masa & Ruang. “Bagi Bilal Besar Sihat & Kuat.”Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Ads

Warganet Tak Sabar Nak Tengok Wajah Bilal, Neelofa Mohon Masa & Ruang. “Bagi Bilal Besar Sihat & Kuat.”

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI