Bubur sagu sememangnya sudah biasa bagi kita namun bubur sagu yang dibiarkan berderai sebegini buat ia terlihat cukup unik apalagi kala diwarnakan dengan pelbagai warna yang pastinya dapat menarik perhatian anak kecil kita.
Bukan hanya mudah disediakan bahkan rasanya juga cukup sedap untuk dihidangkan pada seisi keluarga. Jom cuba resipi perkongsian Pn Farhana Ismail.
Sayang nak makan kalau segak laguni.
Bahan-bahan:
Sagu
Untuk kuah:
2 cawan air
1 tin susu cair
1 kotak santan
Sedikit susu pekat
Seketul gula merah
Daun pandan
Garam secubit untuk lemak
Perisakan dengan vanila extract
Sedikit keladi extract -bagi wangi
Sagu kecik rebus sampai mata dia hilang.
Kemudian tapis dan salurkan air paip masa tengah panas-panas so dia takkan jadi berketul-ketul. Akan jadi biji-biji cantik macam ni.
Lepas tu asing-asingkan dan letakkan sikit ja pewarna.
Untuk kuahnya pula, masak semua bahan atas api kecil. Biarkan mendidih dan tutup apinya.
Satukan bersama sagu yang siap diwarnakan. Siap!
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau, Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)