Anda tidak boleh mengubah warna kulit bayi. Warna kulit bayi, sama ada cerah atau gelap, ditentukan oleh gennya pada saat dia disenyawakan. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memutihkan atau menggelapkan kulit bayi sebelum atau selepas lahir.
Apa yang boleh berubah untuk sementara atau yang mempengaruhi warna kulit, tona dan kompleksi mukanya ialah isu kesihatan dan alam sekitar. Apabila isu-isu tersebut telah selesai, warna kulit bayi anda kembali kepada asal.
-Kulit bayi mungkin nampak merah atau kemerahan kerana suhu yang tinggi.
-Dia mungkin nampak pucat kebiruan sedikit kerana sejuk terutamanya jika tangan dan kakinya terdedah.
-Sesetengah bayi bertukar jadi biru atau ungu jika terlalu kuat menangis. Walau bagaimanapun, jika warna kebiruan ini tidak hilang selepas berhenti menangis, atau jika bayi anda berwarna kebiruan di seluruh badannya dan tidak hilang selepas beberapa hari, ini mungkin tanda bahawa ada masalah pernafasan atau peredaran. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera.
-Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam. Walau bagaimanapun, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang cukup.
Kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan.
Ads
-Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan jernih, dan mungkin disaluti lapisan lanugo, bulu yang halus dan lembut. Mereka juga mungkin diselaputi verniks, satu bahan yang putih berminyak yang melindungkan kulit daripada cecair amnion.
-Bayi cukup bulan dan bayi lewat bulan dilahirkan dengan hanya sedikit verniks dalam kelipat-kelipat kulit mereka. Bayi dilahir lewat juga mempunyai kulit yang agak berkedut dan amat sedikit lanugo atau tiada langsung.
Ads
Kompleksi wajah bayi mungkin kelihatan berubah kerana bayi di kalangan kebanyakan kaum dan etnik dilahirkan dengan kulit yang agak cerah dan biasanya kemerahan. Warna kemerahan itu datang dari salur-salur darah yang jelas kelihatan melalui kulit bayi yang masih nipis. Kebanyakan ibu bapa menyangka warna kulit yang kemerahan ini ialah kompleksi bayi dan merungut apabila warnanya bertukar kepada tona kulit sebenar dalam beberapa minggu seterusnya hingga usia bayi setahun.
Ads
Dalam keluarga yang lebih tradisional, nenek dan makcik mungkin menasihati ibu baru untuk mengurut bayi mereka dengan susu mentah, krim segar, tepung gandum lengkap dan adunan kunyit untuk mendapatkan kulit yang putih dan licin. Amalan ini elok dielakkan sebab susu mentah mengandungi pelbagai bakteria seperti E coli dan salmonela, selain menyebabkan cirit-birit, dan disenteri. Krim segar juga boleh membuatkan kulit berminyak, yang boleh menyebabkan ruam. Juga, ciri kesat tepung gandum lengkap dan kunyit boleh menyebabkan calar lebam pada kulit bayi.
Ada ibu yang suka menyapukan banyak bedak di kulit bayi untuk membuat mereka putih. Ini perbuatan sia-sia. Sebenarnya, bedak boleh jadi berketul-ketul pada kulit basah dan menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan.
Kadangkala bayi mendapat ruam kulit dan tanda lahir yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor atau pakar kanak-kanak.
Mat Dan Junior! Itu nama timangan yang diberikan peminat kepada anak lelaki personaliti televisyen dan pengacara rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan.
Berkongsi kegembiraannya setelah pertama kali bergelar bapa, menerusi instagram dia telah berkongsikan dengan peminat, isterinya telah selamat menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lalu.
Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah juga telah memuat naik foto bayi dengan kapsyen yang cukup mengambarkan dia sangat bersyukur dengan kehadiran permata sulungnya..
“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
“Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan diruangan kapsyen.
Malah diruangan komennya juga, semua peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk baby boy Mat Dan supaya membesar menjadi anak yang soleh dan sihat.
Paling lucu ada juga yang memuji anak Mat Dan dengan menggelarkan ‘Anak Smart Macam Abah’.
Sebelum ini, Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan diijabkabulkan pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Sumber: instagram Mat Dan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuantiti susu berkurangan. Adakah penggunaan penggalak susu mampu membantu ataupun tidak? Ini pasti dilema yang di hadapi ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ibu ini antara salah seorang daripadanya. Ikuti penjelasan pakar ini.
Saya ibu yang menyusukan dan sedang berpuasa. Kuantiti susu perahan semakin menurun dan ia amat membimbangkan. Apakah penggalak susu dibolehkan dalam situasi ini? Apakah cadangan doktor supaya susu dapat ditingkatkan kembali selain daripada mengambil penggalak susu?
