Tahun lalu Wawa Zainal ada berkongsikan masalah gigi anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang perlu dicabut atas nasihat doktor kerana semuanya rosak teruk.
Kini dalam perkongsian terbarunya di instagram, Wawa juga turut menyatakan masalah sama apabila anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa pun mempunyai masalah gigi reput.
Katanya walaupun gigi Hayla digosok setiap hari dan dijaga tapi ia tetap reput. Risau dengan keadaan tersebut, Wawa minta peminatnya yang ada anak masalah seperti ini untuk berkongsikan tip dengannya.
Wawa juga turut menulis caption lucu dengan menyatakan kalau la ada gigi palsu untuk budak. p/s mak cik bawang jangan kecam i tak gosok dan tak jaga gigi anak. Tiap hari gosok tapi reput juga hahaha siapa ade anak gigi reput mcm hayla juga?
Rata-rata peminat memberi komen dan nasihat yang positif pada Wawa dengan memintanya rujuk kepada doktor gigi.
Ads
Malah ada juga yang berkongsikan salah satu punca mungkin dari menyusu botol yang buatkan gigi jadi macam tu dan menyarankan Wawa untuk kawal penggunaan susu botol terutama masa anak nak tidur.
Komen paling ramai yang buatkan kecoh di wall instagram Wawa, ramai yang tetap memuji kecantikan Hayla walaupun tiada gigi di bahagian depan (atas).
Ads
Sumber: instagram Wawa Zainal
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik.
Berita mengenai perkembangan kesihatan anak perempuannya itu dikongsikan Ali di Instagram miliknya seperti dilaporkan Gempak.
“Hari ke 6…Alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang tak putus doakan Ainul Mardhiah…dapat berita daripada doktor yang jantung adik dah mula bernafas sendiri tapi masih gunakan bantuan mesin.
“Paru-paru dia dah mula aktif tapi masih sangat-sangat lemah…ya Allah…Walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sayang…terima kasih semua…doakan Ainul terus kuat,” tulisnya.
Sebelum ini Ainul yang berusia tiga bulan dilaporkan bertarung nyawa selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.
Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.
Sumber: ig Ali Puteh89
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah penyebab sebenar di kalangan ibu-ibu. Ini penjelasan doktor mengenainya.
Menurut Dr Aminudin Mohamed, Pakar dari Jabatan Ortopedik, Hospital Columbia Asia, Setapak kebanyakan ibu akan kerap berasa sakit belakang selepas pengambilan epidural ketika bersalin adalah disebabkan oleh prosedur epidural tersebut sahaja. Biasanya sakit ini hanya untuk sementara waktu.
Dalam kes-kes di mana sakit belakang tersebut berlanjutan selepas bersalin, punca-punca yang lain perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal lanjut untuk memastikan tiada jangkitan kuman, tiada kebocoran pada cecair tulang belakang, tiada gangguan saraf mekanikal seperti slipped disc dan sebagainya.
KENAPA IBU SELALU SAKIT BELAKANG?
Kerap kali proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsung memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang. Kesan daripada pelembutan struktur-struktur ligamen ini, membuatkan para ibu berisiko untuk mendapat slipped disc.
Tiada usia yang spesifik untuk menyatakan golongan ibu dalam lingkungan berapa tahun yang berisiko mengalami masalah kesakitan pada bahagian belakang. Apa yang pasti, pelbagai gejala bergantung kepada tahap keterukan keadaan ini.
CARA ATASI SAKIT BELAKANG
Terdapat pelbagai kaedah rawatan selepas pengesahan penyakit dibuat melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan radiologi.
RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA)
Kaedah rawatan termasuklah penggunaan ubat-ubatan, terapi fizikal dan kaedah rawatan sakit belakang menggunakan Radiofrequency Ablation (RFA). Kaedah rawatan RFA ini adalah berkesan, cepat dan tidak melibatkan pembedahan. Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami gangguan seperti ini dapat dirawat dengan kaedah-kaedah ini. Hanya sebahagian kecil pesakit yang memerlukan prosedur pembedahan dilaksanakan.
LUMBAR CORSET
Alat-alat sokongan yang boleh digunakan oleh para ibu semasa proses rawatan adalah antaranya penggunaan lumbar corset. Di samping itu, para ibu juga perlu diberi latihan untuk memberikan latihan teknik duduk, berjalan dan tidur yang betul.
KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL
Selain itu, para ibu yang menghidap sakit tulang belakang juga perlu menjaga berat tubuh badan agar berada pada tahap optimum. Kesemua faktor ini dapat memastikan kesembuhan segera dan mengelakkan masalah ini daripada berulang.
RUTIN SENAMAN ELAK SAKIT BELAKANG
Ibu terbabit juga perlu melakukan rutin senaman stretching, core strengthening exercises dan memastikan keadaan persekitaran yang ergonomik semasa berada di rumah dan di pejabat.
PEMAKANAN
Secara umumnya, pengurangan pengambilan kalori dalam bentuk karbohidrat dapat memastikan berat badan tidak berlebihan dan sekali gus tidak membebankan struktur-struktur tulang belakang. Di samping itu, pastikan ambil makanan yang tidak diproses, kurang kandungan gula dan memperbanyakkan pengambilan makanan yang segar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan seorang ibu memang kelam kabut. Mana nak jaga anak, uruskan rumah. Eh, macam-macamlah! Proses untuk membesarkan anak bukanlah mudah, jadi daripada kita nak ‘jatuhkan’ teman-teman kita, apa kata kita juga kongsikan kesilapan kita? Biarkan mereka tahu, semua ibu itu pernah berbuat salah. Kita tidak sempurna.
Mewujudkan grup Whatsapp antara teman-teman ibu sangat membantu. Jangan pula berkongsi tentang bisnes dan berita-berita palsu, tetapi jadikan medium ini sebagai solusi untuk kita selesaikan masalah. Ahli di dalam grup haruslah yang positif dan saling membantu. Sebarang bentuk kecaman dan ejekan (memandang rendah) tidak dibenarkan. Semua ibu tahu bukan mudah untuk menjadi sempurna tetapi kita boleh mencuba untuk jadi yang terbaik. Sebab itulah, grup ini sangat penting untuk kita.
Anda boleh kongsikan apa saja di dalam grup ini tanpa perlu ada rasa segan. Sebagai contoh, “Anak saya ada kutu. Apa nak buat ni?”. Atau, “Hari ni aku termarahkan si Hana sebab berebutkan barang dengan adik dia. Aku terjerit pada dia. Apa aku nak buat untuk pujuk anak aku balik?”. Ibu-ibu lain boleh bantu, jangan ada sikap prejudis.
Grup ini bertujuan untuk membantu dan menenangkan. Sirami kasih sayang antara satu sama lain. Berikan kata semangat kepada teman-teman anda setiap hari. Ayuh, sama-sama bantu teman kita untuk bangkit semula. Kita semua buat salah. Tiada salahnya untuk berkongsi masalah bersama teman-teman, pastikan kita sentiasa bersama.
Jika anda teman anda yang merasakan dia mulai gagal menjadi ibu yang baik, katakan anda juga pernah melaluinya. Paling penting, fokuskan kepada istimewanya dia sebagai seorang ibu. Bersama kita perkasakan kuasa ibu-ibu. Ingat, kita tidak SEMPURNA, tetapi kita boleh jadi yang TERBAIK.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...