Selebriti terkenal, Wawa Zainal baru sahaja berkongsi berita gembira di mana ibunya bersetuju untuk tinggal berdekatan denganya di semenanjung.
Dia mengambil keputusan untuk menghadiahkan rumah buat ibu tercinta dan menjadikan rumah lama lebih cantik dan ‘cozy’.
“Lama pujuk mak duduk semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa decide untuk belikan rumah utk mak dan bapak”
Pada mulanya Wawa agak risau melihat keadaan rumah yang lama dan agak mustahil untuk mencantikkan kembali. Namun dengan bantuan pakar, rumah lama kembali cantik.
“Mula-mula nak beli 2 tingkat.. tapi bila fikir-fikir duduk berdua dan dah berusia untuk naik turun. Jadi wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama telan air liur juga la”
“Fikir macam mana nak bagi lawa balik. Tapi i memang percaya yg @aqi_74 boleh jadikan rumah ni jadi rumah baru!.. and cuba tengok.. lawa kan? ?Sangat cozy”
“Kepada mak ku sayang yang lahirkan wawa di dunia. Walaupun wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu wawa sayang dengan mak bapak dunia akhirat”
Namun yang menarik perhatian ramai apabila ayah Wawa mendoakan buat Wawa sambil menadah tangan undang sebak warga maya.
zarinazainuddin_
Allhamdulillah,amin ❤️ semuga rezeki ya bertambah barakah , bila kita baik pada ibubapa kita maka rezekinya akan bertali arus bagai air sungai yang mengalir 🥰.. kak ina proud off you
ryk4l_sy4fiq
tringt ngn bpak ak bla bca doa 😢😭 ak snggup mnjd saksi di akhrt nt ats kbaikn kmu dgn kdua org tua kmu
azmi.muse
Post wawa ni mngandung bawang🥹 doa dr parent yg masih hidup tu tak ternilai skli jika d banding dgn segala kemewahan yg kita ada. Alhamdulillah wawa pnya rezeki itu.
Kredit: Wawa Zainal
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!