Salhah, Bandar Jengka, Pahang.
Berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak akan menjejaskan kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan kecuali ibu tersebut mempunyai masalah kekurangan nutrien. Ini adalah kerana, apabila ibu tidak makan dan minum dalam tempoh berpuasa, sistem tubuh akan mengadaptasi keadaan ini dengan kurang menghasilkan urin (air kencing) dan kurang mengeluarkan peluh.
Pengambilan penggalak susu bukanlah jawapan tepat untuk mengatasi masalah penurunan kuantiti susu perahan. Makin kerap dan banyak susu yang dikeluarkan, maka lebih banyak susu dihasilkan. Konsep ini adalah benar dalam semua situasi termasuk semasa ibu berpuasa. Jika ibu mengambil penggalak susu tetapi tidak meneruskan menyusu atau memerah dengan kerap mengikut kehendak bayi, penghasilan susu tetap tidak akan meningkat.
Amalan pemberian susu perahan berterusan tanpa menyusui secara terus di payudara ibu boleh menyebabkan susu semakin kurang. Hal ini boleh berlaku kerana rangsangan hisapan di payudara ibu adalah lebih efektif untuk mengeluarkan susu. Selain itu, pemberian susu secara terus akan dapat meningkatkan perasaan kasih sayang dan membuat ibu rasa tenang semasa menyusu. Keadaan ibu yang tenang dan selesa semasa menyusu menggalakkan rembesan hormon oksitosin yang seterusnya membantu lebih banyak susu dapat dikeluarkan. Untuk memastikan susu ibu terus mencukupi walaupun sedang berpuasa, berikut diberikan beberapa saranan yang boleh ibu cuba amalkan.
Ibu digalakkan untuk menyusui bayi secara terus di payudara semampu yang boleh. Jika tidak berkesempatan, berikan susu perahan mengikut kehendak bayi. Lagi banyak susu yang dikeluarkan sama ada secara hisapan terus di payudara atau secara perahan keluar, maka akan lagi banyak susu dihasilkan. Konsep ini adalah benar dalam semua situasi termasuk semasa ibu berpuasa.
Pastikan ibu mengambil minuman dan cairan kerap mengikut keperluan selepas waktu berbuka dan sebelum waktu sahur tamat. Dengan ini kadar air dalam tubuh ibu dapat dikekalkan.
Makan makanan yang seimbang dan pastikan ibu bangun untuk makan pada waktu sahur. Lewatkan waktu makan sahur.
Amalkan pengambilan kurma pada masa berbuka dan juga pada masa bersahur secara konsisten.
Jika ibu bekerja dan perlu menyediakan stok susu perahan, gunakan waktu malam dan sahur juga untuk memerah susu.
Kurangkan melakukan aktiviti lasak atau berat pada siang hari. Atur jadual supaya perjalanan jauh dapat ditangguhkan sehingga habis tempoh puasa.
Soalan berikut di jawab oleh Dr Zaharah Sulaiman Pakar Laktasi & Pensyarah Kanan Unit Kesihatan Wanita, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai cepatnya Arwa Malaikha Urwa berjalan. Baru mencecah usia 10 bulan, nampaknya anak dara Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kini dah mula belajar bertatih sedikit demi sedikit.
Berkongsi perkembangan terbaru Urwa, Nadzmi telah memuat naik satu video yang menunjukkan buah hatinya itu langsung tak putus asa untuk bangun berjalan lagi walaupun jatuh.
Dengan usianya baru 10 bulan dan dah berjalan, perkembangan Urwa dikira cepat kerana rata-ratanya dalam usia ni bayi biasanya dalam fasa merangkak. Sekitar usia setahun baru mula berjalan.
Biarpun jatuh banyak kali, nampak Urwa tetap berusaha bangun. Jadi tak hairanlah lepas ni dia boleh laju berjalan.
“Ada budak 10 bulan dah start nak jalan. Terkedek-kedek. Good job Urwa. Dont give up !” Tulis Nadzmi di kapsyen video tersebut.
Berikutan itu, ramai yang teruja melihat gelagat Urwa berjalan, jatuh dan bangun semula untuk berjalan. Memang kuat semangat Urwa. Sama kuat macam ummi dia.
Dalam ruangan komen itu, rakan selebriti turut memberi pujian pada Urwa. Antaranya Fasha Sandha dan Dazrin.
Bagus sangat..tak give up!
Lepas ni abi dengan ummi kena bersiap sedialah bila Urwa dah laju berjalan. Seorang kena jaga depan dan belakang sebab biasanya anak yang tengah excited berjalan habis semua dia nak langgar. Lagi luas tempat tu, lagi seronok dan lajulah berjalan.
Kredit: Nadzmi Adhwa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.